Monday, September 14, 2009

Meeting di IHOP

Nama kedai itu IHOP
singkatan kepada International House of Pancakes
2 hari berturut-turut aku bermesyuarat di situ
jam 11 malam selepas terawih - sampai lah ke jam 2 pagi
dua-dua malam itu tak seorang pun dari kami order pancakes
baik international pancake, mahupun domestic pancake

Perbincangan kami hangat
idea-idea bernas keluar mencurah-curah
sekarang tinggal implementasi
di situ lah anak Malaysia selalu kalah

Hari ni aku tukar posisi meja
bermakna satu perkara yang pasti
= bilik aku jadi lebih bersepah daripada biasa
biasa = sentiasa bersepah

Minggu lepas aku semangat nak beli meja baru
meja yang besar sedikit
tapi niat tak kesampaian
dua jenis meja cuba dibeli, dua-dua pun out of stock
mungkin bukan rezeki lagi kali ni

Pagi tadi bangun jam 4 pagi
lepas sahur dan subuh aku tak tidur
hasilnya ni pukul 817 aku dah rasa mengantuk
urghhh




1 comments:

yA said...

saya aaa, bgn aa 5 am aaa, sahur aaa.. terus itu pigi kelija oooo.. 6:30 sula mau gerak itu keleta ooo. masuk kelija pukul 7:30 am aaaa. manyak mengantuk aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! balik pn bukannya awal mcm olang lain aaaa.5pm tp biasanya 5 lebey looo. apa macam iniiii.kawan2 suma masuk 8:30 balik 4 pm maaaa...kelah kelingat ini companyyy.mau kasi bakar itu punyaaa.jadi lemang looo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...