Thursday, March 26, 2009

Hari terakhir di Jepun

Sejak kembali ke USA aku rasa sangat kekosongan
rasanya aku rindukan tanahair
mungkin..
aku juga punya cita-cita baru yang sedang aku kejar
beberapa impian yang kelihatan seperti memberi sedikit tekanan pada diri sendiri
rasanya pabila satu daripadanya dicapai, aku akan kembali tenang

aku sendiri pun tak mengerti
adakah kekalutan dan keserabutan ni
adalah kerna batuk yang tak sembuh-sembuh lagi
atau lain puncanya
tapi aku memang tengah dalam keserabutan

----

sambung kisah perjalanan aku..

setelah penat snowboard do Goryu dan Hakuba-47, kami bergegas untuk ke Nagano
di hotel, cadangan asal ialah tuk menghantar terus snowboard ke Narita airport.
Kami akan naik bas ke Nagano. Sayangnya board tak akan sempat sampai ke Narita dalam 2 hari. Tak sempat untuk aku bawa pulang ke Malaysia.
Kami mencari alternatif lain - maka bercadang bawa ke Nagano dengan bas.
Sampai di stesen bas malangnya bas ke Nagano tiada pada hari tersebut.
Maka minta bantuan Amir, teman baik ku dari sekolah rendah sampai lah ke MRSM Taiping.
Cubaan kami menyumpat 3 snowboard ke dalam kereta sport Subaru B4 itu berhasil.
Malam dah makin lewat, jadi kami terus ke Nagano, singgah di Daigaku ambil barang-barang Ain, kemudian terus ke rumah Amir. Kami keluar semula untuk makan malam dan kemudian ke pos ofis menghantar snowboard kembali ke USA.
Agak sukar untuk mengusung snowboard kerna esok pagi kami akan ke Kanazawa bersiar-siar.

Esok paginya, bangun dengan penuh kemalasan.
Sempat makan pagi dekat rumah Amir. Makan spaghetti.
Dan dek kerna kesedapan tidur dan kesedapan spaghetti, kami lambat sampai ke stesen keretapi.
Maka terpaksa beli tiket sejam selepas itu. Tapi tak mengapa.
Kami bazirkan masa minum-minum kopi, dan mengambi gambar burung.
Ya sungguh bermanfaat :)

Kami sampai di Kanazawa, tinggalkan barang dan terus berjalan-jalan.
Kepala aku sedikit pusing, 2 biji aspirin kemudian, aku kembali ok.
Kami ke muzium of modern art, malang pamerannya tidak begitu mengasyikkan.
Pameran yang paling menarik ialah satu bulatan berwarna hitam.
Sekali tengok, nampak macam lubang yang dalam (hollow) walaupun sebenarnya ia tidak.
Itu yang paling menarik sekali.
Di luar, langit semakin gelap.
Kami berjalan di tepi taman Kanazawa yang nampak cantik.
Tak dapat masuk sebab taman dah tutup. tapi tak mengapa.
Kami pusing ke bandar Kanazawa.
Bermain lukis-lukis.
Kemudian tiba masa untuk balik ke Tokyo.

Kami tidur di atas bas saja, perjalanan 8 jam malam itu, kemudian mencari keretapi di stesen Tokyo yang agak memeningkan.
Setelah check-in bag, aku dan si adik berjalan-jalan di airport Narita.
Makan-makan dan tengok kapal terbang.
Aku tak tahu nak buat apa sebenarnya.. dalam hati sangat sedih.
A miss my sister...
Lama sungguh tak bertemu dan sebentar sangat dapat bersama.
Adikku dah nak graduate, nanti akan pulang ke Malaysia bekerja.

Jam 1030 aku masuk ke terminal.
Pulang ke Malaysia bertemu ibu bapa dan adik yang seorang lagi.
Tidak lupa bertemu teman hati.


Tidak mahu ia berakhir...

1 comments:

hh said...

tidak mahu is berakhir juga...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...