Tuesday, August 25, 2009

Ramadhan menjelma lagi

Kali ni hari pertama puasa aku, berbuka 215 batu dari rumah
Perjalanan sebenarnya berjumah 397 batu dari Fairfax, VA
menuju ke puncak gemilang West Virginia University
dan kemudiannya ke Penn State University di State College, PA

Misi aku dan Nellaz menghantar Izzat (X-AT <-- ape benda ni Izzat?)
kembali ke sekolah nya telah berjalan dengan jayanya
Di WVU sempat ke Walmart dan rumah Alvis (nak pinjam basikal satu boleh?)
dan membuat 3 trip mengangkat barang masuk ke bilik Izzat
3 jam lebih kurang ke Morgantown mengejar Suzuki biru
3 jam lagi ke State College dengan teknik pemanduan selamat
membuatkan kami menjadi musafir unggul - namun tidak berbuka puasa di tengah perjalanan
kerana nasi ayam dan murtabak menanti di State College
hoyeh
terima kasih tidak terhingga kepada pasukan tuan rumah

Hari kedua berpuasa, meneruskan perjalanan balik ke Fairfax setelah bersahur dengan lebihan nasi ayam dan donut dari DD
3 jam lebih lagi dengan teknik pemanduan berhati-hati kerana ada kenderaan terbalik di tengah perjalanan
Sampai di VA, berbuka puasa di rumah Staff Sarjan Samad
Walaupun jemputan sebenarnya untuk makan selepas terawih, kami dengan "tidak sengaja"
telah pergi ke rumah beliau untuk berbuka puasa makan sup yang sedap nian,
dipengaruhi oleh faktor lapar dan penat
Malam itu kami berterawih di rumah saja

Hari ketiga aku sudah pancit
Aih... baru 3 hari?
Hari ke-4 bangun sedikit awal untuk bersahur
pun pancit juga
Hari ke-5 mungkin lebih gagah?
Kita tunggu esok hari



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...