Wednesday, January 28, 2009

Case Closed

Tuesday, January 27, 2009

lagu hari ini


Selamatkan Dunia - In-Team

All closed



It's snowing today
1st 'real' snow of the year
I'm so lazy to wake up
lepas subuh pun sambung baring2 lagi

Tahun ni salji sangat lambat
dah nak habis bulan 1 baru nak snow
last year awal bulan satu
makin lama makin lambat
it could be because of the global warming
but i cannot tell for sure
maybe my sister can.. she's an environment engineer :D

Had to go to work no matter what
pakai kasut tebal sikit la kot
semalam pakai kasut ankle kiri still terasa sakit
maybe another week kot before a full recovery

i'm drinking coffee while waiting for my turn to use the shower
ah bestnye kalau hari ni cuti
sekolah sekolah semua tutup
hopefully jalan tak teruk sangat
tayar kereta kotak mancis aku tu bukan specially untuk winter
plus kete tu tarik tayar belakang (rear-wheel)
senang skid

safe journey to work.. ameen..



glove tak beli lagi

Sunday, January 25, 2009

It's not a busy life

I was trying to start writing some stuff about my trip to Rochester
Couldn't find a good time to do so though.
Seems like I always had something else to do at times.
Plus tgh syiok bace the Collectors (Baldacci)

I'm off to makan-makan kat rumah en Amiruddin now



Wednesday, January 21, 2009

'twas quite a trip

Yaa weekend yang lepas weekend yang boleh tahan panjangnya
Maka aku yang tak reti duduk diam ini
telah berziarah ke negeri York Baru yang berkejauhan kira-kira 370 batu daripada lokasi rumah aku di negeri Virginia
Kali ni kami memandu Magnum kelabu bersih suci berkilat
yang akhirnya dicemari tompok-tompok putih dan kelabu hitam akibat salju di sepanjang perjalanan.

Dah 5 jam memandu, sampai lah kami ke kawasan bukit-bukau
tak ada sebuah motosikal pun lalu
sebab musim winter ni kan.. sapa la ngada-ngada sangat nak naik motor
kereta dan lori ada la
so tak ada la scary sangat
tapi sejuknya yang amat
-13
degree
fahrenheit

tak berani kami nak keluar kereta
mahupun meletakkan jari ataupun tapak tangan ke tingkap
takut nanti melekat
atau jadi keras lepas tu pecah-pecah macam cerita terminator 3 tu
tak ke kecewa
so kami memandu saja la sampai ke Rochester
8 jam lebih juga lamanya

Lepak-lepak, sembang, tengok rakan-rakan main game sampai jerit-jerit
game tembak zombie
game ape tu aku tak tahu tapi fun jugak la bile main ramai-ramai
i am not an avid gamer
but i know that i will be one
...if i start
so i better don't start

anyway, the day after we had a lot of fun at the Bristol Mountain ski resort
Here's the [LINK] right here if you are intended to go
Besar giler tempat
I covered only 1/8 or maybe 1/10 in 4 hours
Ade chance, maybe I should go again.
Kot-kot la singgah lagi RIT in future snowboarding season
and RIT friends are such a great group of people
I seriously had a lot of fun

The next day, as the story goes, aku takde benda nak buat
so pegi main lompat2 kat bukit dekat rumah chekedis
skali kene kunci daa
because of that I missed the chance to play volleyball
but I got a chance to meet Neesun and Ina instead before Neesun pegi Boston keje sane
then malam tu join main bola pulak
punya la teruk main since dah lama giler tak main bola
score goal pun mcm buruk dan nasib giler
and disebabkan tamak sangat nak main, I ended up injuring myself
I strained my left ankle and had to rest for 3-4 weeks
Nasib baik la tak retak ke ape
kalau tak slim chance nak pegi snowboard in Hakuba

Balik rumah, rest-rest
esoknye Obama's inauguration, so I worked from home
nak jalan pun tak berapa boleh lagi
witnessed history dari rumah aje
tak brape nak minat pegi DC pun sbenarnya
because it was far too cold for me, and people cannot bring any bags to the place
Macam mana nak bawak lens camera
I don't have a portable range lens for all ocassion (like 14-150mm) ke ape kan
urgh.. siksa siksa
rasenye kalau pegi mahu habis 5-6 cups of coffee aku minum to keep my body warm
jadi ke?

