Tuesday, March 23, 2010

Kembali ke Cleveland

Oh bukan lah aku berpindah kerja ke Cleveland
Bukan juga aku bercadang nak sambung pengajian ke Cleveland

Aku pernah diterima masuk untuk menyambung Accelerated Master di CASE
Ya benar
Aku cuba mendapatkan kelulusan untuk mendapat bantuan MARA
tapi pada masa tersebut tawaran baru SPC belum keluar
Kena tunggu offer baru, interview, dan kelulusan.
Sedangkan tawaran masuk ke grad school itu hanya ada sebulan.
Tambah pula di sudut hati aku, sentiasa ada rasa bersalah.
Wajarkah aku menggunakan duit biasiswa?
Adakah aku akan menutup ruang ramai lagi rakyat Malaysia yang sedang menunggu peluang mendapatkan biasiswa?
Aku sudah dibantu dua kali - sekali di MRSM Taiping, sekali di CASE untuk undergrad.
Persoalan yang setiasa membelenggu minda.

Kali kedua aku ditawarkan menyambung pengajian
- kali ini ditawarkan duit pula.
Aku cuba jaya untuk menghadiri temuduga dengan Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
Ah siapa tahu, terpilih pula untuk menyambung pelajaran di bawah biasiswa mereka.
Ada beberapa syarat:-

Syarat yang Pertama (sila baca gaya cerita P Ramlee ya!)
Mestilah menyambung pelajaran sama ada di CASE atau di CMU
Aku rasa tak ada masalah untuk apply ke universiti berkenaan.
Dua-dua swasta dan dua-dua mahal.

Syarat yang kedua!
Selepas tamat pengajian, mestilah berkhidmat sebagai tenaga pengajar untuk UniKL.
Tempoh contract ialah double plus 2. Yakni kalau belajar 4 tahun, akan darab 2 jadi 8 tambah 2 jadi 10. Maka 10 tahun contract.

Syarat yang ketiga!
Mestilah menyambung pelajaran sehingga tamat PhD.
Oh!
Dan most people knows, kalau sambung PhD di US, 4 tahun takkan cukup. Mungkin 5 atau 6 tahun.
Maka mengikut contract, Master 2 tahun, PhD 5 tahun, jadi 7 darab 2 jadi 14 tambah lagi 2 jadi 16. Maka 16 tahun akan contract mengajar dengan UniKL.
Oh masa tu aku mungkin dah jadi Prof atau Prof Madya. Rambut putih atau botak. Well botak la kot most likely. Anak ada 3? (eh?)

Jap tak kira lagi umur berapa ya masa tu.
Kalau start umur 25, campur 7 jadi 32, campur 16 jadi 48.
Oh well muda lagi.. maybe jadi dekan je kot. Rambut tak botak lagi tu. (walaupun sekarang dah mula gugur harus tukar syampu bila syampu yg sekarang ni dah habis)

Oh syarat yang ke-4!
Perlu sambung dalam bidang Systems and Control Engineering.

Aku ok dengan syarat pertama dan kedua sebenarnya.
Tapi syarat ke-3 dan ke-4 membuatkan aku menolak tawaran tersebut.
Bagi la kepada mereka-mereka yang benar-benar mahu jadi lecturer.
Aku tak mahu mengambil hak mereka.

Cumanya... aku rasa hati aku bukan pada bidang lecturing.
Dan aku tak berminat nak sambung sampai PhD. Master cukup la buat masa ni.

Dan aku masih mencari peluang..

Anyway..
Panjangnya aku melalut.
nak cerita pasal kembali ke Cleveland tadi.

Sebenarnya semalam aku mimpi.
Aku naik flight pergi Cleveland.
Di sana geng2 junior aku (sekarang semua dah balik dah keje dah pun)
Yakni Azim, Nabil, Acabi dan Ucop, ambil aku kat airport.
Lepas tu mereka bercadang nak bawak aku ke Buffalo jumpa kawan-kawan mereka.
Aku cakap,"aku nak gi Cleveland la bukan nak gi Buffalo."
Anyway, sorang lagi, si Paan takde pulak dalam mimpi.
Mungkin dia tengah masak-masak kut sebab aku nak pegi sana kan.
Mimpi aku sampai situ je.
Tak jadi kot pegi Buffalo, that's why mimpi tu terhenti.

Apa maksudnya?
Manalah aku tahu.
Rindu kot kat Cleveland dan junior-juniorku.
Aku hantar message dah kat mereka thru Facebook.
Haram.. sorang pun tak reply lagi.
Selamber tak rindu aku balik... haha
Fine la taknak kawan la macam ni.

Itu saja entri aku berkenaan Cleveland.
Aku merapu tentang master tadi lagi panjang daripada entri sebenar aku kot





2 comments:

Fida Aishah said...

mana-mana org yg amik masters tu...mmg la org pandai, cantik dan terbilang. :)

taufiq said...

haha abis kalau sambung master ni jadi pandai, cantik dan terbilang jugak lah ye?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...