Monday, March 30, 2009

Weekend at Penn State

I came back from Penn State University yesterday.
It was quite a trip.. memorable one as well.
They had a Malaysian Night.
Well the motto selected was "A Night to Remember... something something
Surely memorable for me because I have chosen that same motto for one of the celebrations in MRSM Taiping, back in year 2000.
Penn State friends did a good job in organizing the event.
They worked together well and split the tasks to get everyone involved in the event.
That's the way to do it :)

The day after those Banghra, Zapin and etc etc people had captured the heart of hundreds of people, we had a 7-aside soccer tournament on a turf field.
I played as well even though I was not a hundred percent recovered from my cold/flu.
That was the day I've found out that I could not run for more that 10 minutes anymore.
Man... I wonder when was the last time I had a good exercise.
Maybe more than 3 months ago.
I seriously need to exercise more - and you know what?
The first thing that came into my mind was to buy a bicycle to ride to work like I did a year ago.
Am I a shophaholic or what?
I should have thought about jogging.. or play tennis.. well something than does not require me to buy something new.

Anyway, I also managed to injure my left ankle once again by putting too much pressure to it when I was not supposed to.
It was a kind of achievement wasn't it?
As a result, I am going to miss my first Sunday League game next week and maybe even the week after.
Well done Taufiq.

Another crazy thing I did, as soon as I arrived home at 3:00 pm,
I rushed to Jefferson Golf Course - which is walking distance from my room - even though I still drove there because of laziness.
I haven't been playing for quite some time and the weather was too nice not to play. It was low 60's at that time.
There I met Jo from Vietnam, William and Sam from China.
Played together on the 9-hole course - took us about 1 and 1/2 hour to finish.
My first game after not playing for a while wasn't bad at all.
I managed to bogeyed the first till third hole,
triple-bogeyed the fourth, bogeyed the next four holes, and par the last hole.

I guess I was so happy that I didn't even realized that my coughing had stopped abruptly while I was playing..
and seriously, I felt a lot better now compared to last week.
Was it because of the golf? Or because I played soccer the day before?
Well ok... the reason, actually, because Allah said that I will be feeling better on Sunday at 5:00 pm.
But normally, we will always be busy looking for another reason to support the logic.

Afterwards, I went to abe Adi's to watch Tiger.
He is so darn good... can't describe how impressed I was.
Had 3 bowl's of Maggi there - which I savored until I can't eat no more.
Kenyang sampai esok hari.

I slept quite late that night, considering that I just came back from a 4-hour journey,
tersedar once in a while at night bangun mengurut kaki, and ultimately slept at around 2.
Woke up at 6:30, lepak-lepak, mandi, baring balik, balas email and read some blogs before I go to work.
I had a malas-malas day at work - although I managed to get a lot of things done.
It's almost 8:00 pm now so I think I should better go home now and get some more sleep.
I think I might be dreaming of Maggi tonight.



Thursday, March 26, 2009

None but God can remove misfortune

"If God touches you with misfortune, none can remove it other than Him. If He blesses you with happiness, (you should know that) He has power over all things.”

The Holy Quran, 6:17



Hari terakhir di Jepun

Sejak kembali ke USA aku rasa sangat kekosongan
rasanya aku rindukan tanahair
mungkin..
aku juga punya cita-cita baru yang sedang aku kejar
beberapa impian yang kelihatan seperti memberi sedikit tekanan pada diri sendiri
rasanya pabila satu daripadanya dicapai, aku akan kembali tenang

aku sendiri pun tak mengerti
adakah kekalutan dan keserabutan ni
adalah kerna batuk yang tak sembuh-sembuh lagi
atau lain puncanya
tapi aku memang tengah dalam keserabutan

----

sambung kisah perjalanan aku..