It was a long weekend
it was a fun one
and a hurting one (for my left ankle)
I learned a something from the trip
I gained something
and lost something

and it was a well worth trip



Friday, January 16, 2009

Bristol Mountain

I'm off to Rochester

1. tengah gila snowboarding

plus: ada kerja
plus: nak jumpe possible ahli kelab usahawan
plus: nak jumpe Najmi and Suhail
plus: nak jumpe bdak2 HaCC - Bintik, Chekedis, Kentang, Petai, Sowat, sape lagi eh?


safe journey ameen

Friday, January 09, 2009

BULI

Zarina called: "Bla bla bla.. OGN number.. bla bla bla 2 x E1 dekat SLO.. bla bla bla... You kat mane ni?"
Me: "Biasa la I kat DMV la."
Zarina: "Laa tak abis abis lagi ke?"
Me: "I kan dah keje part time kat sini.."


Tiga-hari beb.. tiga hari berturut-turut aku kena beratur dekat DMV (Department of Motor & Vehicle) or JPJ la senang cerita.

Day 1
First day tu aku pegi lepas lunch hour orang masih ramai lagi
Sejam jugak tunggu nombor.
Lepas tu tak boleh bayar sebab die kate vehicle tax aku tak bayar.
Bill maybe dah sampai ke rumah lama sebab tu aku tak dapat dan tak tahu menahu pasal bil tu.
So aku terpaksa call county of Fairfax utk buat payment.
Skali die kate rekod kereta putih kotak mancis aku ni takde.
Yang ade just rekod kereta biru yang aku dah sedekah kat pertubuhan Islam mane ntah tu je..
Terpaksa la aku call DMV dengan County of Fairfax back-and-forth
last2 dapat la buat payment.. so kirenye esok boleh la renew plate ni

Day 2
Jeng jeng.. aku pegi dalam jam 11 pagi
Orang tak ramai pun
Tapi tetap jugak aku kene beratur dalam 45 minit
Aku pun pelik apesal lame sangat padahal dalam 30-40 orang je orang ade masa aku sampai tu
Tapi lepas setengah jam, berduyun-duyun lagi orang beratur sampai ke luar
Sampai turn aku, die kate tak clear lagi rekod.
Laaa abis aku tunggu sikit punye lame tadi takkan takleh buat ape-ape kot?
Aku duduk kat kerusi jap, call county of Fairfax.
Diorang check balik dengan kompeni yg uruskan credit card payment,
then after semua dah ok, diorang mark account aku as cleared lagi skali
then fax kan skali document kat DMV.
So aku mencelah kat kaunter tu sementara diorang nak panggil orang lain.
Mintak tolong check kan account aku patutnye dah ok.
Die kate: "Umm you gonna have to get another ticket."
Duhh.. masa tu orang dah beratur sampai ke luar.
Mahu 3-4 jam lagi kalau nak tunggu.
So aku ambik dokumen sume, berjalan ke kereta dalam keadaan longlai.
Buat muka kecewa.

Day 3
Ni hari yang Zarina call ni.
Aku dah nekad dah nak kasik settle jugak hari ni ape-ape hal pun.
So pukul 945 aku dah ade kat DMV.
Ambik tiket, tak sempat duduk terus nombor naik.
Dalam hati: 'Yess!"
Sampai kat kaunter, die kate: "Ni ade insurance SR-22 tak lengkap ni."
Laaa pulak dahhh. Aku tanye "Semalam ngape tak bagitau??"
Die kate: "Semalam tak kuar dalam sistem lagi encik."
"Umphhh." Aku bagi komen pendek. Pastu aku lompat-lompat kat kaunter tu cakap "Abih cemane saye nak renew license niii.."
Die soh aku call insurance company fax kan form tu kat DMV.
Aku pun dengan patuh nye pegi la call company insurance.
Orang insurance biasa la.. call baikk je layan. Ok la tu.
So die dah fax ape sume dah die kate.
Aku ambik nombor baru.
Tunggu 20 minit nombor naik.
Pegi-pegi kaunter, pakcik ni yg jaga ni patut bersara dah aku rase. Mungkin die still kene sbb die tak tahu nak buat ape kat rumah. Aku dah berperasaan something.
Pastu die kate: "I'm sorry you are going to get another ticket. Ask for 'Compliance' ticket.
Ahh ape kejadah pulak compliance ticket niiiii...
Ye la pakcik.. nak argue banyak kesian pakcik nak kuar energy.

