Monday, February 02, 2009

Mari mencari penyakit

Yaa semalam aku telah mencari penyakit dengan begitu pandai sekali
Dengan kaki yang belum 100% sembuh
aku telah mengambil keputusan untuk melawat gelanggang bowling
Tujuan utama ialah untuk memenuhi jemputan abg Sharidan
memandangkan beliau datang sini cuma dua minggu
tambahan pula pada siang harinya kami tak dapat bersukan
di padang golf, memandangkan kebanyakan padang masih lagi tutup
dek kerna ais mengeras di atas padang
yang bakal membuatkan bola-bola golf hilang dari pandangan
atau hilang ditelan ais-ais di tengah dan di tepi padang.

Kesilapan yang berlaku ialah kerna untuk memenuhi jemputan
aku cuma perlu bermain satu game sahaja suka-suka
dan bukannya 4 game seperti mana yang telah aku lakukan

Maka oleh kerana kesilapan tersebutlah
aku kembali terhincut-hincut berjalan ke pejabat
dan proses menyembuhkan kaki sempena permainan snowboard
yang akan berlangsung di Jepun
kira-kira sebulan dari sekarang
terpaksa ditangguhkan sedikit.
Proses penyembuhan yg ditangguhkan
bukan permainan snowboard yang ditangguhkan.

Tunggulah kemunculanku di Hakuba
yiha


perlu bersenam segera. badan sudah bagi alert!

6 comments:

atulhani said...

wah.. nak pegi main snowboard.. bestnya!

yA said...

Happoone Hakuba menanti nih. cepat semboh!!!!!!!!Odaiba,Shinjuku,Shibuya,kansai juge menanti nih! Jgn x semboh!

IsMa said...

wah...main snowboard, mcm best je...
Moga cepat sembuh... Br je 2 3 hr lps tnya khabar ur ankle... Ni tau2 dah sakit blk.

Anonymous said...

hoih pegi jepun..juge utk melawat adik tersayang ek.
selamat sembuh!



yaya.

z@ti said...

hohoho...nak gak main tu..semangat juang yg tinggi...tabik

taopix said...

hoho nak gi hakuba eh.

situ memang best.

class olympic punya... course panjang lak tuh!

so jaga la badan untuk sampai ke hakuba hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...