Monday, February 16, 2009

Happy President's Day

Aku pun tak pasti kenapa kita celebrate hari presiden ni
Tapi kebanyakan office memang tutup sempena President's day ni
Kedai-kedai tak semua tutup
hospital dan klinik nampak bukak aje
Sekolah pun tak semua tutup jugak
Sekolah aku dulu tutup kot.. lupe dah la.. 3 tahun dah habis sekolah

Hari ni hari bermalas-malasan
aku bangun pukul 5 pagi buat aktiviti sihat
pukul 6 tidur balik
pastu bangun-tidur-bangun-tidur sampai pukul 12

Hari ni niat nye nak pegi outlet shopping sikit dengan mengadanya
Tapi sekarang dah pukul 1258 aku masih belum dapat mendekatkan diri dengan bilik air
Kalau tak mandi pegi shopping boleh dapat diskaun tak?

Arghhh malasnyeeeeee


Update:
It's 1:35 PM and I'm still at home
tapi dah mandi
perkembangan baik

Friday, February 13, 2009

Aunty Zaimun dalam kenangan

The news of her illness came in as a shocking news for me
She is such a healthy and athletic person
But sihat or sakit tu semua ditangan Allah kan
It's not in our hand

I've put it in my itinerary the first thing to do when I arrive in Malaysia is to go visit her..
I didn't get the chance though...
Aunty Zaimun passed away early morning just now
4:20 in the morning to be exact

I called Izzat and he was (and is) so sad
No word can describe the feeling or course

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau.
Seorang insan yang sangat banyak membantu aku semasa di DC ini





Tuesday, February 10, 2009

Welcome to the world! Amsyar Adam bin Muhammad Najib

02/09/2009
Jam 8:13 PM

Chrome: Topik, ko rase tarikh hari ni cantik tak?
Aku: Err.. aaa.. alamak hari ni berapa hari bulan ah?
Chrome: Semilan
Aku: Umm semilan.. dua... ok gak kot
Chrome: Dua semilan dua kosong kosong semilan la
Aku: Oh.. aa.. cantik tuhhh... ngape ngape? Lahir dah ke?
Chrome: Blum lagi.. aku kat hospital ni tgh parking kete.
Aku: Ooo bagi kuar weh bagi kuar haha (bole ke gitu?)
Chrome: Haha aa tu la
Aku: Ko gi masuk bilik nanti jerkah kak Yana biar die terkejut
Chrome: Haha nanti aku update.
Aku: Okeh bro
(sambung facebook pastu ade org call urusan keje)

Jam 10:21 PM

Lan (via sms): Lyana(crome) is in labour. Thought u shld know.
Aku(via sms): Yep2 chrome called tadi. Thanks bro :) any news apdet eh


02/10/2009
Jam 11:17 PM


Chrome called tapi aku lupe dah ape isi perbualan. Aiya ilang ingatan

Jam 3:20 AM

Chrome (via sms): Nak masuk OR dh, kene C section skrg gak, doakan selamat.
Aku (vis sms): My prayers with u and kak yana bro. Everything slamat inshaallah

Jam 3:30 AM



Lahirlah cahaya mata pertama my brother, Najib and his wife, Yana.
Amsyar Adam bin Muhammad Najib nama diberi.


Masa tu aku baru nak gerak dari rumah ke hospital. Tatau lagi Amsyar dah lahir.

Aku to gf (via sms): Kak Yana dalam OR. C-section. I'm on my way to the hosp.
Gf to me (called): Ngape kene C-section.
Aku: Aaa tatauu.. awak la lebih mengetahui. Saye failed bab-bab ni.
Gf: Aiyoo ngape tak tanye.. kan saye dah tertanya-tanya
Aku: Aaa awak kasik options die, saya jawab betul ke tak
bla bla bla... merapu ape ntah kami
Gf: Ok lah kim salam Chrome and kak Yana eh

Jam 3:50 AM


Aku sampai di Hospital Arlington.
Chrome called mintak ambik kak Ummi. Tp aku sampai kat parking lot dah masa tu.
So naik je la dulu tinggalkan air kopi and donut aku beli kat 7-eleven.
Mak aku pesan gi sepital bawak buah. Tapi since kol 4 pagi and aku tgk kat tv time2 masa ni org bawak kopi je. So aku bawak kopi gak la.. Americanized sikit.

Kak Huda pun ade kat situ. Hapi nampak Chrome and kak Huda.
5-10 minit lepas aku dok cucuk-cucuk Amsyar tu, nurse bawak kak Yana masuk
Nampak letih dah pucat sket. Eh ke sbb die putih nampak pucat? Mmg pucat sikit kot.. name lagi masuk hospital kan?