Orang pun tak ramai lagi so aku pegi la ambik ticket lagi.
By this time aku dah bole buat lawak dah dengan makcik yg jaga kaunter tu.
"Ah you again?" Die kate sambil sengih.
"Yeah.. " Aku sengih balik.
"Third time?" Die tanye lagi. Masih sengih.
"No.. Fifth" Aku cakap sambil tunjuk jari 5 (tak genggam ye..)
Die kasik aku tiket huruf E.
Amboih banyak nye abjad ko nak pakai DMV weh.
So aku tunggu lagi.. Lame rupenye huruf E ni.
Aku ingatkan nombor tu special so that cepat-cepat diorang panggil sebab aku dah banyak hari datang ni.
Rupenye lagi lame ade la.
Setengah jam kot tunggu. Aku dah lost sense of time dah.
Sampai kat kaunter tu makcik tu cakap DMV fax borang salah pulak dah.
Adoiii.. apekah ini makcik apekahh...
Aku mintak die explain panjang ape jenis borang die nak.
Pastu aku call insurance company bgtau panjang2 jugak la.
Si Rubin tu cakap die dah fax the right form dah.
Aku manee la tahu.. ni keje korang patut korang tahu la..
Pastu check punye check rupenye orang yg register kan insurance SR-22 aku ni sudah salah isi VIN (Vehicle Identification Number) aku daa.. missed 1 huruf.
Die kate takpe die buat baru and fax segera.
10 minit siapp die kate.

Aku tunggu 15 minit takde pun ape-ape berita.
Aku call balik Rubin, die kate die dah fax dah.. lorr ape sal tak bgtau..
Aku pegi kat kaunter nombor 18 - kaunter special kot.
Saje mencelah sbb takde orang. Mintak die check kan fax dah sampai ke belum.
Die check check kate belum.
Aku call Rubin soh hantar lagi skali.
Walaupun aku agak confident tunggu masa je nak sampai tu.
Saje je la nak make sure.
Pastu ambik nombor E lagi skali.
Kali ni beratur dah sikit punye panjang.
Aku siap kene beratur kat luar.
Kali ni E number ni mmg giler punye lame la.. aku tunggu setengah jam, baru ade 1 nombor E die panggil.
Masa tu ade dalam 4 kot lagi nombor E kat depan aku.
Aku tunggu lagi.
Sambil-sambil tu aku dah tersengguk-sengguk dah.
Buku kat depan bukak saje tak baca pun.
Dah sejam lebih, still takde improvement.
Ade 2 orang lagi depan aku.
Aku pegi kaunter 18 lagi skali mintak tolong check fax dah sampai belum.
Die check kate ade dah. Sambil tunjuk ibu jari.
Aku tanye die: "Nombor E ni memang lambat ke?"
Die senyum je sambil angguk ke ape.. aku pun tak dapat menangkap pergerakan kepala die.

Pastu dah sejam setengah takde ape2 jugak aku dah confuse dah.
Fenomena apekah ini??
So aku pegi kat kaunter tiket tu balik.
Akak/Makcik tu jaga lagi.
"Akak ni ngape tak kuar-kuar nombor ni?" Aku tanye.
Pastu at about the same time, ade pakcik sorang ni, 3 nombor belakang aku.
Die pun heran ngape lame sangat.
Akak tu mintak kitorang pegi kaunter 18 jumpe manager.
Okeh pakcik jom. Dua orang power sikit.
So aku pegi la nenong nenong dengan pakcik tu ke kaunter 18.

Ade orang kat depan kitorang. So kitorang lepak je menunggu kejap.
Pastu tak sempat turn kitorang, nombor E dipanggil.
Tapi bukan nombor aku lagi. Sebab ade sorang lagi depan aku.
Aku lepak kejap dengan harapan nombor dipanggil cepat-cepat.
Telahan aku betul la pulak.
Tak sampai seminit, nombor aku plak naik.
Pegi kat kaunter tu ade sorang lagi akak tengah settlekan issue die.
Aku lepak je sebelah buat donno..
Kasik pressure suruh cepat la tu konon
Pastu setel dah die, aku punye turn plak..
Makcik tu pegi ambik fax from insurance company.
Aku tengok sebijikkk je dengan form yg dihantar mula-mula tadi!
Cumanya kali ni nombor VIN tu betul la.
Tapi tadi makcik cakap form yg salah bukan VIN number yg salah
Nasib baik kitorang perasan salah
Adoi la makcik.. bagitau la betul2 senang kitorang nak troubleshoot

So everything ok dah.
bayar lagi 54 dollar untuk setahun.
Niat aku nak tukar plate buat personalized pun dah malas dah
Kang entah ape plak isu plak kang.
Lain kali la kot.
Semalam dah kene $300 bayar vehicle tax.
Adoi bengkok weyy

Aku sms yuzaimi cakap nak masuk lepas lunch
nak cool down sbb mmg aku tgh emo pun
kene buli beb

Aku pegi rumah en amir lepak makan lunch dengan Izzat.
Makan spaghetti semalam.. aku mmg suke spaghetti.. so mcm yess!
Pastu kitorang pegi kedai snowboard.
The rest was history..
la la la~~


la la la~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...