Monday, March 15, 2010

Pergh malasnya

Semalam bermula daylight saving
so jam di US ni jadi 12 jam berbeza dengan Malaysia
Pukul 9 pagi Malaysia, jadi 9 malam USA
begitulah sebaliknya


Seperti biasa, pada hari pertama ia berlaku, semua orang akan confused
Subuh biasanya pukul 515 pagi jadi 615 pagi
Nasib baik aku tidur lambat pagi tu sebab geng-geng dari Penn State datang tidur kat rumah
Tengah kami sembang-sembang, tengok jam kat komputer, "eh... dah pukul 330 pagi?"
Menyedari ada sesuatu yang tidak kena, aku check jam tangan, jam dinding, jam microwave (yg tak hidup pun) dan mana-mana lagi jam yg tak auto update.
Maka pastilah kami daylight saving telah bermula


Pukul 515 kedengaran azan subuh. walhal waktu sebenarnya baru jam 415
aku terpaksa lah menggagahkan diri tunggu subuh yg sebenar sejam lagi.
lepas solat aku terus tidur tanpa segan silu.
Aku agak yakin aku tak baca doa tidur.
Jam dikunci pukul 730 pagi untuk bangun tengok F1. Perlumbaan pertama di circuit Bahrain.
Pabila jam berbunyi, aku bangun tukar jadi pukul 830 sebab mengantuk lagi.
Dan pabila jam berbunyi lagi, aku bangun bangun dengan malasnya ke dapur membuat kopi.
Minum secawan, mata terbuka.
Buka tv... tak ada pun F1?
Rupanya dah pukul 930. Dah habis laa.


Nasib baik ada recording. Layan la mengantuk pun mengantuk la.


Hari Ahad ada tee-time di Osprey Golf.
Jam 100 petang.
Memandangkan jarak yang jauh, aku patut ke sana jam 1130 pagi.
Aku tengok jam tangan baru pukul 1100 pagi.
Lepas tu baru terfikir, "Alamak tak pulas jam lagi!"
Sebenarnya sudah pukul 1230 pagi.
Lagi setengah jam untuk tee off time. Mana sempat!
Call saja pro-shop untuk cancel.
Minggu depan la main.


Ajak geng-geng Penn State ke driving range.
Dapat setengah jam pun jadi lah.
Seronok jugak orang tak ramai, hujan renyai-renyai, kami belasah sampai habis 6 token.
Kira-kira 120-130 biji bola agaknya.
Main berenam kira ok lah tu kan.


Sehari selepas daylight saving bermula, body clock masih belum ok.
Esok lepas subuh tak boleh sambung tidur.
Terus pegi gym office lah










0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...