Sunday, January 31, 2010

I thought you'd like some easy money?

This is to officially inform you that (ATM Card Number(5438400123456789)
has been accredited in your favor. Your Personal Identification Number is
2900. The ATM Card Value is 6.8MILLION USD. You are advice to contact
our Affiliate Courier Company with the information below.

Note: The only fees you have to pay to the courier company is the delivery
fee of US100.00, contact them as soon as possible to make arrangement on
how to deliver your ATM CARD.


ape lagi masukkan la duit tu

Friday, January 29, 2010

Kini ku faham

Just like the saying goes, we will never truly understand how something feels until we experience it for ourselves.

You know how a lot of people are so excited about going visiting Florida. Well, had a chance to spend my whole weekend there; and even though i did not spend any time at the beach, the weather did kinda make me happy already.

It's actually not so much different from Malaysia though. Well maybe not Kuala Lumpur. The breeze, the greenish-blue water, it felt like I was in a city a little smaller than Kuala Lumpur, but the city is located on Pulau Perhentian; or any other small pulau's in Malaysia if you like. Very scenic.

During my trip, I spent most of the time in a conference at a hotel. So I'm not a perfect judge of the whole place. It really feels though, like I'm back in my hometown in the Republic of Besut - that's in the middle of Terengganu and Kelantan if you don't know.
Do you know Kerajaan Langit? That's where Besut is.

Anyway, the best experience was to have a chance to play at the Blue Monster. They are going to have a world championship on the same course in March this year. I think the fees to play there would be around 500-600 dollar. Well of course i played there for free. Didn't have that much of a money to spend right now.

I don't know if I will ever have a chance to visit Miami once again, but if you feel like it, you can always visit Besut and it feels almost the same.

Malaysiaku Indah.


-writtenwhilemobile-

Tuesday, January 26, 2010

Minta iron diberi tuala

Aku sedang menghadiri conference di Florida.
Beberapa kelainan di sini yang aku nampak.

1. Orang di sini naik kereta, tak ramai yang jalan kaki.
2. Hujung minggu nampak macam bandar mati tak ada orang.
3. Golf channel mungkin merupakan channel asassi stesen tv.
4. Tak ramai orang boleh bertutur bahasa Inggeris dengan baik.
5. Ramai orang tak tahu langsung berbahasa Inggeris.

-writtenwhilemobile-





Sunday, January 24, 2010

Apa ada dengan permainan ini

Entah lah aku pun naik hairan
Semalam aku pening kepala
Tidur awal
Terbangun jam 5 pagi
Tunggu subuh kejap dan sambung tidur sekejap
Kepala masih lagi pening
...pada ketika itulah

Bila sampai saja ke padang
Semangat jadi sudah lain macam
Pening kepala hilang
Nampak rumput yang menghijau
Nampak marina dan Belmont Bay
Indahnya
Pening kepala aku hilang

Aku rasa aku sihat tiba-tiba

Apa ada dengan permainan ini?


Aku dapat no. 4
boleh lahhh

Wednesday, January 20, 2010

Apa beza tomyam dengan tomyam traffic jam?

I have yet to find the answer..



Tuesday, January 19, 2010

Tomyam Traffic Jam

Ya masakan kita pada hari ini dinamakan Tom Yam Traffic Jam ye
Bukan kerana ia dimasak semasa traffic jam
ataupun dimasakan selepas pulang daripada kerja dalam keadaan traffic yang amat teruk
Tetapi namanya diambil sempena berlakunya kesesakan lalu lintas yang agak ketara di dalam lokasi tempat kejadian

lihatlah..
dah nampak macam pizza pun ade

Monday, January 18, 2010

Menulis dengan jiwa

Memanglah perlu kita menjiwai apa yang kita tulis
bila dibaca, dapat dirasakan emosi yang membara dalam karya
Juga menulis dengan emosi ini akan dapat melegakan sedikit
...jiwa yang resah

Tapi tak semua tulisan dengan emosi dan jiwa ini
wajar kita publisitikan
tak semua perlu kita siarkan

tulis sesuka hati..
baca...
... dan kemudian fikirlah perlu disiarkan atau tidak

jikalau tidak, simpan sahaja di dalam peti

umpama jarum yang patah...




Friday, January 15, 2010

Kisah sedih hari ini

Sungguh drama sekali hari ini nampaknya
Dari semalam aku berjaga menyiapkan proposal untuk 6 buah syarikat yang berbeza
Buat research mengenai syarikat-syarikat tersebut
pada masa yang sama perlu menyarung kasut mereka
agar dapat mengagak apa yang mereka rancang pada tahun ini
apa yang mereka suka dengar dan apa yang mereka ingin tahu lebih lanjut berkenaan proposal aku
Dah la tu, kasut semua saiz berbeza.
Aku yang berkasut saiz 9 atau 9.5 mengikut jenis kasut yang dipakai ini terpaksa mengecilkan kaki bila kasut besaiz 7 dan terpaksa memakai kasut gebah-gebah besarnya bila kasut itu bersaiz 14. Oh kadang-kadang kasut saiz 8.5 pun aku boleh pakai juga.
Apa benda yang aku mengarut pasal kasut ni?

