Dari semalam aku berjaga menyiapkan proposal untuk 6 buah syarikat yang berbeza
Buat research mengenai syarikat-syarikat tersebut
pada masa yang sama perlu menyarung kasut mereka
agar dapat mengagak apa yang mereka rancang pada tahun ini
apa yang mereka suka dengar dan apa yang mereka ingin tahu lebih lanjut berkenaan proposal aku
Dah la tu, kasut semua saiz berbeza.
Aku yang berkasut saiz 9 atau 9.5 mengikut jenis kasut yang dipakai ini terpaksa mengecilkan kaki bila kasut besaiz 7 dan terpaksa memakai kasut gebah-gebah besarnya bila kasut itu bersaiz 14. Oh kadang-kadang kasut saiz 8.5 pun aku boleh pakai juga.
Apa benda yang aku mengarut pasal kasut ni?
Kembali kepada situasi yang meruncing sekarang ni - di mana aku yang sedang berpinar-pinar matanya ini, baru sahaja tidur selama sejam yakni jam 6-7 pagi tadi.
Semalam sudah 3 gelas kopi aku belasahi, hari ini lagi 2.
Mata aku umpama mata burung hantu.
Boleh tidur dalam keadaan mata terbuka agaknya.
Badan terasa tidak sedap dan memanggil-manggil untuk ke gimrama... atau gimnasium - yang mana sampai dahulu. Oh sesuhngguhnya aku tak tahu macam mana nak eja gimrama... atau gimnasium..
Jari hantu tangan kanan aku lenguh.. kenapa entah.. tak cukup pembuluh darah kot?
Ini seekor burung hantu:

Aku belum siap lagi membuat proposal sebenarnya.
Aku baru lepas bersolat Maghrib pada jam 530 petang.
Alang-alang take 5 ni aku take sebanyak-banyaknya.
Aku akan menyambungnya dalam... 15 minit lagi.
Janji.
Aku tak jadi pegi Hawaii.
Bos kepada bos aku tak bagi aku pergi.
Mungkin pemergian aku akan menyebabkan aku lagha.
Pun begitu aku kena menyiapkan kerja yang sepatutnya aku bawa ke Hawaii.
Tu la yang proposal 6 kompeni tu.
Tak apa kejap lagi aku siapkan.
Aku juga kena siapkan travel paper aku.
Minggu depan depan aku ke Coconut Groove.
No.. bukan minggu depan.
Minggu depan kepada minggu depan... yezza...
Kejadian pelik kepada diri aku, kalau aku pegi travel untuk sesuatu perkara tu, biasanya aku akan pergi untuk aktiviti tersebut sahaja.
Contohnya cuti hari Natal yang lalu aku ke Atlanta untuk berkonvensyen.
Maka aku berkonvensyen di dalam hotel tidak sempat nak ke bandar Atlanta itu sendiri.
Tabiat agaknya.
Oh ya baru aku ingat aku perlu tempah bilik hotel dan tiket kapal terbang untuk trip tersebut.
Aku juga perlu menjawab email daripada Sheila yang meminta aku menjawab soalan yang dikemukakannya. Ye Sheila, saya jawab kejap lagi ye. Saya nak apdet blog sekejap kerana otak saya buntu.
Ini bukan perkara main-main.
Otak saya sememangnya sedang buntu.
Dan saya sedang cuba memulihkan nya.
Dengan cara menyandarkan kepala kepada sofa yang empuk ini...
..dan ohh...
tinngal lagi 5 minit masa ku
haish..
Nanti lah aku sambung lain masa
Aku perlu balik cepat kerana:
1. Nak pegi gym tadi
2. Nak cas bateri telefon tinggal lagi 3%
4. Nak call rumah
5. Nak call Farhan
6. Menanti panggilan daripada David
7. Nak tidurrrr
adioss




2 comments:
Kesian kamu!
Good luck bro
perlu menyemak:)
Post a Comment