Thursday, October 22, 2009

Kecoh di pagi hari

Pepagi lagi aku dah buat kecoh dgn diri sendiri.
Bangun pepagi konon nak gi masjid subuh. Singgah la buat laundry on the way tu. Skali bile keluar kad dari poket rupenye kad metro bukan kad laundry. Macam mana aku boleh terambik kad metro ni?

So terpaksa la aku naik balik tukar kad. Sampai kat bawah aku nak masukkan sabun dalam mesin, nampak lain macam pulak. Rupa-rupenye aku dah bawak turun softener daaa.. Masa bila pulak kat rumah ni ade softener ntah?

Kenee lah naik balik tukar lagi. Pagi2 je pun dah 2-3 trip nak turun elevator yang slow. Last2 subuh kat ruMah aje. Haishh..

--Taufiq
via mobile

Tuesday, October 20, 2009

Tamatnya Hujung Minggu

Ah habis juga weekend yang penuh aktiviti ku
Daripada hari Jumaat lagi ada open house.
Hari Sabtu open house pagi dan petang
Aku sempat pergi yang pagi, makan nasi lemak siapa tak mahu
Ambil kereta keluar dari bengkel
Habis 2 kad kredit aku penuhkan
kad kredit yang ke-3 memang dah separuh penuh.
Haish

Kemudian ke Potomac Mills bawa tamu shopping
Aku boleh belek2 harga saja sebab duit dh tak ada
Sempat tengok barang-barang yang dijual boleh kata 90% made in China

Petangnya tak sempat ke rumah Dr Ismail sebab lambat sampai ke Vienna
Tapi sempat ke rumah Kasyful sebab kawan-kawan dari Pittsburg ada di sana
Sembang punya sembang, orang TM sudah balik hotel
Bawa diorang jalan-jalan pusing DC waktu malam
jam 3 pagi baru sampai rumah

Ahad open house lagi.
Satu jam 1130, satu jam 6 petang.
Tak sempat breakfast dengan orang TM sebab aku bertugas di rumah open house tu
Hantar Engku ke Chinatown untuk naik bas
Kemudian ke DC pusing-pusing tengok Pertandingan Smart House
Aku rasa Malaysia patut buat pertandingan macam ni juga
Kita punya lebih banyak renewable energy

Isnin aku bertugas sebagai spy
Jauh perginya sampai ke Delaware
Cuaca sangat baik, jadi bertugas dengan penuh dedikasi
Balik kepenatan pukul 1040 aku dah tidur
Jam 5 terbangun sebab tidur dah extra time

Buat kerja dari rumah sikit sebelum ke ofis mencari rezeki



Wednesday, October 07, 2009

2-3 hari ini

2-3 kucing berlari
mana nak sama si kucing belang
padahal kalau 2-3 kucing yang berlari tu pun kucing belang
ape plak tak boleh sama kan?

semalam aku balik awal
budget-budget pukul 600 aku dah nak sampai rumah
so that boleh pergi office ambik sticker kereta
dan kemudian pergi kedai telefon uruskan hal telefon
ah impian saja semua tu
pukul 5:55 aku baru gerak dari ofis.. mana kan sempattt

Plan aku untuk bersenam petang tu juga kaput
Perut nyanyi-nyanyi lapar
Nellaz dah defrost ayam
NCIS di udara
Aku dengan selamba nya masak sizzling mee walaupun tak pernah reti masak bendalah tu
Masak lauk lebih sikit so that boleh simpan untuk makan esok hari sekali
Layan NCIS 2 episod sebelum masuk bilik

Tutup semua lampu, pasang lagu, tutup segala apps lain (kecuali messenger)
Adjust screen to full
Mula mengedit gambar
satu
demi
satu
By pukul 11 malam aku ada 300 gambar lagi untuk di edit
Itupun baru dari album aku
Belum masuk album Nellaz lagi
Mata sudah berpinar..
Aku gagahkan juga sampai ke pukul 1 pagi
Masih ada tak sampai 80 keping yang belum bersentuh
Aku siapkan esok saja lah

Cadangnya nak ke Dunkin beli kopi sebelum tidur
Tapi tak sempat sebab mata sudah pejam
Ah kan seronok kalau Dunkin masih buka di simpang jalan 29 dan 50 tu
Tengah renovasi sampai bulan dua belas agaknya - itupun kalau cuaca mengizinkan
Mereka perlu buka sebelum salji turun


Minum kopi panas ketika salji menebal sungguh menenangkan..

