Memang sinonim dgn diri aku. All the time pun lapar. Ade la beberapa org lagi member aku yg jenis lapar all the time ni. And you know who you are. Oleh sebab itu, marilah kita makan...
Pada ketika ini, aku sedang berada di ihop. Jaraknya hanya 150 langkah agaknya daripada rumah aku. Itupun sbb tak ada lubang dekat pagar rumah. Well kalau ada pun aku tak lalu kot malam2 buta ni. Zaman fly melalui pagar sekolah sudah berlalu.
Makcik ihop ni pun nampaknya dah kenal aku. Walaupun dia tak tahu nama aku, dan aku pun tak tahu nama dia. Aku panggil dia makcik khadijah je la kot.
Kenapa aku rasa dia dah kenal aku?
Dia dtg ambik order sengih- sengih. Terus duduk kat kerusi depan aku utk ambik order. Ade ke org ambik order sambil duduk? Haha tak pernah lagi aku jumpa.
Aku order omelette dan splashberry, mcm biasa. Kadang-kadang aku order coffee. Mungkin bukan mlm ni. Coffee ihop sedap. Dan dia tak pernah habis. Makcik khadijah akan datang dgn satu jag kopi, dan aku akan habiskan satu jag kopi itu biasanya. Kemudian makcik khadijah akan tanya, "Nak tambah kopi kah satu jag lagi?"
Aku sepatutnya jawab, "Takpe lah makcik khadijah, terima kasih saja," sebab kalau dia tambah satu jag lagi, aku akan habiskan jag itu juga.
Malam ini aku makan omelette dan pancake sambil baca buku akademik. Walaupun aku tak ada final, mcm kebanyakan kawan2 yg tgh bersekolah di amerika ini pada waktu ini, aku juga perlu menambah ilmu pengetahuan aku.
Siang hari tadi aku bangun seawal jam 6 untuk ke padang golf. Hari ni tee-off awal. Sebelum balik sempat singgah ke airport menghantar hj musa yg pulang for good ke malaysia. Dah lama dah tak hantar orang ke airport. Kurang seorang ahli komuniti malaysia di sini. (4 org sebenarnya mereka anak beranak).
Balik rumah, aku layan naruto 4 episod lepas tu bercadang nak ambil 'power nap' sebelum keluar semula ke DC. Kawan se universiti dulu ajak melawat embassy sekitar DC. Lama tak jumpa Mike, 1400 on USCF ranking. Rupa-rupanya 'power nap' bertukar menjadi 'powerful nap'. Dah petang baru aku bangun.
Tak tahu apa signifikan yg aku tulis ni dengan tajuk entri kali ni. Oh ya aku bgn pg tak sempat nak makan sebelum tee of. Tgh hari pun tak makan sbb ingat nak makan kat DC. Skarang pula dah lewat malam. Patut lah aku lapar.
Ok lah dah ada signifikan tu...
-writtenwhilemobile-
The Queen is Dead!
2 hours ago




2 comments:
orang ke beruang? minum kopi berjag2. haha :P
hahahaha lawok. bleh geng kito ni sbb lapar sokmo. tp kalo lapar tok gi ihop la sbb tadop sinih, make megi sudey.
Post a Comment