Seperti yang sepatutnya dilakukan, aku tidak bekerja pada hari ini
aku pun tak pasti sebenarnya pada hari pekerja ni sepatutnya tak bekerja langsung atau bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh.
Jumaat lepas aku ke Consulate General of Malaysia di New York
Bersama dengan Malaysian Student Department dari Washington DC
pegawai dari Jabatan Perdana Menteri
juga Datuk Seri Ambassador Malaysia yang baru
beliau dalam perjalanan ke Boston menghantar anaknya masuk sekolah berasrama penuh di sana
Ramai pegawai baru jugak nampaknya di New York
Inshaallah hujung bulan nanti akan bertandang lagi ke sana ke rumah CG
dah janji ni
inshaallah tiada aral melintang atau menegak, pasti akan ditunaikan
Mereka pun sibuk nanti FM akan datang untuk perhimpunan di UN
Tak sempat bersembang panjang di CG, aku culik 4 orang penggerak-penggerak di Stevens tu kami melepak di McD sampai jam 3 pagi
kira sahur sekali ni
student leaders perlu didedahkan dengan panca-roba hidup berorganisasi dan kebolehan untuk melontarkan pendapat
Lepas Stevens, kami ke Penn State pula
Sama saja aktivitinya, iftar, terawih dan sedikit tazkirah
Moreh kami di Dunkin DOnut - kali ni lebih ramai
dan biasa la since balik kampung, saudara-mara perlu dijemput
so pelbagai background sikit kali ni, just nak dengar isu-isu di kalangan pelajar zaman sekarang
dan di samping tu cerita-cerita lawak yang tiada kena mengena
I need to catch up with lawak semasa dan gossip2 hangat di kampung SC
Hari Ahad aku pulang ke DC, ada sambutan Nuzul Quran
malam tu aku tidur puas sampai la ke tengah hari hari ni
Rasa macam nak main golf.. tapi nak keluar bershopping pun ada ni
We'll see




0 comments:
Post a Comment