Jam 4:10 AM


Aku turun bawah nak pegi ambik kak Ummi. Tapi kak ummi takut tak sempat nak antar anak die gi sekolah kol 6 pagi tu. Logik gak la kan. Perjalanan saje dah agak dalam 40 minit.
So aku pun pegi park kete sebelah B4BY09
Jalan kaki sket, pegi balik tingkat 3.
Then lepak sane antar sms kat kawan2 dan family di US dan Msia
Kekadang cucuk2 Amsyar lagi
Pastu lapar makan donut yg aku beli utk Chrome and Kak Huda.. hehe i know.. buruk siku

Dipendekkan cerita, semua dah ok dah
Baby tidur, mak die tidur, ayah die tak
aku pun ngantuk dan lena dah pun atas kerusi tu
So lepas subuh dalam kol 745 aku pun balik rumah la sambung tidur sikit
Bgtau Yuzaimi dah I'll be late
Berkejar ke tempat park kereta takut gate tutup sbb aku tak bawak any cash in my wallet
Sampai rumah aku tido dahhh ape lagi




Monday, February 09, 2009

Kejutan dari Malaysia

Minggu lepas, kami ahli keluarga DC dikejutkan dengan berita sedih dari Malaysia.
bukan berita pasal kegemparan di Perak
aku hampir muak mendengar cerita orang berebut kuasa
seolah-olah mereka tidak baca sejarah
kerana perebutan kuasa lah tanah Melayu dimasuki penjajah
bagi aku politik itu perkara yang baik dan penting
tapi politik kotor dan tercemar itu bukan

Berita sedih yang kami terima ini berkenaan Pn Zaimun
beliau sedang menderita sakit barah
dan sekarang sedang dirawat di hospital Putrajaya
sebak aku melihat wajah Izzat sebaik beliau sampai ke DC dari West Virginia
Izzat menangguhkan semesternya tahun ini dengan kebenaran dekan
pengorbanan seorang anak...

Teringat aku akan segala jasa baik keluarga uncle Ibrahim ini
bukan saja buat aku, bahkan untuk semua keluarga di DC ni
Bagi aku sendiri, inilah keluarga yang paling rapat dengan aku
Waktu petang dan hujung minggu aku bermain tenis atau lepak-lepak di rumah mereka
Kalau tidak pun saja singgah sambil aku berbasikal keliling Vienna/Falls Church
rumah mereka itu tidak asing bagi aku
masuk ikut tingkap pun pernah tika pintu rumah terkunci
Bahkan tika pulang ke Malaysia tahun lepas,
aku pernah bermalam di rumah baru mereka di Putrajaya
tika aku sedang berkursus di Cyberjaya

Inshaallah aku akan pulang ke Malaysia bulan 3 nanti
aku berazam akan terus melawat Pn Zaimun setibanya aku di sana
tak jauh pun KLIA dengan Putrajaya
selepas itu baru aku pulang ke Jabi inshaallah
plan masih lagi kabur-kabur

Apapun, aku doakan semoga beliau diberi kekuatan oleh Allah
dalam menempuh ujian yang besar ini
begitu juga untuk uncle Ibrahim, Izzat dan Nabilah
banyakkan bersabar dan berdoa kepada-Nya ya



Monday, February 02, 2009

Mari mencari penyakit

Yaa semalam aku telah mencari penyakit dengan begitu pandai sekali
Dengan kaki yang belum 100% sembuh
aku telah mengambil keputusan untuk melawat gelanggang bowling
Tujuan utama ialah untuk memenuhi jemputan abg Sharidan
memandangkan beliau datang sini cuma dua minggu
tambahan pula pada siang harinya kami tak dapat bersukan
di padang golf, memandangkan kebanyakan padang masih lagi tutup
dek kerna ais mengeras di atas padang
yang bakal membuatkan bola-bola golf hilang dari pandangan
atau hilang ditelan ais-ais di tengah dan di tepi padang.

Kesilapan yang berlaku ialah kerna untuk memenuhi jemputan
aku cuma perlu bermain satu game sahaja suka-suka
dan bukannya 4 game seperti mana yang telah aku lakukan

Maka oleh kerana kesilapan tersebutlah
aku kembali terhincut-hincut berjalan ke pejabat
dan proses menyembuhkan kaki sempena permainan snowboard
yang akan berlangsung di Jepun
kira-kira sebulan dari sekarang
terpaksa ditangguhkan sedikit.
Proses penyembuhan yg ditangguhkan
bukan permainan snowboard yang ditangguhkan.

Tunggulah kemunculanku di Hakuba
yiha


perlu bersenam segera. badan sudah bagi alert!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...