"Veggie burger," balas aku ringkas.
"We don't have no veggie burger. Only on certain time," katanya sambil menunjuk ke papan menu.
Aku tak berminat nak melihat apa yang ditulis di situ. Kalau dah tak ada tu tak adalah kan... Jam menunjukkan pukul 3:34 pagi.
Perut ku sedikit lapar, tapi aku masih boleh bertahan.
Persoalannya, makanan apa yang aku boleh makan kiranya aku singgah di mana-mana rest area selepas ini pun?
Aku duduk sebentar di meja sambil menulis entri blog ini. 2 minit selepas ini, aku akan berada di kaunter kedai runcit di kawasan rest area Thomas A Edison di New Jersey ni, membayar harga sekeping dua roti sebelum meneruskan perjalanan lagi 4 jam menuju ke Washington DC.




0 comments:
Post a Comment