Aku menemui kelegaan dalam berehat di rumah
Dah dekat 2 bulan aku tak berehat hujung minggu
Alif Ba Ta + Snowboard + Golf + Muktamar = weekends gone
Kali ni dapat berehat rasa sungguh lega
Namun pastinya, Monday Blues akan dirasai esok
Aku bermarathon beberapa siri TV
Tajuknya adalah rahsia.. Gokun tahu though so please be quiet ok bro? haha
Sekarang ni tengah habiskan Knight Rider.. oh well..
Aku tahu tak wajar untuk terlekat dengan siri-siri tv ni memandangkan jadual hidup aku yg biasanya penuh
Let's try to catch-up
Ni entri blog ditulis semasa aku tgh take 5 daripada menggosok baju kerja.
Walaupun aku jarang sekali menggosok baju kerja - kerana aktiviti itu sangat membosankan - aku memilih untuk berbuat demikian kerana berlaku gangguan semasa menonton tv.
Gangguan yang dimaksudkan ialah bunyi deringan loceng kecemasan.
Ku perhatikan di luar tiada asap, tiada bau asap, dan tiada jeritan minta tolong.
Walaupun aktiviti menggosok baju ketika loceng kecemasan ini adalah perbuatan yang berbahaya dan wajar dielakkan, aku berasa ia sedikit menguntungkan kerana jikalau ini tidak dilakukan, mana mungkin aku akan melakukan aktiviti menggosok baju ini.
Loceng kecemasan sudah pun berhenti.
Aku patut ke dapur mengambil air kopi yg aku brew sebaik sahaja loceng berbunyi tadi.
Yakni sebaik sebelum mula menggosok baju.
Tapi dek kerna ralit menggosok baju, aku terlupa akan kopiku.
Baju ada 2 helai lagi




1 comments:
sedak nyo dio bermarathon siri TV~
adik dok marathon palo otak nak exam~
Post a Comment