Kembali kepada situasi yang meruncing sekarang ni - di mana aku yang sedang berpinar-pinar matanya ini, baru sahaja tidur selama sejam yakni jam 6-7 pagi tadi.
Semalam sudah 3 gelas kopi aku belasahi, hari ini lagi 2.
Mata aku umpama mata burung hantu.
Boleh tidur dalam keadaan mata terbuka agaknya.
Badan terasa tidak sedap dan memanggil-manggil untuk ke gimrama... atau gimnasium - yang mana sampai dahulu. Oh sesuhngguhnya aku tak tahu macam mana nak eja gimrama... atau gimnasium..
Jari hantu tangan kanan aku lenguh.. kenapa entah.. tak cukup pembuluh darah kot?

Ini seekor burung hantu:


Aku belum siap lagi membuat proposal sebenarnya.
Aku baru lepas bersolat Maghrib pada jam 530 petang.
Alang-alang take 5 ni aku take sebanyak-banyaknya.
Aku akan menyambungnya dalam... 15 minit lagi.
Janji.

Aku tak jadi pegi Hawaii.
Bos kepada bos aku tak bagi aku pergi.
Mungkin pemergian aku akan menyebabkan aku lagha.
Pun begitu aku kena menyiapkan kerja yang sepatutnya aku bawa ke Hawaii.
Tu la yang proposal 6 kompeni tu.
Tak apa kejap lagi aku siapkan.

Aku juga kena siapkan travel paper aku.
Minggu depan depan aku ke Coconut Groove.
No.. bukan minggu depan.
Minggu depan kepada minggu depan... yezza...
Kejadian pelik kepada diri aku, kalau aku pegi travel untuk sesuatu perkara tu, biasanya aku akan pergi untuk aktiviti tersebut sahaja.
Contohnya cuti hari Natal yang lalu aku ke Atlanta untuk berkonvensyen.
Maka aku berkonvensyen di dalam hotel tidak sempat nak ke bandar Atlanta itu sendiri.
Tabiat agaknya.
Oh ya baru aku ingat aku perlu tempah bilik hotel dan tiket kapal terbang untuk trip tersebut.

Aku juga perlu menjawab email daripada Sheila yang meminta aku menjawab soalan yang dikemukakannya. Ye Sheila, saya jawab kejap lagi ye. Saya nak apdet blog sekejap kerana otak saya buntu.

Ini bukan perkara main-main.
Otak saya sememangnya sedang buntu.
Dan saya sedang cuba memulihkan nya.
Dengan cara menyandarkan kepala kepada sofa yang empuk ini...
..dan ohh...
tinngal lagi 5 minit masa ku
haish..

Nanti lah aku sambung lain masa
Aku perlu balik cepat kerana:
1. Nak pegi gym tadi
2. Nak cas bateri telefon tinggal lagi 3%
4. Nak call rumah
5. Nak call Farhan
6. Menanti panggilan daripada David
7. Nak tidurrrr

adioss



Thursday, January 14, 2010

Fuhh panasnya

Aku melihat dari jauh perbalahan di negara sendiri
isu kali ini penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam
sayangnya blog ini bukan lah medium aku menulis berkenaan isu berkenaan
inshaallah aku menulis di tempat lain nanti

Isu ni memang isu yang besar
tapi dalam sebesar-besar isu ini, aku berasa pelik
sebab aku jarang melihat atau mendengar
ahli-ahli agama di Malaysia yg bercakap mengenai Tauhid Uluhiyah danTauhid Rububiyah
padahal itu perkara pokok yang diperbalahkan sebenarnya

Bagi aku yang melihat dari jauh ni,
ini bukan soal keharmonian kaum, bukan isu toleransi
isunya lebih besar daripada itu

Aku bukan ahli agama
pelajar terbaik mata pelajaran agama Islam SPM pun bukan
justeru di sini aku nak ajak semua berfikir

Adakah anda kenal Allah?

chopp.. jangan jawab "Ya, saya kenal. Allah ialah Tuhan yang kita sembah."

Yalah memang la betul jawapan tu... tapi.. adakah cuma setakat itu sahaja pengertian Allah bagi kita?



ya Allah, ampunilah aku kalau aku salah tulis mana-mana ni..

Boleh tak...

... tukar address blog jadi akudandiriku.com


..boleh kot?

Wednesday, January 13, 2010

Kualiti vs kuantiti

Siapa kata kita perlu mementingkan kualiti berbanding kuantiti?
Ia boleh berada bersama pada waktu yang sama, bukan?

I'm always amazed..





