Thursday, October 21, 2010

Berita mengejut menyapa: Tribute to TaufiqShariff: seorang rakan, seorang pejuang seni

Plan aku aku untuk re-cap aktiviti di Malaysia hari tu terbantut hari ni.
Semalam adikku, Ya mesej di Pingchat
dia bertanya kalau aku tahu TaufiqShariff telah meninggal dunia
Ya hanya tahu melalui Facebook dan ternampak aku sebagai mutual friend kepada arwah

Aku terkejut
tak terus menjawab mesej tersebut
tapi aku terus ke twitter mencari kepastian
nyata, arwah kembali kepadaNya minggu lepas, semasa aku berada di Malaysia
15 October to be exact
Knowing that aku berada tak jauh dari Hospital Ampang Puteri pada ketika itu, buat aku lagi sebak

Aku terbayang-bayang mesej-mesej aku dengan arwah
Mula kenal dulu semasa Intec tapi gitu-gitu aje la. Dia kata dia low profile.
Kemudian masa zaman fotopages Malaysia rancak
aku di US dia di Jerman. Talent dia jauh la lebih hebat dari aku
Dia dah pursue betul-betul bidang fotografi
Aku masih bermain-main jadi photographer untuk akhbar universiti saja

Kemudian dah balik ke Malaysia, namanya semakin naik
aku masih lagi di USA

Mesej-mesej di facebook, katanya nak cari peluang kerja di USA, mechanical engineer
Sebelum aku balik Malaysia untuk kahwin, arwah mesej aku
pesan spek mata itam rayban katanya
kelam kabut aku balik untuk kawin, tak sempat nak contact arwah jadi ke tak nak spek hitam

kemudian mesej-mesej di twitter masa arwah sakit
katanya tak ada apa-apa
tapi masa tu mungkin belum diagnose brain tumor lagi
Aku baru tahu semalam, dan aku masih sukar untuk menerimanya
sempat order iphone4 lagi tu
aku kata harga lebih kurang sama saja dengan di Malaysia

Untuk brotherku, taufiqshariff, aku doakan kau sentiasa dalam lindungan Ilahi
ampun dan maaf dipinta segala salah dal silap
maaf aku tak tahu kau tengah sakit semasa aku kat Malaysia minggu lepas
Sesungguhnya kau seorang pejuang seni, seorang yang membuka minda aku tentang keindahan dunia fotografi

Aku akan rindukan karya senimu
syukur aku mengenalimu..

2 comments:

payen said...

Bro, aku sempat pegi kebumi Arwah.. Sempat jumpa member2 ALG masa kat INTEC dulu. Sebak tgk family arwah & gf dia sedih.

Arwah memang berbakat dgn fotografi dia.. kagum aku tgk artwork dia.

Al Fatihah untuk Arwah...

taufiq said...

tu ah.. sedih giler yen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...