Apa yang aku selalu buat untuk de-stress?
Minum kopi
But again, hari-hari pun aku minum kopi
Salah ni rasanya bukan jawapan yang betul
Biasanya antara aktiviti pilihan:
1. Ke kedai buku selama 3-4 jam. Ahad lepas sudah pergi tapi tak sampai sejam pun.
2. Bersukan: gym menjadi pilihan akhir-akhir ini. Kalau tak, maybe ke gelanggang tennis
3. Bermain golf: bukan pilihan kerana padang beku. Tapi antara metodologi paling ampuh
4. Kelas martial art: oh sudah lama tak pergi kerana selalu balik kerja after 7-8. Waktu kelas bermula jam 7 atau 8 bergantung kepada hari. Plus jarang makan tengah hari so tak ada tenaga nanti kene sepak jatuh terjelepuk
5. Membaca buku sampai tertidur. I have not touched any book for 3 weeks!! Mana pergi azam tahun baru 2 buah buku sebulan? Masih ada 2 minggu untuk meneruskan azam tersebut. Bulan lepas sudah berjaya. Adakah ini punca aku stress?
6. Tidur: paling mudah dan efektif. Aku seorang yang boleh tidur di mana-mana dalam apa jua keadaan.
Semalam aku pilih aktiviti ke-6
Aku tidur jam 930 malam dan bangun jam 600 pagi
terus ke aktiviti ke-2 oh sungguh indah
Malam ni ada conference call jam 8 malam
haruslah berlanjutan sampai ke pukul 10-11 malam




3 comments:
pasal tidur tu sungguh tepat!
hihi
adikku memahami
I read one book per week ;P
*This is an attempt to make you jealous so you would pick up that darn book by your bed and read!!*
Post a Comment