Hari ini aku mengalah

Sebenarnya bukan hari ini, tapi hari semalam
Aku mengalah kepada keinginan diri untuk buat kerja pada waktu malam
Aku duduk di depan komputer, tidak menulis email
Tidak juga menghubungi rakan sekerja di Malaysia

Aku cuma
duduk sahaja

Aku pun tak faham kenapa keinginan untuk membuat kerja itu boleh tewas begitu saja
Malas mungkin..
..walaupun aku tahu akibatnya, aku akan kehilangan sehari dengan sia-sia
Biasanya email yang tidak di 'follow-up' dengan panggilan telefon akan mengambil masa berhari-hari untuk difahami dan diselesaikan isu yang ingin diselesaikan.
Begitulah selalunya.

Aku juga mengalah kepada keinginan aku untuk pegi gym.
Buat kali keduanya.
Semalam pulang dari kerja, dalam kereta sudah berkira-kira
nak lari 10 minit, naik basikal 10 minit, angkat berat 12 kali
sampai rumah, aku masuk dapur buat kopi
lantas terus capai periuk kuali masak spaghetti dan sos nya

Esok pagi lah pergi gym

Bangun pagi jam 7 kurang lebih.
Subuh masih bersisa. Tapi tak berjaya mencapai awal waktu.
"Pergi gym ayuh!" gesa si mental.
Si fizikal salah faham, lantas bantai tidur lagi 2 jam.

Ah kenapa sering kalah pada emosi akhir-akhir ini?



Tuesday, January 12, 2010

Azam tahun baru

Apa sudah jadi dengan tahun baru 2010 aku
Blog pun tak ber-update
Inshaallah akan mula lebih 'religiously' update my blog.

Funny isn't it when people use the term 'religiously' when they would like to point out that it is something that one does or follows with devotion.
Padahal most of the time, religion ni mcm hanya utk perkara-perkara bertemakan ketuhanan dalam kehidupan seorang manusia, lebih-lebih lagi di Amerika ni.
Konsep agama dalam amalan kehidupan seharian jarang sekali diamalkan.
Diajarkan, yes.. but i'm talking about diamalkan di sini ya..

Anyway, beberapa azam tahun baru yang berjaya disenaraikan ialah:

1. Solat awal waktu (on track.. gelincir kadang-kadang)
2. 2 buah buku sebulan (on track)
3. Pergi kerja awal (setakat ni masih sipi-sipi berjaya)

yang lain tak senaraikan lagi



Thursday, January 07, 2010

Couldn't get this song out of my mind

Dengan nafasmu aku hidup
Karena tawamu aku bahagia

Bersama dirimu aku tegar
Karena harimu adalah yang terbaik
Untuk dimiliki

Dan biarkan aku mencintaimu
Karena dirimu yang berarti
Dan izinkan aku menyayangimu
Hanyalah dirimu yang berharga

Ketika kau ada disampingku
Hidupku pun terasa damai
Seperti yang telah terbayangkan dalam benakku
Saat hatiku ada di hatimu
Dunia pun menjadi indah
Karena hatimulah yang aku inginkan

Karena hadirmu ku bermakna
Jadikan hidupku seakan di nirwana
Di alam dunia


and I mean it

Sunday, January 03, 2010

Sambutan Tahun Baru 2010

Wahauu.. sambutan tahun baru kali ni berbeza sikit
Aku menemui kelegaan dalam berehat di rumah
Dah dekat 2 bulan aku tak berehat hujung minggu
Alif Ba Ta + Snowboard + Golf + Muktamar = weekends gone
Kali ni dapat berehat rasa sungguh lega
Namun pastinya, Monday Blues akan dirasai esok

Aku bermarathon beberapa siri TV
Tajuknya adalah rahsia.. Gokun tahu though so please be quiet ok bro? haha
Sekarang ni tengah habiskan Knight Rider.. oh well..
Aku tahu tak wajar untuk terlekat dengan siri-siri tv ni memandangkan jadual hidup aku yg biasanya penuh
Let's try to catch-up

Ni entri blog ditulis semasa aku tgh take 5 daripada menggosok baju kerja.
Walaupun aku jarang sekali menggosok baju kerja - kerana aktiviti itu sangat membosankan - aku memilih untuk berbuat demikian kerana berlaku gangguan semasa menonton tv.
Gangguan yang dimaksudkan ialah bunyi deringan loceng kecemasan.
Ku perhatikan di luar tiada asap, tiada bau asap, dan tiada jeritan minta tolong.
Walaupun aktiviti menggosok baju ketika loceng kecemasan ini adalah perbuatan yang berbahaya dan wajar dielakkan, aku berasa ia sedikit menguntungkan kerana jikalau ini tidak dilakukan, mana mungkin aku akan melakukan aktiviti menggosok baju ini.

Loceng kecemasan sudah pun berhenti.
Aku patut ke dapur mengambil air kopi yg aku brew sebaik sahaja loceng berbunyi tadi.
Yakni sebaik sebelum mula menggosok baju.
Tapi dek kerna ralit menggosok baju, aku terlupa akan kopiku.


Baju ada 2 helai lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...