Aku mengalah kepada keinginan diri untuk buat kerja pada waktu malam
Aku duduk di depan komputer, tidak menulis email
Tidak juga menghubungi rakan sekerja di Malaysia
Aku cuma
duduk sahaja
Aku pun tak faham kenapa keinginan untuk membuat kerja itu boleh tewas begitu saja
Malas mungkin..
..walaupun aku tahu akibatnya, aku akan kehilangan sehari dengan sia-sia
Biasanya email yang tidak di 'follow-up' dengan panggilan telefon akan mengambil masa berhari-hari untuk difahami dan diselesaikan isu yang ingin diselesaikan.
Begitulah selalunya.
Aku juga mengalah kepada keinginan aku untuk pegi gym.
Buat kali keduanya.
Semalam pulang dari kerja, dalam kereta sudah berkira-kira
nak lari 10 minit, naik basikal 10 minit, angkat berat 12 kali
sampai rumah, aku masuk dapur buat kopi
lantas terus capai periuk kuali masak spaghetti dan sos nya
Esok pagi lah pergi gym
Bangun pagi jam 7 kurang lebih.
Subuh masih bersisa. Tapi tak berjaya mencapai awal waktu.
"Pergi gym ayuh!" gesa si mental.
Si fizikal salah faham, lantas bantai tidur lagi 2 jam.
Ah kenapa sering kalah pada emosi akhir-akhir ini?




1 comments:
kadang2 kita perlu untuk jadi begitu...(^^)
Post a Comment