Friday, September 24, 2010

MITI visit to Washington DC

Semalam dalam sibuk-sibuk bersedia untuk video conference dengan PM pada hari Sabtu, aku sempat ke embassy untuk lunch dengan Menteri MITI, Tok Pa, dan delegasi - MITI, MIDA, MATRADE etc.
Bawa bersama Hafiz untuk dikenalkan dengan delegasi yang lain.
Ramai di antaranya - orang DC dan NY aku memang sudah kenal. Yang dari Malaysia tak berapa kenal.
Duduk semeja dengan 2 Wong, satu dari MITI dan satu dari MATRADE memberi aku ruang untuk mengetahu perkembangan Trade Industry di Malaysia dan fokus yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada para pelabur dari kalangan sektor swasta.

Di akhir ucapan, TokPa sempat memberi ruang untuk sesi Q&A dan selepas 3 atau 4 soalan, TokPa sempat bertanya kalau-kalau aku punya soalan. Terkejut aku kena mention nama pulak. Tak ada plan nak tanya soalan pada awalnya. Ingat nak bagi peluang kepada American untuk tahu lebih lanjut tentang perkembangan industri di Malaysia.

Since Tok Pa dah tanya, aku tanya juga lah tentang fokus kerajaan dalam bidang industri di Malaysia pada tahun ini dan tahun-tahun hadapan. TokPa kata fokus mula beralih ke bidang BioTechnology dan Green technology. Pun begitu, aku rasakan kita masih jauh lagi terkebelakang dalan dua bidang tersebut. Masih banyak yang perlu kita lakukan agar dapat seiring dengan negara-negara lain. We will be there.. only sooner or later.

Lepas lunch, TokPa ajak bersembang pasal industri berasaskan ICT. Terutama sekali kerana aku dalam bidang telekomunikasi ini memanglah banyak terlibat dengan syarikat-syarikat swasta dalam industri berkenaan. Aku merasakan bahawa kita perlu punya pelobi yang berada 'in the field' agar dapat meyakinkan syarikat-syarikat antarabangsa (MNC) untuk menambah pelaburan di Malaysia. Ini kerana sekiranya kita hanya memfokuskan kepada hubungan sesama badan kerajaan, potensi adalah lebih kecil kerana kerajaan USA sendiri ingin mengurangkan jumlah syarikat melabur ke luar negara kerana mereka akan kehilangan sumber cukai.

Esok inshaallah awal pagi lagi akan ke New York untuk sambutan raya bersama PM dan student.
Delegasi kebanyakan dari Wisma rasanya kerana lawatan PM kali ni untuk berucap di UNGA.

2 comments:

axbasis said...

ye benar! kite masih jauh di blakang dalam bidang biotech. they should really do that :)

Hussien Abd Wahab said...

Wah bestnyo dapat kecek nge TokPa....upload gambar2nyo kat fb baru kelah...he..he..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...