Tuesday, October 06, 2009

If I send you an email, open it

Encik consultant melakukan aktiviti yang tidak menyihatkan pada pagi hari ini.
Beliau cuba menyalahkan aku kerana kononnya tidak membuka email yang dihantar oleh beliau semalam.
"I know you have a lot of things to do, but if I send you an email, open it!" katanya dengan tegas.
Aku merenung email tersebut, kelihatan tidak familiar..
Lantas aku berkata, "I don't think you copied me on that email."
Kemudian baru lah dia perasan, memang nama aku tak ada - dan kemudian meminta maaf kerana tersilap.
Sepanjang hari itu, dia tidak mengganggu aku lagi.

Semalam internet dan tv aku tak berfungsi.
Aku dah la tersangkut dalam jem teruk semalam.
Balik dengan stress tu ingat nak lepak2 tengok tv HD la kononnye. Tengok NCIS ke CSI ke Golf Channel ke..
Skali saluran tv takde, internet pun takde.
Hanginnn...

Penat aku 'bergayut' dengan mesin Cox tu.
Mintak aku cabut cable, cucuk balik, tunggu lampu LED cakap 'BOOT'
...pastu tunggu 15 minit.
Pastu takde ape-ape terjadi, kena cabut balik, tunggu lagi, bla bla bla
Dah habis semua procedure baru la dapat cakap dengan customer service.
Setup appointment jam 8-10 pagi esoknye.
(Note: pagi tadi aku tunggu dari jam 730 pagi, pukul 950 baru cable guy tu datang. Internet and tv dah ok dah at last)
Hari ni aku mood kurang baik sikit kat office.

Pun begitu, masuk je office Bepa offer kuey teow goreng plak tu.
Terus msg roomie, "wey ade kuey teow kat office."
Die reply, "Nooooo."
Pastu die msg lagi cakap die tak puasa sbb terminum air. Caitt baru nak sound..
Aku terus membaham kuey teow.
Ni semua salah mu roomie. haha
Esok puasa keyh.

Oh btw, aku dah habis dah The Lost Symbol.
Suka!
Especially sbb tempat semua tu berlaku was in DC.
So aku plan nanti one of these days nak jalan2 kat area DC ni tengok building2 yg ade dalam buku tu.
Aku ade beli "Guide to the Solomon's Key" tahun lepas.
Ni patutnye tajuk asal buku ni.. however, ealier this year, they have changed it to The Lost Symbol.
Tak nak confused dengan King Solomon kot..


Ram called kejap tadi.
Sabtu ni main golf dengan group kementerian perladangan yg datang minggu depan
awesome..

Monday, October 05, 2009

Hari Ahad hari yang penat

Penuh hari Ahad aku bertandang ke rumah orang
Ada satu open house
tapi aku tak sempat pun ke open house tu
yang aku sempat pergi, ialah rumah-rumah yang tak ada open house
yang mengopen kan house-house itu untuk diri sendiri

Malam Sabtu kami bermesyuarat dengan gilang-gemilang bersama rakan-rakan kelab usahawan
dari RIT dan PSU
banyak idea keluar, banyak isu diperbincangkan, inshaallah akan menuju kecemerlangan harapnya niat suci murni kelab ini
kami berbual hangat sampai lah jam 3-4 pagi

