Friday, March 05, 2010

Jam Enam

Apa berlaku pada jam enam tujuh lapan petang di tempat anda?
Kalau aku di sini, masih lagi ligat menekan kekunci komputer.
Minggu ini aku tak pernah pulang sebelum jam enam lapan lagi.
Minggu mana yang pernah aku pulang sebelum jam enam lapan pun?
Mungkin minggu lepas, pergi bermesyuarat dengan building management untuk mendapatkan apartment baru.
Oh bukan, itu minggu lepas yang satu lagi.


Minggu ini paling lambat aku balik ialah jam dua pagi.


Oh iya aku masuk pejabat baru.
Kami berpindah dari tingkat 4 ke tingkat 2.
Alkisahnya, orang yang digaji untuk pindah memindah ni tak datang.
Sesuka hati mereka saja.
Maka aku dan beberapa orang lain, mengangkat barangan dari tingkat 4 ke tingkat 2 sendiri
berbekalkan 2 buah dolley (tak sure macam mana eja) dan 2 buah troli kecil.
Tak sempat siap jam 8 malam, kami sambung pada hari Isnin seawal jam 6 pagi.
Harus berhenti jam 730 pagi kerana pukul 8 building tenant akan memulakan minggu kerja mereka.
Tidak dibenarkan berebut lif dengan mereka.


Hasilnya memang membanggakan. Kami mengangkat 8 buah meja - satu daripadanya seberat kapal selam. Satu lagi dibuang kerana terlalu usang.
2 buah peti: Satu sebesar Shaq O'neil, satu lagi sebesar Nate Robinson.


Dan kerusi sebanyak 18 biji agaknya.
Oh tidak lupa 6 buah rak buku. 
2 sudah aku ambil sebab orang lain nak beli rak buku baru.


Berada di ofis baru membuatkan aku terasa bersemangat untuk bekerja.
Mungkin itulah sebab nya aku pulang jam 11 malam hari Selasa lepas, dan pukul 2 pagi pada hari Rabu. Hari Khamis jam 9 malam dan hari ini, Jumaat, sudah jam 745 dan aku masih lagi di sini.


Ya benar aku sedang menulis blog saja pun. Mana ada rajin pun.


Ok lah masa untuk pulang.
Perlu menelefon rumah. Kakak sedara kahwin hari ni.


Bos: Mr Hafiz juga sudah selamat akad nikah dan akan bersanding hari ini di KL.
Majlis gilang-gemilang pastinya.






Kenapa ada color-color? Entah lah aku pun tak tahu mana datang nya color-color tu.. sape color kan ni wey?

1 comments:

Anonymous said...

too workaholic...hmm...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...