Thursday, December 31, 2009

Happy New Year 2010 !!

Wednesday, December 23, 2009

Salji yang mengganas

Mungkin ramai yang mendapat tahu tentang salji di kawasan Washington DC yang sungguh ganas hujung minggu yang sudah. Salji sungguh lebat sehingga mencapai 2 inci ketinggian dalam masa satu jam. Keseluruhan salji pada hari jumaat dan sabtu mencapai 16 inci.
Aku hanya baca akhbar kerana aku sendiri pun bukan berada di tempat kejadian. Terlepas lagi detik-detik sejarah sebagaimana aku melepaskan peluang melihat iauguration Obama tahun lepas kerana malas bersesak-sesak dalam kesejukan winter. Aku tak kisah. Bukannya boleh masuk résume.

Aku ke State College bertemu beberapa watak utama MISG dan Kelab Usahawan Melayu USA. Beberapa perkara dibincangkan, dan aku rasa masih banyak yang perlu dilakukan untuk membawa persatuan-persatuan ini maju ke hadapan. Juga bertemu ahli keluarga HaCC yg mmg bagai adik-beradik bagi ku. Well, aku dah jauh lagi tua, so in effect macam pakcik la kot.

Pertama kali nya aku ke Blue Knob Resort untuk aktiviti snowboarding. Mendaki gunung setinggi 3 ribu kaki lebih menaiki Chevy HHR yang tidak bersedia untuk aktiviti lasak seumpama itu, memang mencuakkan. Sampai di ketinggian 3 ribu kaki, kereta kami tak mampu lagi untuk mendaki. Terpaksa turun beberapa puluh kaki sebelum memecut naik dengan bantuan momentum yang ada. Kalau terbabas mungkin boleh jadi sejarah. Tapi doa dan keyakinan padaNya adalah senjata yang ampuh. Apai (Ambat), Nabil dan Ijat - ini kenangan indah.

Ahad malam aku sepatutnya pulang ke DC tapi kerna keletihan (dan kemalasan) aku melalui sesi kejut-mengejut dengan Bard (Balop) dan Miss Hunny namun tetap gagal. Jam 430 pagi baru bertolak. Itupun belum ultimate. Singgah jumpa OU dan ke Dunkin sebelum bertolak pulang. Perjalanan semuanya ok kerna jalan sudah clear dan salji pun sudah berhenti.

Aku terpaksa tambah sewa kereta lagi dua hari kerna si kotak mancis itu belum sihat lagi. Transmission ada sedikit bunyi walaupun sudah lancar dan axle diketatkan lebih sedikit di belah kanan sampaikan dia menari-nari kerana tidak selesa dengan kesengetan itu. Melayang $200 juga hasil sewaan kereta.

Petang ini ke Muktamar di Atlanta bakal menyaksikan penerbangan duit lagi sebanyak $150 pergi dan $200-$300 semasa balik. Campur registrasi $300 lagi. Itu semua pelaburan yang aku tidak risau cuma diharap mendapat keredhaanNya.

Aminn..

--Taufiq
(mobile)

Friday, December 18, 2009

How far did i get in half an hour..

Panjangnyaaa merahhh..

Tuesday, December 15, 2009

Nah..

Sunday, December 13, 2009

Kami yang gian

Suhu di luar 36 darjah fahrenheit.
Kira-kira 3 darjah celcius agaknya.
Kami tidak ambil peduli.
Aku hanya dapat 2 par.
Tapi lega dapat melepas sedikit tekanan.

*lihatlah bunker pun diliputi air batu.

Friday, December 11, 2009

Hari yang kelam kabut

Dan pada hari itu lah jugak jalan nak jem sampai aku sempat update blog ketika memandu ni ha.
Haish...

--Taufiq
(mobile)

Monday, December 07, 2009

Travel oh travel

Pada ketika ini, aku sedang menunggu giliran membeli burger di kedai raja burger. 5 minit aku menunggu sebelum pekerja kaunter datang bertanya, "what do you want, sir?"
"Veggie burger," balas aku ringkas.
"We don't have no veggie burger. Only on certain time," katanya sambil menunjuk ke papan menu.
Aku tak berminat nak melihat apa yang ditulis di situ. Kalau dah tak ada tu tak adalah kan... Jam menunjukkan pukul 3:34 pagi.
Perut ku sedikit lapar, tapi aku masih boleh bertahan.
Persoalannya, makanan apa yang aku boleh makan kiranya aku singgah di mana-mana rest area selepas ini pun?

Aku duduk sebentar di meja sambil menulis entri blog ini. 2 minit selepas ini, aku akan berada di kaunter kedai runcit di kawasan rest area Thomas A Edison di New Jersey ni, membayar harga sekeping dua roti sebelum meneruskan perjalanan lagi 4 jam menuju ke Washington DC.

Friday, December 04, 2009

Dec 04, 2009

Sekali lagi aku bertemu dengan tarikh istimewa dalam hidup aku ni
Tahun ni boleh tahan berduyun jugak la orang wish
terkujat dan terharu aku
terima kasih untuk semua
selalunya memang aku ni tak celebrate birthday sangat
almaklumla masa kecil dulu, kalau bukan cuti sekolah, musim hujan atau banjir
nak celebrate dengan kawan-kawan memang tidak
dengan family, kalau tak banjir boleh la pegi bandar Jerteh atau Kota Bharu
aku bersyukur dilahirkan dalam keluarga sederhana dan tak berkira sangat pasal birthday celebration ni
takut terlebih obses terhadap birthday ni tak bagus jugak

anyway, petang ni inshaallah aku ke Rochester
ada program di sana
bertemu lagi la dengan anak-anak buah yang dah nak grad dah
ada perancangan baik untuk mereka, inshaallah akan cuba dijayakan sebaiknya

Awe sampai kat IAD malam ni
angkut dia sekali pegi Rochester lah
alang-alang sampai US ni kena la pegi tengok salji




Thursday, December 03, 2009

What do i do di pagi hari mengharungi jetlag

Jetlag

...ialah sindrom orang yang tidur pada siang hari dan tidak tidur pada malam hari setelah pulang dari perjalanan jauh...

Wednesday, December 02, 2009

zzZZZzz

What a day..



Tuesday, December 01, 2009

I'm back!

Back in DC
after a month in Malaysia
fuhh letih nye
will write later la..
too many things

weekend ni pegi Rochester inshaallah



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...