setelah penat snowboard do Goryu dan Hakuba-47, kami bergegas untuk ke Nagano
di hotel, cadangan asal ialah tuk menghantar terus snowboard ke Narita airport.
Kami akan naik bas ke Nagano. Sayangnya board tak akan sempat sampai ke Narita dalam 2 hari. Tak sempat untuk aku bawa pulang ke Malaysia.
Kami mencari alternatif lain - maka bercadang bawa ke Nagano dengan bas.
Sampai di stesen bas malangnya bas ke Nagano tiada pada hari tersebut.
Maka minta bantuan Amir, teman baik ku dari sekolah rendah sampai lah ke MRSM Taiping.
Cubaan kami menyumpat 3 snowboard ke dalam kereta sport Subaru B4 itu berhasil.
Malam dah makin lewat, jadi kami terus ke Nagano, singgah di Daigaku ambil barang-barang Ain, kemudian terus ke rumah Amir. Kami keluar semula untuk makan malam dan kemudian ke pos ofis menghantar snowboard kembali ke USA.
Agak sukar untuk mengusung snowboard kerna esok pagi kami akan ke Kanazawa bersiar-siar.

Esok paginya, bangun dengan penuh kemalasan.
Sempat makan pagi dekat rumah Amir. Makan spaghetti.
Dan dek kerna kesedapan tidur dan kesedapan spaghetti, kami lambat sampai ke stesen keretapi.
Maka terpaksa beli tiket sejam selepas itu. Tapi tak mengapa.
Kami bazirkan masa minum-minum kopi, dan mengambi gambar burung.
Ya sungguh bermanfaat :)

Kami sampai di Kanazawa, tinggalkan barang dan terus berjalan-jalan.
Kepala aku sedikit pusing, 2 biji aspirin kemudian, aku kembali ok.
Kami ke muzium of modern art, malang pamerannya tidak begitu mengasyikkan.
Pameran yang paling menarik ialah satu bulatan berwarna hitam.
Sekali tengok, nampak macam lubang yang dalam (hollow) walaupun sebenarnya ia tidak.
Itu yang paling menarik sekali.
Di luar, langit semakin gelap.
Kami berjalan di tepi taman Kanazawa yang nampak cantik.
Tak dapat masuk sebab taman dah tutup. tapi tak mengapa.
Kami pusing ke bandar Kanazawa.
Bermain lukis-lukis.
Kemudian tiba masa untuk balik ke Tokyo.

Kami tidur di atas bas saja, perjalanan 8 jam malam itu, kemudian mencari keretapi di stesen Tokyo yang agak memeningkan.
Setelah check-in bag, aku dan si adik berjalan-jalan di airport Narita.
Makan-makan dan tengok kapal terbang.
Aku tak tahu nak buat apa sebenarnya.. dalam hati sangat sedih.
A miss my sister...
Lama sungguh tak bertemu dan sebentar sangat dapat bersama.
Adikku dah nak graduate, nanti akan pulang ke Malaysia bekerja.

Jam 1030 aku masuk ke terminal.
Pulang ke Malaysia bertemu ibu bapa dan adik yang seorang lagi.
Tidak lupa bertemu teman hati.


Tidak mahu ia berakhir...

Wednesday, March 25, 2009

Japan re-visit

Sambil duduk-duduk ni aku teringat kenangan travel bersama adik terchenta di Jepun.
Aku sampai ke Narita airport jam 1 petang.
Di kaunter imigresen pegawai tu tanya apa tujuan datang Jepun.
Aku cakap visit relatives (sambil tunjuk kat borang yang dah siap di isi).
Dia tanya nak pegi mana?
Aku jawab pendek, "Hakuba. Snowboard."
Dia ketawa kecil. "Hakuba..." Dia ulang. "Tourism.. tourism.."
Dia cakap sambil tukar tanda pangkah kat dalam borang yang aku dah isi tu daripada visiting relatives kepada tourism.
Mana-mana la encik... asalkan kasik saya lepas imigresen ni sudah.

Dari Narita Airport, kami ambik train ke Shinjuku Station.
Janjinya nak jumpa kawan lama, Taro Tagai kat situ.
Taro tak sampai pun lagi so kami lepak-lepak kat kedai pasta sambil tak tahu nak order ape.
Bila taro sampai dia kata semua benda pun mahal.
Aku mana la reti standard harga makanan kat Jepun ni. Belasah aje order.
Taro dok sibuk nak gosok gigi. Baru bangun ke Taro?
Pastu beberapa kali dok tertukar Aimi jadi Ana.
Sah mamai mamat ni.

