Kita pun berlalu tak menunggu masa
Adil lah tu rasanya..
Hari ini aku rasa bagai ada yang tak kena
Macam-macam perkara difikirkan
Macam biasa la hal mengurus kewangan
Aku memang fail teruk kalau ada exam cara-cara menguruskan wang ni
Aku suka berbelanja ala-ala shopaholic
Cuma belum buat confession saja lagi
Aku selalu lupa kalau pinjam duit orang, so aku kena bayar cepat-cepat
dan kalau orang pinjam duit aku, pun biasanya aku lupa
so berharap orang yang pinjam tu ingat sendiri
(cis dia sendiri tak ingat kalau pinjam duit, nak org pulak ingat)
Tapi dah memang begitu
Mungkin kerana di minda aku, duit ini tiada mudah saja datang dan pergi
kalau perlu boleh cari
ada macam macam cara
siapa yang rajin, pasti kan ketemuinya
Sebab itu aku buat kerja macam-macam..
Jual jersey, jual jeans, jual ticket, freelance fotografi, baiki komputer dan network, shipping
bla bla bla..
Letih lembik, tapi itulah pengalaman.
Nanti dah tua boleh cerita kat anak cucu.
Datuk dulu bekerja keras tau untuk dapat sesuap nasi.. bla bla bla
Tu kalau diorang percaya la.
Aku memang selalu buat kerja untuk sesuap nasi, literally.
Kadang-kadang gi baiki komputer rumah kawan-kawan, dapat orang belanja makan nasi.
Unlock iPhone, member belanja lunch tengah hari.
Muda lagi.. masa ini lah nak merasa susah payah.
Nanti dah tua tak larat dah.
Sekarang ni pun dah start rasa penat.
Dah start nak tumpukan kepada projek yang lebih besar.
Projek-projek runcit terpaksa dikurangkan.
Kalau tak nanti stress, aku akan pegi makan, tidur, main golf atau shopping.
Ops... terlepas sikit confession of a shopaholic.
Kenapa aku suka tulis tajuk benda lain, lepas tu pergi merapu benda lain?
Ni pun satu misteri yang belum terjawab lagi.
Anyway, aku nak tulis tadi macam mana cepatnya tahun 2010 berlalu.
Tengok-tengok dah bulan 5.
Bulan 6 lagi sebulan.
Hujung bulan 6 akan ada perubahan besar dalam hidup aku.
Mungkin paling besar yang pernah aku lalui kot.
Suspen sungguh.
Memang tak pernah masa nak menunggu aku.
Bangun pagi pukul 5 atau 6. Pejam celik pejam celik.
Snooze jam beberapa kali.
Dah nak habis subuh. Kalau tak gagahkan diri bangun, dah dosa besar.
Kalau lepas subuh sambung sikit lagi tidur, bukak mata sekali lagi, dah pukul 930.
Dah lambat pergi kerja lagi.
Buat ke sekian kalinya.
Kalau tak gagahkan diri lepas subuh tu pergi gym, dah tak sempat nak exercise waktu ultimate.
Dah semakin boroi.
Pastu fedup dengan diri sendiri.
Haih ape nak jadi.
Pastu since pergi kerja lambat, dah kena stay back pun lambat.
Balik-balik dah penat pulak.. macam mana nak pergi gym?
Dah bertambah 2 kali ganda boroi.
Pastu fedup lagi.
Bila dah fedup, stress.
Bila stress makan lagi.
Dan 3 kali boroi.
Oii ape aku merapu niii
Ok la balik awal la hari ni nak pergi gym
jommm
The Queen is Dead!
2 hours ago




0 comments:
Post a Comment