Sunday, June 13, 2010

Ke sana dan ke mari

Lama dah tak sempat nak update blog.
Susah sungguh kalau dah tak ada internet. Telefon pulak dapat Edge je. 3G takdapat. Maka internet slow ciput macam siput sedut. Berusaha dan gigih lah.

Jumaat lepas aku balik ke kg Jabi utk bawak balik barang hantaran. Tengok tengok preparation bilik, rumah, dan sebagainya. Banyak dah berubah. Tepi rumah dah simen, porch dah re-painted. Semua usaha parents dan adik beradik aku..serta saudara mara.
Syahdu pulak rasa. Patutnya aku lah yg berusaha utk mereka. Apa punya anak lelaki dahh..

Hari Sabtu aku ke kenduri kahwin beberapa kawan rapat. Sekali tu dapat jemput mereka dan kawan-kawan yang ke majlis kenduri tu ke kenduri aku sekali.Selamat pengantin baru Hakim, cikgu silat di Perancis. Haida, kawan baik aku semasa preparation dulu. Asrul, Kawan yang banyak tolong aku semasa kerja di TM.

Sabtu petang aku balik ke KL. Sempat tengok bola Argentina lawan Nigeria. Kuat sungguh Argentina.

Ahad, aku ke majlis kawan baik aku dari sekolah rendah di SRTM, kemudian ke form 1-3 di SMTM, dan kemudian ke MRSM Taiping sampai form 5. Lepas tu aku ke Amerika, dia ke Jepun. Tahun lepas aku ke Jepun untuk snowboard di sana dengan dia dan adikku dan kawan adikku. Dan semalam, dia selesai majlis kahwin dengan kawan adikku yang itulah. Aku dan adikku jadi pengapit. Nasib baik tak bawak snowboard bersama. Ada ke wedding orang buat bertemakan snowboarding? Aku rasa suatu hari nanti mesti ada.

Hari ni, Isnin, aku ke Kuantan pulak. Tujuan utama nak fitting baju. Sambil sambil tu nak tengok preparation kat sana jugak macam mana. Nak bayar mak andam sekali. Kahwin ni duit memang mengalir macam air. To be more exact, mengalir macam air mata. Macam tak nak keluar tp keluar jugak. Tambah pulak bagi orang yg gila shopping macam aku ni.

Tak siap lagi ni semalam lagi 15 minit nak kena gerak dah afuhhh

--Taufiq
via mobile

4 comments:

Anonymous said...

tahniah taufiq dah nak kawin..semoga menjadi suami yang bagus...ada anak anak yang cemerlang dunia akhirat...ingat, dah jadi keluarga bayk tanggangjawab dan dugaan , mesti sabar dan cekal jadi pemimpin dalam keluarga.

atulhani said...

tahniah taufiq.. nak kahwin dah rupanya..

taufiq said...

Thanks atul! Ade email hari tu Kat tm punya email ade dapat tak? Kalau belum, jemput nanti tau..
Email terkini ape yek? Nanti taufiq email balik

Mohamad Shahrir Tamrin said...

tahniah, bro! it's one lifetime experience..pnt skit x per, koyak skit poket x pe..lps nie dh x der lg dah..hahaha..semoga berbahagia :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...