Dari situ, kami ambik train pukul 5 petang untuk ke Hakuba.
Train yang lama.. 2 kali berhenti.
Mula-mula kena tukar stesen dekat Matsumoto.
Lepas tu tukar lagi train dekat Shinano Oomachi - yg lebih kecil stesen nya
Hari dah malam.. aku tidur aje kejenye
Sampai di Hakuba, ada orang dari hotel dah tunggu.
Nasib baik dia bawak van besar walaupun tunggu kami 2 orang saje
Kalau tak dah tak muat dah snowboard aku.
Kami check in hotel dan tanpa berlengah lagi tidur.
Aku rasa aku sempat mandi dulu walaupun aku pun dah lupa mandi ke tak.
Oh aku sempat wax snowboard sebelum tidur.
So takde la tidur terus sebenarnya.
Aku jugak sempat tengok katun Bolt.. eh pukul berapa aku tidur ni sebenarnya?

Esok dan lusanya ber snowboard penuh asyik seperti post di bawah:
http://txh62.blogspot.com/2009/03/day-1-happo-one.html
http://txh62.blogspot.com/2009/03/snowboarding-day-2.html


I'm missing the moment T-T

Tuesday, March 24, 2009

Aku kembali

Ah pejam celik pejam celik aku dah 4 hari sampai semula ke Virginia
Masa untuk kembali menulis.
Badan dah kuat sikit, demam dah dekat seminggu.
Tapi dah tak panas-panas badan, cuma batuk-batuk yang agak ekstrimis
dengan mood yang tak keruan.
Tensi woh.

Trip balik kali ni gagal mendapat kepuasan hati.
Trip ke Jepun was great, trip ke Indonesia was great,
tapi balik Malaysia kejap sangat-sangat.
Sungguh tak puas.
Itupun singgah office 2 hari full.
Masih tak cukup jugak.

I think I need more time to re-visit my life plan.
Well that is if I do have one.
After a while, dah rasa mcm takde plan hidup plak dah.
Aiyoh.. that is very serious a problem.

Batuk-ness ni memang suka mengganggu ketenteraman jiwa.
Everytime batuk, paru-paru gegar, otak gegar, hati gegar.
Geram wehhh

Wednesday, March 11, 2009

Jabi kampungku indah

Alhamdulillah sempat singgah 2 hari di rumah.
Sekejap saja, memang tak cukup.
Membuatkan aku terasa macam nak cari kerja di Malaysia saja.

Sempat aku melawat sekolah lama ku.
Tengok adik-adik main bola.
Dulu aku tak main bola peringkat zon tapi main di peringkat daerah.
Terpilih masa team zon tengah berlatih, aku tengah main bola kat padang sebelah.
Masa tu aku ni kasut bola pun tak ada.
Lawak sungguh.. semangat pegi beli kasut getah.
Main jadi pemain simpanan aje pun.
Tapi dapat berlatih bersama pemain-pemain terbaik dalam Zon Raja, itu yang menjadi kelainan bagi aku.
Masa tu pun budak kecil lagi.

Akademik ternyata lebih penting.
Di program persediaan dan di oversea, aku mudah mendapat tempat di dalam pasukan-pasukan bola sepak.
Aku belajar banyak daripada pengalaman tu.
Dulu mungkin lah terasa bola sepak lah segalanya.

Hari kedua di rumah, aku lepak2 baca buku dan main chess saja.
Sebelah petang melawat rumah mak-mak sedara.
Balik rumah urut kaki dan tidur.
Seronoknya tidur kat rumah.

Hari ni dah nak ke KL semula.
Kembali ke dunia kerja walaupun secara unofficial saja.
Beberapa meeting perlu diatur.




Saturday, March 07, 2009

Snowboarding - Day 2

Day 3 di Japan, day 2 snowboarding.
Semalam di Happoone, hari ini di Goryu + Hakuba47.
Dua medan snowboard ni digabung sekali.
Kami naik Gondola di Goryu, turun ke belah Hakuba47,snowboard di
belah sana puas-puas
lepas tu turun ke Goryu sebelum tempat ni tutup.
Snow/Yuki di belah Hakuba47 lagi cantik. Mungkin sebab kawasan
lindung angin.
Ada park yang cantik tapi aku dapat lompat sikit-sikit aje.
Kaki tak kuat sangat sbb semalam dah lenguh pusing Happoone yg besar
gaban tu.


