Wednesday, December 23, 2009

Salji yang mengganas

Mungkin ramai yang mendapat tahu tentang salji di kawasan Washington DC yang sungguh ganas hujung minggu yang sudah. Salji sungguh lebat sehingga mencapai 2 inci ketinggian dalam masa satu jam. Keseluruhan salji pada hari jumaat dan sabtu mencapai 16 inci.
Aku hanya baca akhbar kerana aku sendiri pun bukan berada di tempat kejadian. Terlepas lagi detik-detik sejarah sebagaimana aku melepaskan peluang melihat iauguration Obama tahun lepas kerana malas bersesak-sesak dalam kesejukan winter. Aku tak kisah. Bukannya boleh masuk résume.

Aku ke State College bertemu beberapa watak utama MISG dan Kelab Usahawan Melayu USA. Beberapa perkara dibincangkan, dan aku rasa masih banyak yang perlu dilakukan untuk membawa persatuan-persatuan ini maju ke hadapan. Juga bertemu ahli keluarga HaCC yg mmg bagai adik-beradik bagi ku. Well, aku dah jauh lagi tua, so in effect macam pakcik la kot.

Pertama kali nya aku ke Blue Knob Resort untuk aktiviti snowboarding. Mendaki gunung setinggi 3 ribu kaki lebih menaiki Chevy HHR yang tidak bersedia untuk aktiviti lasak seumpama itu, memang mencuakkan. Sampai di ketinggian 3 ribu kaki, kereta kami tak mampu lagi untuk mendaki. Terpaksa turun beberapa puluh kaki sebelum memecut naik dengan bantuan momentum yang ada. Kalau terbabas mungkin boleh jadi sejarah. Tapi doa dan keyakinan padaNya adalah senjata yang ampuh. Apai (Ambat), Nabil dan Ijat - ini kenangan indah.

Ahad malam aku sepatutnya pulang ke DC tapi kerna keletihan (dan kemalasan) aku melalui sesi kejut-mengejut dengan Bard (Balop) dan Miss Hunny namun tetap gagal. Jam 430 pagi baru bertolak. Itupun belum ultimate. Singgah jumpa OU dan ke Dunkin sebelum bertolak pulang. Perjalanan semuanya ok kerna jalan sudah clear dan salji pun sudah berhenti.

Aku terpaksa tambah sewa kereta lagi dua hari kerna si kotak mancis itu belum sihat lagi. Transmission ada sedikit bunyi walaupun sudah lancar dan axle diketatkan lebih sedikit di belah kanan sampaikan dia menari-nari kerana tidak selesa dengan kesengetan itu. Melayang $200 juga hasil sewaan kereta.

Petang ini ke Muktamar di Atlanta bakal menyaksikan penerbangan duit lagi sebanyak $150 pergi dan $200-$300 semasa balik. Campur registrasi $300 lagi. Itu semua pelaburan yang aku tidak risau cuma diharap mendapat keredhaanNya.

Aminn..

--Taufiq
(mobile)

3 comments:

yA said...

hanya mampu meneruskan perenangan pelbagai gaya di malaysia yg hanya summer melanda...

Amer. said...

Woa you have a super duper cool writing!

taufiq said...

yA sudah terer menguak! ah sungguh menjeleskan.

Amir, wah ni Amirrul Rezza yang berusia 17 tahun tu ke? Terima kasih! Penulisan anda lebih mantap sepastinya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...