Alhamdulillah banyak yang berjaya dicapai dalam masa seminggu berada di Malaysia.
Aku berlegaran di Capacity Asia meeting di Crowne Plaza Mutiara dekat dengan stesen monorel yang aku dah lupa apa namanya.
Selasa malam aku sampai, Rabu dan Khamis whole day di conference.
Malamnya ada cocktail party - tapi aku dengar kurang bagus aktivitinya walhal dibuat di Malaysia. Mujur aku tak ikut sekali.
Jumaat sehari suntuk aku di menara, mostly berkenalan dengan orang-orang baru di TM yang rata-rata aku baru kenal muka melalui Facebook. Kini dah kenal orangnya dan dah boleh add as friend.
Hari Sabtu ada tournament futsal jemputan.
Aku kelam kabut malam jumaat tu - beli baju, seluar, kasut dan stokin. Satu ape pun takde lagi.
Main untuk liga pengurusan. Dah jadi manager dah layak la bermain :D
Punya la liat kaki aku ni suruh berlari die tak mahu.
Kalau suruh mengaji lagi la die tak mahu kot.
Kitorang main dari pagi sampai la ke petang
dengan team yang tak pernah main sekali nye..
fitness pun di paras membimbangkan..
kami bertungkus-lumus fizikal dan mental untuk cuba menang.
percaturan kapten merangkap pengurus yang tidak bermain - tajul, kami berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir silver plate
di sini lah taktik baru bermula
kami keluar makan 2 kereta, tapi satu sesat ke tempat lain kerana jem dan peanut butter di malaysia tu
2 orang makan nasi kandar, 3 orang makan telur separuh masak 2 biji seorang
lepas tu semua balik terbungkang tidur
Rupa-rupanya itulah rahsia kejayaan kami
lepas bangun tidur, mungkin dan hilang mengantuk sikit, kami main semi final dengan mantap sekali
pun begitu masing-masing tidak bermain untuk menang
sebab kiranya menang, kena main final jam 5 petang
sedangkan kebanyakan daripada kami ada urusan keluarga jam 4 petang
ada yang nak bersiap siaga nak pegi stadium tengok anak kijang lawan bola
kami menang semi final 1-0 memandangkan pasukan lawan tak nak score
so kami score la..
akibatnya, semasa perlawanan akhir, hanya 4 orang saja player yang tinggal.
Goalkeeper pun balik. Kapten dan penyerang handalan merangkap penaja utama, dah lama dah balik.
Penyokong kami pula tinggal 3 orang - nak sama ramai dah dengan jumlah pemain.
Kami bermain tanpa pemain simpanan dan dengan penjaga gol yang buat pertama kalinya beraksi di gawang.
Hasilnya cukup membanggakan - TMG Underdog seri 1-1 sehingga masa tamat, dan penang sepakan penalti 3 berbalas 1.
Mantap seyhh...
Alhamdulillah aku score 4 daripada keseluruhan 5 gol yang kami jaringkan sepanjang tournament. Campur 1 penalti, tolak 1 gol sendiri lawan hasil sepakan penjuru aku.
Kami dapat RM500 dan medal. Khamis depan nak open-table makan KFC berbakul-bakul ajak geng-geng TM Global yang lain. Yiha.
Malas pulak nak tulis pasal meeting bersusun-susun hari Isnin dan Selasa.
Aku missed breakfast dan lunch pada kedua-dua harinya. Urghh..
Ceria di muka di hati siapa tahu




2 comments:
eh shaykh, balik mesia tak beritahu ke...
KFC!
teringinnya~
Post a Comment