Pulang ke rumah aku tidur sekejap. Bangun subuh jam 645 tapi kepala sudah pusing
aku sambung tidur balik lepas tu sampai pukul 830
pukul 9 aku dah sampai ke rumah ustaz
budak-budak vandy ni katenye nak gerak pukul 10 pagi
tapi sesampainya aku kat rumah Ustaz, baru separuh bangun
alamatnya pukul 11-12 lah baru gerak ni
fikirku sendiri

Lepas makan dan bersembang kat rumah ustaz aku ke rumah cik siti ambil beberapa barang di situ, sempat makan sikit, dan kemudian ke rumah pn Anora.
Geng-geng RIT masih ade situ tapi sempat salam-salam je since diorang dah nak gerak dah.
Selebihnya aku habiskan masa bersembang dengan student-student freshman dari Temple Univ.
Fun jugak diorang ni.
Dah kenal-kenal semua, senang aku nak singgah bila-bila.
Jam 230 aku balik rumah.
Sampai aja kat rumah aku dapat msg cakap geng PSU dah sampai Penang.
Plannya nak makan sama before diorang gerak balik.
Perut aku dah penuh dah.
Mata dah layu.
Aku solat Zohor kejap, lepas tu terus ke Penang.
Sampai sana around jam 315-330 diorang dah habis makan dah.
Sempat la aku lepak kejap sembang-sembang.
Pukul 415 gitu diorang balik.

Aku call Fadhli, dia masih kat downtown Bethesda.
So aku park kereta, jalan ke Barnes & Noble.
Picked up a book, beli coffee, duduk, belek buku, then.... tido
Aku bangun tu just on time Fadhli pun baru habis shopping kat Giant dan Lynn & Lyle pun sampai dah.
Bergegas lah kitorang ke rumah fadhli, melepak dan makan2 ringan.
Bersembang macam-macam taiping, pc, atu6, atu7, alg, study, kerja, kawan2, family bla bla
Pukul 9 kitorang gerak balik.
Open house rumah Adi habis pukul 8.
Adi kata ada lagi makanan kalau nak pegi.
Aku dah kenyang dan mengantuk yang amat.
Singgah Dunkin beli coffee takut tertidur, kemudian ke rumah Aca/Suhaimi ambil ThinkPad ku
Minum coffee, then aku bergegas balik rumah sebab ada conference call pukul 1030.

Habis conference pukul 130 pagi.
Aku dah tak boleh nak bukak mata.
Tidur dengan khusyuk
Pukul 630
tok tek tok tek tok tek
jam berbunyi
hari Isnin sudah bermula


Aku baru tahu ada berita sedih tentang seorang kawan ku... :(

Friday, October 02, 2009

Aiyaa

These audit stuff are driving me crazy
Diorang ni buat audit every year, but still ask for agreements sejak zaman 2003
I thought kalau dah audit last year, document tahun sebelum tu dah ade la kan?
I started to handle accounts in April/May 2009 period
So kalau agreement sign tahun 2003, yang mana aku ni baru jejak kaki ke bumi US ni
sekolah pun tak start lagi
how in the worlddd lah aku nak cari kann

Anyway, been working extra hours these few days
and badan teramat lah letih
pun begitu semalam sempat makan-makan dan spent masa to do something else
memang terasa la effect die though
sebab sampai rumah pukul 10, tak sempat habiskan coffee BK Joe large size
dah tertidur dengan nyenyak sekali
sambil tgh2 minum kopi tu.. bukan sejam selepas atau dua jam selepas
tapi takde la coffee cup tu masih melekat kat mulut ke ape kan

Hari ni should be the last day aku cari2 dokumen tu
Minggu depan boleh kembali concentrate on accounts and sales
Aku rasa aku kena lagi creative dan lebih fokus
- and also do some more readings on this stuff
There are some things missing dalam resepi aku ni
Sebab tu lah baru dapat buat satu sale aje
Not good

Boss kata on average, data ni dalam 4-5 bulan boleh la capture satu
Tambah lagi kalau bukan dalam territory sendiri
But I don't want to be included into the 'average' category



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...