Wednesday, August 04, 2010

Sabar dalam menanti

Kenapa aku rasa orang Amerika ni lebih kuat tahan sabar daripada orang kita? Ini berdasarkan pemerhatian aku lah. Bukan statistik hasil kajian para ilmuan ataupun pensyarah universiti.

Di sini manusia nya ramai. Maka dah menjadi satu expectation untuk mereka ni, kalau nak beratur pastinya akan lama. Tambahan pulak, mereka tak perlu risau takut ada orang yang nak potong-potong line masa beratur. So takde rasa gusar di hati (yang di dalamnya ada taman).

Contoh mudah kalau tengok semasa malam Thanksgiving sales, orang beratur 4-5 jam (malahan lebih lagi) sementara menunggu kedai buka.

2 tahun lepas aku berpeluang pegi pameran buku kebangsaan di National Mall, DC. Aku beratur hampir sejam untuk jumpa penulis femes dan dapatkan tandatangan. Itu baru seorang. Aku beratur 3 kali. 1 untuk Jodi Picoult, 1 untuk David Baldacci, dan satu untuk Sanjay Gupta. Aderin dan Eliea turut sama beratur. Manusia dah memang ramai nak buat macam mana kan.. Ibu bapa bawak anak-anak, and they were having fun beratur. Dah jadi seronok pulak. A family event once a year.

Minggu lepas aku beratur lagi sekali selama sejam. Kali ni pergi Department of Motor Vehicle. Aku pun sampai dah nak hilang sabar beratur lama sangat. Tapi orang lain tenang saja. Ada yang baca buku, termasuk aku. Lepas tu kejap-kejap orang depan dan orang belakang ajak bersembang. Layan sekejap. Lepas tu kembali menghadap buku. It is a time well spent, cuma sakit pinggang nak kena berdiri lama. Tapi memang manusia kat sini ramai nak buat macam mana..

Aku balik Malaysia tahun lepas sempat naik lrt hampir 10 kali sebab susah nak dapat kenderaan dari Bukit Antarabangsa ke Kerinchi. Aku tengok orang kita dah beratur dan tak berebut-rebut naik LRT. Aku suka! Dah banyak bersabar. Tapi tahun ni aku balik banyak bawak kereta, masih nampak lagi ramai yang tak dapat bersabar (dan emosional!) bila menghadapi traffic jam. Ataupun bila kenderaan kat depan slow 5 km sejam daripadanya.

Slalu aku terkumat-kamit cakap "Ak elaa saba laa," walaupun kejadian takde kena mengena dengan aku pun. entah-entah kalau aku duduk lama lagi aku pun sama je kot. Biasala pengaruh suasana.

Kita tengok nanti apa jadi bila aku balik menetap kat Malaysia nanti hehe. Bising saja lebih chaitt :D


-writtenwhilemobile-

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...