Kali terakhir aku di sini untuk aktiviti yang sama was 7 years ago. Aku ingat lagi kenangan-kenangan di sini. Tahun tu main bola saja. Aku injured 2 hari sebelum Midwest start. Kaki kanan bengkak sampai dah tak nampak buku lali. Aku gagahkan jugak, letak ais siang dan malam. Sepanjang perjalanan 6 jam dari Cleveland, demi pasukan yg menaruh harapan. Team kami mmg agak gagah pada dasarnya. Menang 5-0 lwn Penn State, seri 0-0 dgn Wiscon dan seri 1-1 dgn RPI. Missed chance tak tahu lah berapa banyak. Aku mmg x berapa boleh berlari. Main bola pun mostly dgn kaki kiri sbb kaki kanan mmg out. Alhamdulillah dpt jugak score 2 gol. Kitorg kalah semi final partly sebab tak ada keeper (injured masa group stage) and partly sbb x cukup player. Game quarter-final pukul 8 pagi budak2 x bgn lagi. Haish Melayu sungguh.
Kenangan kan..
Tak apa lah dtg US bukan sbb nak main bola pun.
MidwestGames 2010
Aku sepatutnya dtg berlima dgn member dr DC on Friday. Tapi aku balik dari conference on Thursday, diorang call cakap tak jadi pergi. Sebabnya, sorang kawan tu dapat notis untuk balik ke Malaysia lagi 2 minggu. Jadi dia perlu bersedia. Aku faham dan aku ok saja. Masih banyak kaedah nak pegi Midwest. Just need to explore the options. Oh lupa pulak aku dah cerita ni.
Alkisah aku terbang jam 2:15 petang. Naik Southwest Airlines. The last time aku fly naik Southwest ni tahun 2004 dengan Kerm pegi Chicago. Southwest ni model cheap carrier yg Air Asia tiru. Tp dia lebih fun dan informal. Pilot dan peramugara-peramugari pun sama je lawak. Dulu diorang nyanyi-nyanyi atas flight, kali ni banyak lawak2 yg buat orang ketawa. Aku separa sedar je dengar lawak2 tu. Biasa la atas flight kurang oksigen, so aku tidur utk conserve O2. Org lain nak pakai.
Flight aku ke Indianapolis. Harga $219. Flight tu transit di Chicago sebelum ambik another flight ke Indianapolis. So aku fikir, baik aku ambik flight ke Chicago je. Then naik shuttle ke Purdue. Sekali tengok harga, lagi mahal daa.. $235 ke Chicago. Padahal aku rasa naik flight yg sama. Aku wonder kalau ada org beli tiket ke Indianapolis walhal destinasi tujuan ialah Chicago, just utk save cost. Tapi zaman sekarang aktiviti sedemikian berbahaya. Sekali TSA tahu kita tak aboard the flight, mesti keluar alert kaw-kaw punya.
Tambang shuttle ke Purdue dr Chicago $65 while dari Indianapolis $27. Aku congak-congak, aku save dalam $64 ringgit walaupun lose dalam 2 jam sebab tunggu transit time kat Chicago. Ok lah tu i'm in no rush.
Sampai Indianapolis pukul 6:20. Aku rushing pegi ambik beg kot-kot sempat catch up bas pukul 6:30. Kalau tak sempat, the next bas pukul 8:30. Malasnye aku nak tunggu. Alhamdulillah walaupun sampai 6:34, still ada shuttle menunggu sbb ada 3 org je nak naik. Ada kakak sorang tu tegur aku cakap we were on the same flight. And then tambah, die perasan sbb aku dok pakai ipad masa kat airport. Dia kata anak dia pun dok mintak-mintak nak beli ipad. Adakah die explain sbb dia takut aku ingat die stalk aku? Jgn risau akak sape la saye ni sampai ade org nak stalk-stalk. She's friendly lah anyway..
Sampai Purdue sejam setengah kemudian, jumpa orang DC. Haih dtg jauh2 org pertama yg jumpa, org DC jugak. Bukan sorg pulak tu, bertiga. My fav family, Chrome, kak Yana and Amsyar. Pegi register, hantar barang, then aku pegi lepak dgn budak-budak. Chrome baru balik dr Chicago pegi beli ayam KFC halal. Aku makan seketul terus muak. Dah tak selera makan KFC after so many years tak makan kot.
Malam tadi lepak dgn bdak-bdak Penn State sampai pukul 1. Pukul 2 balik Purdue utk tidur, pukul 5:30 bangun subuh pastu terjelepek atas katil ni ha sungguh malas sekali nak bangun. Aku ada game pingpong pagi ni pukul 8-10. Lepas tu bola pukul 1:30, volley 2:30, volley again 4:10 then bola 4:30. Esok takraw, bola dan volley pulak. Maybe nak singgah tengok orang main chess sekejap. Kat mana ntah...
Beg aku penuh dgn tshirt HaCC & jersey bola. Aku kene habiskan jual before balik. Kalau tak berat nak pikul. Walau ringan mata memandang.
Ni bila nak bangun ni?
-writtenwhilemobile-
The Queen is Dead!
2 hours ago




2 comments:
wow, adventurenya!
best, best~ :D
taufiq br ku sedar, aku lupe ambik t-shirt dari hang!!!!kan kata nk jual t-shirt baru tu kat midwest!
Post a Comment