Tuesday, September 21, 2010

Channel Partner Conference in DC

Pulang lewat malam semalam, kami bertolak dari NYC jam 720 malam sejurus selepas menikmati Kabob Halal di pinggir Hilton NY di antara 53rd dan 6th St. Bertemu kesesakan jalan raya sekali di Delaware dan sekali di Vienna. 3 batu sahaja sebelum tiba di destinasi. Geram sungguh menanti sampai aku tersengguk tertidur. Nasib baiklah bukan memandu. Oh ya semalam aku ke NYC naik bas saja. Balik dengan kereta ofis.

Hari ni ke Channel Partner conference di National Harbor, DC. National Harbor ni umang aih memang cantik. Letaknya di Maryland, tapi masih di panggil DC. DC ni dah jadi besar sangat sampai aku pun tak pasti dah yang mana satu sempadan geografi yang patut digunakan.

3 jam lebih aku pusing tempat konferen ni. Bercakap dengan 11 orang so far. Perut sudah berkeroncong. Jumpa rakan in the business tadi ingat nak ajak makan tapi di dah makan pula. Mungkin wajar pusing-pusing cari kedai subway sebelum sambung masuk ke tempat konferen. Banyak lagi peluang yang wajar diteroka sebelum pulang.


-writtenwhilemobile-

3 comments:

Hussien Abd Wahab said...
This comment has been removed by the author.
EJ said...

This conference will sure bring vendors and channel partners together for sharing best channel management solutions and opportunities.

mUs said...

ipad! lovely

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...