Tuesday, February 02, 2010

Minum kopi jadi mengantuk. Betul tak?

Aku ada satu fenomena yang menarik untuk diperkatakan
Fenomena yang aku kurang fahami.
Apa sebenarnya beza kopi biasa dengan kopi 'decaffeinated'?

Bagi aku satu saja bezanya
. Kopi biasa buat aku segar bermaya
. Kopi decaf akan buat aku mengantuk macam hape

Dua hari ni ni, yakni semalam dan hari ini, aku terpaksa minum kopi decaf
Sebab kopi biasa kat ofis dah habis. Tinggal decaf aje.

Dan dua hari ini lah aku mengantuk bagai nak pitam.
Actually memang dah pitam dah pun.
Semalam aku tidur terjelepuk kat sofa depan tv kat depan ofis.
Nasib baik bos sibuk bermesyuarat di dalam bilik mesyuarat tak sempat nak menjenguk aku di luar.
Sempat la setengah jam aku tidur.
Akibatnya, aku terpaksa stay back lepas waktu kerja sebab nak siapkan kerja yang berbaki.

Hari ni aku dah terhuyung-hayang rasanya ni
Aku nak balik sekarang sebelum fius di kepala padam
nanti macam mana nak bawak kereta dalam salji pulang ke rumah?

Oh ya hari ni bakal salji lagi
katanya mencapai 3-6 inci
oh tinggi juga tu
tak mampu untuk Kancil aku merempuhnya

Adakah esok aku akan bermasalah untuk ke tempat kerja?
Harapnya Kancil ku akan tabah.




1 comments:

Fida Aishah said...

caffeine consumed psychoactive substance to restore alertness.

decaffeinated is the act of removing the caffeine from the coffee....
you get the taste right but not the effect... fuh terrer science budak nih...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...