Wednesday, September 22, 2010

Dry run for the whole day, now I am running dry

Hari ini seharian aku di ofis melakukan testing dengan pelbagai lokasi.
Kalau tugas aku masih lagi seorang jurutera, semuanya di dalam KPI aku, mungkin aku tak berapa kisah. Aku suka kerja sebegini juga.
Tapi aku kini punya bebanan target jualan sebanyak 40 juta ringgit yang masih lagi berbaki 20 juta ringgit. Aku cuma punya beberapa bulan untuk mencapai keputusan tersebut. Bukan senang.

Demi memastikan kejayaan dalam video conference bersama dengan YAB Perdana Menteri Malaysia pada hari Sabtu ini, aku terpaksa meluangkan masa untuk melakukan video test, audio test, bandwidth test dan pelbagai lagi perkara. Pada masa yang sama, aku menguruskan agreement dengan pembekal, rebranding, reconfiguration, dan mengubah setting agar bersesuaian dengan tema dan audience semasa video conference itu nanti. Tukar kaler, tukar layout, tukar logo, tukar nama, tukar phone number...

Memandangakan setting di setiap lokasi adalah berbeza:
New York, Washington DC, Colorado, Pittsburgh, Vanderbilt, Los Angeles dan Chicago,
aku terpaksa berhubung dengan semua lokasi untuk mengaturkan segalanya.
Ada yang tidak punya hi-def camera, tak punya sistem telefon dengan speaker phone, tak punya credit dalam skype haih banyak lah sungguh halangan masing-masing.

Habis hancur jadual aku hari ni.. sepatutnya aku scheduled 5 cold calls to potential customers
Satu aje sempat. Tu pun sebab aku tak dapat contact orang tu and dapat tinggal voice mail aje.
At the end of the day, aku pretty sure, aku akan ditanya pasal the remaining 20 juta ringgit yang aku kena bring to the table. Kalau aku cerita masa aku habis kerana arrange kan video conference ni, pastinya mereka akan kata "alah, itu ambil masa sehari saja, bukannya susah..."

Apa pun, aku doakan agar conference ni akan berjalan dengan lancar.

1 comments:

Hussien Abd Wahab said...

Harap semua dah ok. Biasalah ada tiko2 nyo....cabaran datang bertubi2 dalam masa yang sama.Itu memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Sabar berusaha dan sentiasa berdoa semoga Allah permudahkan segala kerja. InsyaAllah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...