Bagi orang bujang tinggal di Amerika, misi mencari rumah merupakan misi tahunan
Biasanya kami menggunakan khidmat craigslist.com (pengasasnya alumni sekolah ku) untuk mencari tawaran yang menarik. Kemudian menghantar email kepada tuan empunya: sama ada rumah persendirian, atau apartment. Sepanjang 3 tahun berada di kawasan Washington DC ini, aku sudah berpindah entah tak pasti berapa kali dah. Penat memanglah penat.
Hujung bulan Mac sepatutnya aku sudah kena pindah rumah lagi. Sekarang menetap di apartment bernama Circle Tower. Bulan-bulan membayar $1500 untuk sewa, kemudian tambah bayaran utiliti kira-kira $200 dan internet/tv $124. Kira-kira $600 seorang sebab sewa bertiga. Itupun harga promosi. Sepatutnya sewa bulanan bukan $1500 tetapi $1780.
Alkisahnya, memandangkan tempoh setahun kami akan tamat sebulan lagi, kami memaklumkan kepada pihak pengurusan bahawa kami akan keluar hujung bulan 3. Rupanya kejutan yang menanti, kerana pihak pengurusan mengatakan yang kami perlu memaklumkan 60 hari sebelum keluar. Wow 60 hari.
Sila eja: e.n.a.m p.u.l.u.h h.a.r.i..
1. Kami dah biasa berpindah-randah, tapi ini kali pertama kami kena maklumkan 60 hari sebelum.
2. Baru seminggu sebelum itu aku dan Nas berjumpa dengan pihak pengurusan bertanya mengenai apartment satu bilik. Kenapa tidak dimaklumkan terus bahawa kena bagi 2 bulan notis. Disenyapkan saja.
3. Memanglah ada dalam agreement (barangkali) tapi bukan kah kita di Amerika. Bukankah menjadi courtesy sekiranya memaklumkan kepada tenant bila sudah sampai masanya. Anda yang lebih maklum tentang syarat-syarat dalam apartment ini.
4. Sudah pastilah anda akan mendapat review yg kurang baik daripada kami di website-website untuk review apartment. Bukankah itu merugikan anda, berbanding extra sebulan ganjaran yang anda dapat kerana kami keluar lambat?
Kesimpulannya, pada bulan 5 nanti kami akan membayar $1780 sebulan, campur utiliti $200 dan internet/tv $124. Kira-kira $700 seorang.
Aku menghentikan projek mencari rumah baru bulan ini memandangkan tak akan keluar sehingga bulan 5 nanti. Bulan depan projek akan bermula semula. Urgh sungguh malas mencari rumah apatah lagi sungguh malas untuk berpindah randah. Tapi itulah kisah kehidupan.
Layan sudah lah..
The Queen is Dead!
2 hours ago




0 comments:
Post a Comment