Pagi buta lagi jam 530 aku keluar rendezvous kat rumah Ram
Kami pegi main golf dekat Lake Presidential.
Dah la bulan puasa, kepanasan record high pulak tu.
Tahun lepas dah pernah buat tapi tak seletih ni.
Balik rumah terus tidur keletihan.
Tapi main semalam memang terbaik sungguh.
Dapat test ability untuk maintain game dalam keadaan dahaga.
Tak bukak puasa ye!
Inshaallah dengan pengalaman ni, main lepas puasa nanti akan jadi lebih mantap.
Ni harapan la ni cakap ni.
Semalam score 103 gross. Minggu sebelum puasa dulu 90 gross.
Lepas puasa ni nanti inshaallah target break 80 lah :D
Semalam juga jemput the Chromes, Lan, Anas dan Jeb datang buka puasa kat rumah.
Lama dah tak bukak puasa sekali. (eh padahal baru hari sabtu lepas berbuka sekali kat Malaysian Kopitiam DC)
Oh ha Kopitiam DC tu ada nasi ayam halal. Tapi make sure jangan order makanan lain sebab yang tu je ayam dia halal.
Selain dari tu order seafood la ye.
Kopitiam ni bagi aku tak setanding dengan Penang apetah lagi Ipoh.
Ipoh so far masih lagi yang terbaik masakannya.
Banana Leaves pun not bad.
Malam tadi aku dan wifey dok membalut barang-barang untuk hantar ke Malaysia untu dijual.
Dok di perantauan ni nak kena kreatif sikit cari rezeki.
Tak boleh nak bergantung kepada satu sumber rezeki sahaja. Business is the best way dan sememangnya bidang yang aku suka. Aku lagi suka management sebenarnya. Rasulullah pun suka berniaga kan.
Hari ni dah boleh ship. Harapnya seminggu dua lepas raya nanti dah boleh nikmati keuntungannya.




1 comments:
abah doakan semoga usaha menambah rezeki yang halal diberkati Allah.
Post a Comment