Monday, August 31, 2009

Setelah seminggu berpuasa

Alhamdulillah Ramadhan tahun ini membawa banyak ketengangan
Stress kerja pun dapat diatasi dengan baik sebab tak ada tenaga nak stress stress
Kerja makin bertambah, itu tak dapat nak dinafikan

Sejak buat "data sales & solutions" ni aku memang tak cukup tangan
Kerja-kerja engineering memang dah dikesampingkan
Rakan sekerja berjaya buat dengan baik
Aku jadi peringkat ke-3 saja dalam proses baik pulih (3-level support)
Ini maknanya, kalau masalah tak selesai dalam sehari, ada orang 2nd level akan bantu
Kalau tak berjaya jugak, baru mintak bantuan aku
Alhamdulillah pengalaman 2 tahun all-out dalam bidang engineering membawa pulangan ilmu yang tak ternilai

Jadual terawih tahun ni penuh penuh diisi lagi
Mungkin dek kerna rumah-rumah pegawai nampaknya sedikit padat
Ada beberapa pegawai yang baru sampai, jadi rumah pun tak ada lagi
Kami orang-orang bujang ni memang tumpang saje sentiasa
Aku pun belum sempat nak merasa berterawih di Northern VA Islamic Center
Dah jadi tak berapa jauh dari rumah sejak aku pindah ke Fairfax ni

Semalam aku baca tulisan Ustaz Zaharuddin, katanya pastikan niat kita bersolat terawih itu bukan hanya sebab nak bersosial dengan kawan-kawan - bukan hanya nak bagi meriah.
Pastikan niat di hati untuk beribadat kepada Allah
Aku fikir pun, tujuan beramai-ramai solat terawih ni pun supaya tak rasa penatnya
Kalau solat sorang-sorang selalunya 8 rakaat tu rasa lama sungguhh

Oh ya hari ni hari kemerdekaan Malaysia daripada penjajahan fizikal.
Kenapa aku tak bersemangat? Adakah aku tak patriotik?
 

--
Taufiq

  



Tuesday, August 25, 2009

Ramadhan menjelma lagi

Kali ni hari pertama puasa aku, berbuka 215 batu dari rumah
Perjalanan sebenarnya berjumah 397 batu dari Fairfax, VA
menuju ke puncak gemilang West Virginia University
dan kemudiannya ke Penn State University di State College, PA

Misi aku dan Nellaz menghantar Izzat (X-AT <-- ape benda ni Izzat?)
kembali ke sekolah nya telah berjalan dengan jayanya
Di WVU sempat ke Walmart dan rumah Alvis (nak pinjam basikal satu boleh?)
dan membuat 3 trip mengangkat barang masuk ke bilik Izzat
3 jam lebih kurang ke Morgantown mengejar Suzuki biru
3 jam lagi ke State College dengan teknik pemanduan selamat
membuatkan kami menjadi musafir unggul - namun tidak berbuka puasa di tengah perjalanan
kerana nasi ayam dan murtabak menanti di State College
hoyeh
terima kasih tidak terhingga kepada pasukan tuan rumah

Hari kedua berpuasa, meneruskan perjalanan balik ke Fairfax setelah bersahur dengan lebihan nasi ayam dan donut dari DD
3 jam lebih lagi dengan teknik pemanduan berhati-hati kerana ada kenderaan terbalik di tengah perjalanan
Sampai di VA, berbuka puasa di rumah Staff Sarjan Samad
Walaupun jemputan sebenarnya untuk makan selepas terawih, kami dengan "tidak sengaja"
telah pergi ke rumah beliau untuk berbuka puasa makan sup yang sedap nian,
dipengaruhi oleh faktor lapar dan penat
Malam itu kami berterawih di rumah saja

Hari ketiga aku sudah pancit
Aih... baru 3 hari?
Hari ke-4 bangun sedikit awal untuk bersahur
pun pancit juga
Hari ke-5 mungkin lebih gagah?
Kita tunggu esok hari



Thursday, August 20, 2009

Wow lamanya!

Lamanya tak updateeee
Petanda busy? yes
petanda malas? not really.. but sorta yess


Last 2 weeks pegi camping
tayar bocor di tengah perjalanan

grrr




Monday, August 03, 2009

Kelaparan

Hari ni aku sungguh lapar sekali
padahal baru je makan 6-inches tuna on honey-oat pukul 11 pagi tadi
no cheese please?
lettuce, tomato, olive, pickels, jalapeno
yea yea some mayo.. not too much yea

aku dok menatap pricing2 backhaul dan pop-to-pop untuk backbone tm ni
sakit mata dan minda
pat belas kali ulang kate nak keluar makan tapi tak keluar-keluar jugak
sekali tengok jam dah pukul 600 daa...
patut la lapa nian

rasanya aku dah boleh lupakan sekejap pasal backbone ni
kembali ke aktiviti mejual circuit
siapa2 terasa ada duit lebih nak beli 1Gb circuit dari Msia ke USA bagitau ye?
Bole kasik 1/2 price untuk dedicated circuit
so that internet rumah anda jadi laju macam impossible punya laju bila surf CNN atau facebook



Beskal oh beskal

Izzat is in town!
He'll be here for a month before going back to school
This is going to be fun!

Semalam kami melawat 2 kedai basikal
1st stop: Spoke Inc.
Tengok basikal tu.. "uuuu..."
Tengok basikal ni, "uuuuuu..."
Tak habis habis dengan "uuuu.."
Nampak yang Shimano 105, ambik bawak keluar, test test sikit
Nampak Shimano Ultegra belek-belek je la
Harapan jangan diletak terlalu tinggi

2nd stop ke kedai Bonzai
Kali ni tak ada "uuu.. uuuu.." dah..
Semua basikal sama ada Ultegra atau Dura Ace
Kalau SRAM boleh kata semua RED
Force ade la beberapa juga
Memandangkan podium TDF hari tu dah penuh dengan RED, harga pun aku rasa akan naik tak lama lagi
Kami tak test mana-mana basikal pun
Kalau nak beli pun maybe botol air je kot
Haish.. mane nak cari duit ni

Pegi keje la jomm



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...