Malam sudah jam 10. Aku dah sekian lama tak pergi gym. Kadang-kadang aku pun dah pressure dgn diri sendiri sbb malas sangat. Pun begitu dalam hati memujuk diri juga, balik kerja 9-10 malam, bagi la badan rest.
Hari ni balik awal. Jam 8 malam dah sampai rumah. Aku melepak tgk golf sekejap. Sembang telefon dengan Munir pasal kerja, pasal life, pasal Midwest Games. Ya kami org lama yg tak pernah tinggal Midwest. Tahun ni Munir tak pegi. Rindunya kawan-kawan lama.
Balas email itu ini, tengok jam dah pukul 945. Ah kalau aku biarkan begini memang sampai ke sudah tak sihat aku ni. Lantas terus cepat2 tukar baju turun ke gym. Jgn sampai bertukar fikiran. Ada orang tu pun dah bersemangat, aku haruslah double the effort.
Lepas setengah jam, dapat panggilan telefon. En Rahim ajak minum-minum. Aku suka sangat bila sembang dengan En Rahim. Seorang yang aku segani. Pengalaman meluas terutama sekali beliau pernah jadi student leader. Rasa seperti berjumpa geng sekepala. Tapi pengalaman beliau jauh lebih hebat. Aku cuba belajar apa yang patut. Masih banyak lagi ilmu di luar sana.
Aku bergegas balik mandi, terus ke kedai kebab, tapi dah nak tutup pula. Tukar plan ke Dunkin yang buka 24 jam. Bersembang lah kami dari jam 12 sampai 130 pagi. Isu? Biasalah, student, business, Malaysia, agama, pemimpin, rakyat bla bla bla. Cerita bola atau basketball tak masuk.
Bual-bual begini buat minda aku kembali segar. Mungkin jiwa aku begitu. Terlalu lama terasuh dalam dunia tersebut. Tambah pula kadang-kadang sukar untuk jumpa rakan yang boleh berbual tanpa emosi walaupun pendapat jelas berbeza.
Dunia ini berwarna-warni.
Warnanya bukan hanya hitam dan warna putih.
Betul di mata kita, mungkin salah di mata orang. Salah di hati kita, mungkin penyuluh jalan bagi mereka yang perlu.
Inilah dunia.
Inilah realiti kehidupan.
Perlu sentiasa kita ingat, siapa lah kita ini berbanding kuasa dan ilmu Tuhan.
'Kun faya kun' saja, lenyaplah kita. Dunia ini bukan selamanya.
-writtenwhilemobile-
p/s: Al-fatihah aku untuk arwah Din Beramboi.
The Queen is Dead!
2 hours ago




1 comments:
al-fatihah untuk arwah Din Beramboi juga
Post a Comment