Pemandangan makin lawa
semalam dah wahhhhh
hari ni sugeiii... koree... abis la sume keluar lah..
Pendek kata, snowboard kat sini memang breathtaking la

Hari ni snowboard dengan Ya (adik terchenta), Bak (bestfriend dari
sekolah rendah) & Ain (member Ya study kat Nagano)
Trail kat Hakuba47 ni pendek dari Happoone but not bad at all
Yuki dah keras so kalau jatuh sakit
One way to prevent it is: jangan jatuh

Dalam 5 jam gitu snowboard, sampai lah tutup
This will be the last time Ya snowboard before balik Mesia
I kinda feel sad too
I know she must be be very sad.
Inshaallah nanti boleh lagi kat tempat lain plak yeh

Masa nak bali bermasalah sikit
nak hantar snowboard terus ke ariport tapi katenye tak sempat sampai
before 9hb
so pegi stesen bas nak naik bas ke Nagano
skali bas takde daa
so kene la naik kete sport Bak yg kiut miut tu
sedap seyh kete tu..
Subaru B4, all-wheel drive, twin-cam turbo puhh

Esok ke Kanazawa plak before kembali ke Narita airport utk flight
balik Malaysia.
=)

Makan malam dan tidur awal

Makan malam di hotel.
Bukan diminta, tapi memang dah termasuk dalam pakej.
9 course dinner - yang mana by course ke 4 aku dah kenyang.
Nasib baik course ke-5 digabung dengan course ke-6
Couse 7 ringan saja: ikan.
Tapi course ke-8 dibaginya nasi langsung aku tengok aje. (Hirup-hirup
kuah sikit)
Dessert ialah mochi.. yay yummy.

Oh anyway, by course ke-7 tu mata aku dah tak boleh bukak dah.
Rasanya ada tersengguk sekali tapi aku tak ingat pulak.

Tidur awal pukul 9 malam.
Esok pagi nak snowboard lagi.

Day 1: Happo-one

Mula mula aku ingatkan "happo"+"wan"
padahal "happo"+"oo"+"ne"
Penah jadi tempat untuk winter olympic 1998
memang besar gaban tempat dia
at least 6 tingkat.. ye.. enam tingkat ski lift
jumlah ski lift 20 ade kot aku rasa
kalau tak lebih then maybe dekat-dekat
Very nice, very gila.
Pagi-pagi kitorang pegi, hujan. Habis kuyup.
Lepas tu snow tak nampak jalan.
Berenti makan kebab halal ade kat atas gunung tu (wow!)
Then bila sambung around pukul 2 dah cantik giler weather.
Sangat best dan puas hati.
Malam tu tidur kol 9 kot.
penat tak hingat.

Aktiviti-aktiviti tak ada kerja di hotel

Inilah kerja kami..

Hotel Goryukan

Keadaan bilik hotel.
Sebelum aku sepahkan.
Alah mcm tak biasa je kan.
5 minit je abis la bersepah kat mane saje aku berada.

Perjalanan ke Shinjuku

Kaedahnya gini.
Dari Narita Airport, ambik train ke Shinjuku.
Dari Shinjuku, ambik train ke Hakuba.
Tapi train ni ade stop stop.
Since penat, banyak tido je dalam train.
So takde la terasa jauh sangat.
Sempat jumpa kawan masa kat Cleveland dulu, encik Taro yg senget mcm
biasa.

Perjalanan ke Jepun

Perjalanan alhamdulillah smooth.
Dari DC ke JFK rasa macam 2 minit saje.
Masa bila flight take-off, masa bila turun, aku langsung tak sedar.
Akibat tak tidur semalaman. Bagus jugak kan?
Suku awal terbang dari JFK ke Narita pun aku tidur dengan sedap.
Pasang Madagascar tapi sempat tengok diorang landing dekat Africa.
Lepas tu aku pun landing jugak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...