Dalam masa 2 hari, 8 jersey terjual. Ada 2 helai jersey tu dibeli oleh orang yang sama.
Since aku charge 5 dollar untuk shipping, jumlah bayaran untuk shipping and handling jadi 10 dollar.
Aku combine sekali shipping 2 helai dalam satu parcel.
Harganya baru 5 dollar lebih, jadi aku save 5 dollar di situ.
Biasanya aku akan print label di rumah, tampal kat muka depan parcel, tinggalkan kat ofis supaya mailman boleh ambil pagi-pagi.
Tapi disebabkan parcel lebih berat daripada biasa, aku terpaksa ke pejabat pos.
Excited punya pasal, aku tak beratur di kaunter tapi terus ke mesin untuk beli label setem automatik.
Aku tekan tot tet tot tet zipcode pembeli tu.
Masuk keluar debit card, dia pun keluarkan label.
Label tu memang dah adhesive, maka aku tampal je dekat parcel dan terus masukkan ke dalam tong.
Bukan la tong sampah.. you know what i mean..
Nak dijadikan cerita, customer email aku cakap mana jersey ni dah 6 hari tak sampai-sampai.
Aku pun check tracking.
Katanya insufficient address.
Tapi dah sampai dah dekat Rock Hill, South Carolina.
Dia dah patah balik ke Vienna, VA.
Aku pun tunggu lah.
Ingatkan hari Sabtu boleh sampai rumah, terus ke pejabat pos untuk pos lagi sekali.
Dah minta address daripada pembeli tu sekali lagi.
Kali ni make sure betul punya.
Tunggu punya tunggu, parcel tak sampai sampai.
Aik mana dia pegi?
Hari isnin, aku check rekod, insufficient address.
Aik?
Sana insufficient, sini insufficient... apa kes?
Maka aku call la pejabat pos.
Nasib baik efisyen. 2 kali call dah boleh bercakap dengan manusia.
Malas nak tunggu kalau nak kena bercakap dengan mesin sbb dia bukan paham pun aku cakap apa nanti.
Orang jawab telefon tu baik je.. Kitorang check tracking number, lepas tu dia pegi cari kat belakang.
Haa ada ni dia kata.. sampul kuning besar kan? Dia tanya.
Aku angguk.. tapi baru perasan mana dia nampak.
Yup yup aku jawab.
Dia ambil nama aku, dan alamat. Dia tanya nak hantar ke rumah ke?
Aku cakap tak pa la nanti aku gi ambik kat pejabat pos dan terus hantar ke customer.
Berehhh dia kata.. tp dengan slang US la sbb dia bukan orang Kelate kan
Aku tanya la dia. Apa masalah sebenarnya.
Dakwat pen tak nampak ke? Kena hujan ke ape ke.
Dia kata...
...
...
Mana ada.. address pun tadak.
Umph hampeh.
Aku dok imagine balik pergerakan aku kat pejabat pos minggu lepas.
Aku rasa memang aku tak tulis address!
Main tampal je label tu sebab biasanya print kat rumah.
Ceh hampeh la kamu ini.
Petang tu aku ke pejabat pos untuk ambik parcel tu dan hantar semula pakai pos ekspress.
Melayang 20 dollar sebab nak kena sampai keesokan harinya.
Akak yang beli tu nak kasik hadiah birthday anak dia pada hari Selasa.
Customer satisfaction punya pasal, untung kecik pun tak apa la kali ni.
Janji lain kali dia datang beli lagi.
Or iklan kat kawan-kawan dia ke kan..
Pengajaran yang kita dapat daripada pengalaman ini ialah:
Kalau nak pos surat tu, tulis la address.
Jangan expect posmen tu nak tahu kita nak hantar surat kita kat siapa.
Sebab posmen tu bukannya pak sedara kita yang boleh call kita anytime nak tanya, "Ni surat hang nak hantar kat sapa bai.."




3 comments:
lol..that was funny!
Aku pon, tgh ada problem sbb salah tulis alamat. Untuk parcel yang sgt berharga ke Malaysia. :( Harap2 selamat smpai.
adei encik pelupa.......ada wifey xleh lupa2..kang ada merajuk
Post a Comment