Minggu lepas ada kenduri untuk Rizal (Beps) dan Shera (anak kak Huda)
Hampeh semua org dok tanya 2 org house mate dah kawin aku bila lagi.
At this age orang start tanye2 kot.. dude.. I'm not even old yet (haha ok perasan)
Anyway, hari Sabtu itu aku mendapat panggilan telefon.
Ni ada 3 orang anak teruna dari Purdue nak belajar balik kampung.
Pembelian tiket dibuat melalui ejen bernama MalaysiaTicket (aku lah tu)
Disebabkan cuaca buruk, mereka tak dapat berlepas dari Indianapolis airport ke Malaysia.
Maka United Airlines bagi lah tiket percuma menaiki Qatar Airlines yang aku rasa mungkin lagi mewah dari MAS.
The catch is, they have to stay one night in Washington DC.
"Ada la hikmah tu," kata mereka.
Well you never know until you see Allah's blessings yourselves.
Sampai di International Airport Dulles, di DC diorang sms aku.
"Dah sampai ni," aku tengok di skrin iPhone aku.
"Tengah makan kat tempat prepare untuk kenduri ni, korang lepak la dulu. Dalam pukul 12 aku gi sane" aku tekan-tekan skrin yang tak berbunyi tu.
"Takpe take your time," balas Hafiz.
Mungkin itu jawapan yang kurang tepat sebab aku memang take my time makan, sembang dan sebagainya. Pukul 12 baru gerak. Melayu!
3 orang pelajar baru ni pun balik la ke rumah aku. Sembang dan main FIFA sampai pukul 3 lebih. Niat di hati nak tunggu subuh. Skali tertidur. Terbangun jam 445 gitu pagi masih gelap. Subuh belum habis. Matahari masih tidur lagi. Belum bangun. Lepas subuh sambung tidur sekejap, tapi aku ada misi pantun pukul 630 pagi. Masa sudah suntuk. Pukul 630 aku jawab pantun tapi pukul 7 baru ada tenaga untuk bangun. Akibatnya aku berpantun sekejap saja pagi tu. Selebihnya masa aku habiskan makan nasi air kat rumah En Amir Hamzah. Aduh sedapnya.
Petang tu kitorang pegi kenduri kat rumah kak Huda MARA and then terus ke DC melawat tanah jajahan. Aku kasik perkhidmatan fotografi lagi secara percuma. Gambar ade kat Facebook, nanti la ada masa aku muat naik ke Flickr untuk dikongsi bersama. Tak banyak masa untuk buat editing kali ni. Kawan-kawan balik malam tu so aku hantar ke lapangan terbang antarabangsa Dulles lagi sekali. Balik tu aku flat sampai lah ke esokan harinya. Ingatkan demam kura-kura atau demam swine rupanya tidak, alhamdulillah.
Minggu ni aku dapat banyak requirement, maka pening kepala pusing-pusing mengejar customer, vendor dan pricing team. Ada yang punya potensi besar tapi Allah saja menentukan rezeki kami akan dapat habuan atau tak. Inshaallah ada tu.
Selamat hujung minggu!
Esok morning crew mungkin kembali beroperasi.
Ada pesta pantun sampai jam sembilan, jam sepuluh dah boleh mulakan operasi



