Monday, October 05, 2009

Hari Ahad hari yang penat

Penuh hari Ahad aku bertandang ke rumah orang
Ada satu open house
tapi aku tak sempat pun ke open house tu
yang aku sempat pergi, ialah rumah-rumah yang tak ada open house
yang mengopen kan house-house itu untuk diri sendiri

Malam Sabtu kami bermesyuarat dengan gilang-gemilang bersama rakan-rakan kelab usahawan
dari RIT dan PSU
banyak idea keluar, banyak isu diperbincangkan, inshaallah akan menuju kecemerlangan harapnya niat suci murni kelab ini
kami berbual hangat sampai lah jam 3-4 pagi

Pulang ke rumah aku tidur sekejap. Bangun subuh jam 645 tapi kepala sudah pusing
aku sambung tidur balik lepas tu sampai pukul 830
pukul 9 aku dah sampai ke rumah ustaz
budak-budak vandy ni katenye nak gerak pukul 10 pagi
tapi sesampainya aku kat rumah Ustaz, baru separuh bangun
alamatnya pukul 11-12 lah baru gerak ni
fikirku sendiri

Lepas makan dan bersembang kat rumah ustaz aku ke rumah cik siti ambil beberapa barang di situ, sempat makan sikit, dan kemudian ke rumah pn Anora.
Geng-geng RIT masih ade situ tapi sempat salam-salam je since diorang dah nak gerak dah.
Selebihnya aku habiskan masa bersembang dengan student-student freshman dari Temple Univ.
Fun jugak diorang ni.
Dah kenal-kenal semua, senang aku nak singgah bila-bila.
Jam 230 aku balik rumah.
Sampai aja kat rumah aku dapat msg cakap geng PSU dah sampai Penang.
Plannya nak makan sama before diorang gerak balik.
Perut aku dah penuh dah.
Mata dah layu.
Aku solat Zohor kejap, lepas tu terus ke Penang.
Sampai sana around jam 315-330 diorang dah habis makan dah.
Sempat la aku lepak kejap sembang-sembang.
Pukul 415 gitu diorang balik.

Aku call Fadhli, dia masih kat downtown Bethesda.
So aku park kereta, jalan ke Barnes & Noble.
Picked up a book, beli coffee, duduk, belek buku, then.... tido
Aku bangun tu just on time Fadhli pun baru habis shopping kat Giant dan Lynn & Lyle pun sampai dah.
Bergegas lah kitorang ke rumah fadhli, melepak dan makan2 ringan.
Bersembang macam-macam taiping, pc, atu6, atu7, alg, study, kerja, kawan2, family bla bla
Pukul 9 kitorang gerak balik.
Open house rumah Adi habis pukul 8.
Adi kata ada lagi makanan kalau nak pegi.
Aku dah kenyang dan mengantuk yang amat.
Singgah Dunkin beli coffee takut tertidur, kemudian ke rumah Aca/Suhaimi ambil ThinkPad ku
Minum coffee, then aku bergegas balik rumah sebab ada conference call pukul 1030.

Habis conference pukul 130 pagi.
Aku dah tak boleh nak bukak mata.
Tidur dengan khusyuk
Pukul 630
tok tek tok tek tok tek
jam berbunyi
hari Isnin sudah bermula


Aku baru tahu ada berita sedih tentang seorang kawan ku... :(

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...