Wednesday, May 06, 2009

on being a loyal fan

Aku penyokong pasukan Manchester United dan Cleveland Cavaliers.
Kadang-kadang orang merasakan, ah dia ni sokong team yang kuat saja.
Well that is not 100% true.

Aku dah sokong Man Utd sejak sekolah rendah.
Puncanya, kerana ibuku tersayang nak aku baca majalah bahasa Inggeris, dan satu-satunya majalah bahasa Inggeris yang aku akan baca ialah majalah bola sepak - dan pada masa itu, satu-satunya majalah bahasa Inggeris di rak-rak buku ialah majalah ManUtd. Maka aku jadi penyokong ManUtd sampai ke hari ini. Pada masa itu, Man Utd masih lagi setanding dengan Newcastle, Blackburn, Liverpool etc etc.. tapi kini tidak lagi... kita jauh di depan lalala :P

Semasa aku mula sokong Cleveland Cavs, pasukan tu kat tangga terbawaaah sekali.
Pun gitu aku tak tukar pasukan. Dah pulak tu diorang 1st pick & dapat lah pilih LeBron James yang masa tu baru habis sekolah menengah terus ke jadi profesional. Sekarang, Cavs antara pasukan terbaik NBA.
Aku mana tahu hal ni 5-6 tahun yang lepas ;)

Pasukan lain yang aku sokong, team bola sepak Kelantan, Cleveland Indians (MLB) dan Cleveland Browns (NFL).
Kalau mana-mana pasukan ni jadi gah di masa depan, jangan salahkan aku memilih pasukan yang handal ya :D
kerna aku dah menyokongnya sejak hari ini.

Jatuh bangun sesebuah pasukan bukanlah bergantung kepada peminatnya. Pun begitu kita punya peranan juga. Kalau tiap kali pasukan kita jatuh, kita berpindah kelab, susah lah. Kita juga yang tak dapat merasa macam mana gembiranya bila pasukan kita bangkit dari zaman kejatuhan. Oh sungguh indah.

Sama lah dengan jatuh bangun seseorang. Kalau kita tak tolong 'support' masa kawan kita jatuh, jangan kita mengharap kawan kita akan ingat kita masa dia dah berjaya nanti.
Kena fikir masa depan juga beb.. anything can happen.



anyway, Abidal will miss the UEFA Final because of a wrong red card decision. Well same goes for Fletcher. So tok sah nak bising2 laa :P

1 comments:

Rebecca Ilham said...

Becky likes this :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...