Wednesday, March 11, 2009

Jabi kampungku indah

Alhamdulillah sempat singgah 2 hari di rumah.
Sekejap saja, memang tak cukup.
Membuatkan aku terasa macam nak cari kerja di Malaysia saja.

Sempat aku melawat sekolah lama ku.
Tengok adik-adik main bola.
Dulu aku tak main bola peringkat zon tapi main di peringkat daerah.
Terpilih masa team zon tengah berlatih, aku tengah main bola kat padang sebelah.
Masa tu aku ni kasut bola pun tak ada.
Lawak sungguh.. semangat pegi beli kasut getah.
Main jadi pemain simpanan aje pun.
Tapi dapat berlatih bersama pemain-pemain terbaik dalam Zon Raja, itu yang menjadi kelainan bagi aku.
Masa tu pun budak kecil lagi.

Akademik ternyata lebih penting.
Di program persediaan dan di oversea, aku mudah mendapat tempat di dalam pasukan-pasukan bola sepak.
Aku belajar banyak daripada pengalaman tu.
Dulu mungkin lah terasa bola sepak lah segalanya.

Hari kedua di rumah, aku lepak2 baca buku dan main chess saja.
Sebelah petang melawat rumah mak-mak sedara.
Balik rumah urut kaki dan tidur.
Seronoknya tidur kat rumah.

Hari ni dah nak ke KL semula.
Kembali ke dunia kerja walaupun secara unofficial saja.
Beberapa meeting perlu diatur.




7 comments:

yA said...

sedang packing dgn segale hebatnye di wakayama...

IsMa said...

Nak ke KL dh ek... ada ms jmpa la nanti k...

atulhani said...

wah, skang ada kat malaysia ka? bila mahu ke cyber lagi? hehe

sAbR!nA sAbR! said...

jabi tu kat mane ae?

Embun said...

ahmad, berapa lama ahamd di malaya? ingin ku kirim sesuatu pada Ahmad di vienna..blhkah?

Double McDouble said...

wuuu sampai hati u tinggalkan i di US bersaorangan. kate nanti jd jambu aku!!! mane janji manis mu dlu.

hahaha.

jowopinter said...

Ya, kampung juga yang best.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...