Monday, October 04, 2010

Peperiksaan Menengah Rendah

Hari ni aku exammm!!!
eh bukan bukan...
adik aku exammm!
Good luck to Anis!!
Inshaallah pasti boleh punya

Ingat lagi masa aku exam PMR dulu (ingat-ingat lupa sebenarnya)
PMR adalah exam besar yang pertama kali aku rasa bersemangat nak exam.
Masa UPSR dulu aku tak punya cita-cita tinggi.
Sehari sebelum periksa pun aku masih lagi dok main bola
Seminggu debelum periksa sempat main hujan lagi
Masa tu tak rasa UPSR tu penting
Mungkin sebab selalu sangat exam
Tapi aku rasa sebab aku memang tak nampak masa depan lagi masa tu
hehe

Tapi bila lepas UPSR dah dapat result, alhamdulillah dapat 4A
Aku dapat tawaran masuk MCKK
- which aku tolak atas sebab sekolah dia dah usang, bangunan lama semua
sungguh tak bermotivasi aku ketika itu
aku hanya nampak Sekolah Menengah Tengku Mahmud saja
Tambahan pula kawan-kawan nak pegi situ, pengetua pula ayah kepada member baik aku.

On the way balik kampung abah (Kg Kuang, Chemor, Perak - ala yang dalam iklan budak naik ketapi, nak pegi mana, chemor, awak tak boleh cakap ka? tuu..) aku telah dibawa singgah ke MCKK.
Aku tengok sekolah mcm tak menarik aje
Sesungguhnya pada ketika itu aku tak tahu pun MCKK ni hebat.
Pernah la dengar nama. Tapi masa tu mana ada internet hebat mcm sekarang.
Dalam Dewan Siswa dan Didik pun aku jarang baca review pasal sekolah.. or memang tak ada kot.
So aku tak tahu la.
Abah tahu kot tapi tak ada pulak cerita hebat sungguh MCKK ni.
Abah Old Boys SAS (Alam Shah) ha yang ni aku tahu hebat.
Sampaikan guru besar sekolah pun telefon abah tanya kenapa aku tak nak pegi MCKK
Aku tak pasti abah jawab apa.. tapi aku tahu aku memang tak nak pegi sekolah tu tak cantik dan jauh dari rumah. kehkehkeh
Apa punya alasan dah... ya aku tau...
Sesungguhnya perjalanan hidup ni dah ditetapkan Allah

Lepas UPSR, banyak rezeki masuk, contohnya dapat Anugerah Pelajar Terbaik Terengganu, dapat Anugerah Tunas Jaya negeri Terengganu (walaupun kalah peringkat kebangsaan), semua ni memberi aku keyakinan bahawa aku punya potensi yang besar.

Oleh sebab itu lah aku bersemangat untuk ambil PMR.
Aku pun dah ada cita-cita nak masuk MRSM PC.
Sebabnya, aku dengar sekolah tu hebat.
Lagipun lalu on the way nak pergi airport Pengkalan Chepa.
Dekat dengan bandar dan dekat dengan rumah.

Tambah pula semasa exam percubaan, aku dapat 7A saja.
B subjek English kot?
Aku pun dah tak ingat dah.
So aku bersemangat la untuk ambil exam kali ni dan buktikan aku boleh buat lebih baik lagi dari tu.
Alhamdulillah dapat 8A dan dapat pula masuk ke MRSM Taiping.
Mula-mula sedih tak dapat masuk PC.
Tapi bila tahu Taiping pun hebat (or lagi hebat? haha persoalan ni boleh menimbulkan perang saudara ni), aku bersyukur dan menerima tawaran masuk MRSM Taiping - yang kadang-kadang aku panggil sekolah menengah di kaki Bukit Larut

Berbalik pada adik aku yang nak exam hari ni.
Tadi aku baru telefon dia. Anis namanya.
Seram sejuk saja bunyi suara.
Dalam hati, aku yakin Anis akan berjaya.
Apa pun, Allah yang menentukan segalanya, bukan?

Anis ni jauh lebih hebat daripada aku.
English dia pun dah lagi hebat dari aku.
Padahal yang duduk Amerika nya aku, bukan dia.
Semua benda dia dah masuk.
Syarahan la, debat la.. siap jadi best debater la lagi.
Belajar pun pandai, selalu dapat 8A.

Kalau aku yang mediocre ni boleh dapat 8A, aku yakin Anis inshaallah akan dapat juga.
Semalam dah start solat hajat dah untuk Anis.
Inshaallah malam ni sampai la Anis abis exam, aku akan teruskan solat hajat.

Nak kene ajak isteri di rumah juga ni

Ni jadual PMR dalam bentuk PDF [link]
Aku ada tampal satu kat dinding sebelah ni ha

3 comments:

エイザト said...

Good luck to Anis! :)
Aku dulu masuk SAS kejap je, pastu takle handle. Haha. Anugerah Tunas Jaya sure brings back a lot of memories. Waktu pertama kali kita bertemu. Eceh. :P

axbasis said...

wah name adik kite same. dan beliau sdg mau amek spm. Good luck anises!

taufiq said...

orang Nihon! hehe ya bro Tunas Jaya was (is) one of my best memories. sekarang dah takde dah ek?

Najmi, wah nama sama! Good luck jua!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...