Monday, March 29, 2010

Menjadi Semakin Malas

Ya kini aku tidak perlu lagi mengangkat telefon ketika di pejabat.
Tekan sahaja butang Oren
Sudah boleh bercakap.

Testing yang dilakukan mendapati bahawa aku terpaksa memandang ke arah equipment tersebut ketika menjawab panggilan. Ini bermakna dalam masa seminggu dua lagi aku akan mengalami simptom lenguh-lenguh di bahagian leher.

Sunday, March 28, 2010

Kesengetanmu Kesengetanku Jua

Ada orang melakukan aktiviti kurang sihat dengan membuat parking senget.
Lihatlah betapa banyaknya parking sebelah yang dimakannya.


Nasib baiklah Kancil aku kecil.
Well nama lagi Kancil kan memang la kecil.
Boleh la aku mencelah dan membuat parking ultra-senget.
Semoga dia perasan parking senget aku itu adalah 'a statement' kepada parking sengetnya.
Lain kali jangan makan parking orang sebelah ye.
Tenkiu.






Saturday, March 27, 2010

Petik Gitarmu

Bunyi petik gitar
rakan yang sudah lama tidak bersapa
Indah masih seperti dulu
Mencuit-cuit kenangan di memori
Mungkin ditanya
Ah kenangan apalah sangat
Sebentar bersapa temunya tidak
Kenalnya entah iya entahkan tidak
Tapi hati masih berkata
Sudah lama kenal cuma suanya tidak
Rakan jauhku
Semoga sihat dan ceria-ceria selalu





Friday, March 26, 2010

Kanak-kanak bermain bola

Aku terjumpa video ini dalam YouTube
Tergelak sebentar teringat zaman sekolah dulu.
Rindu juga rakan-rakan sepermainan.
Kini kebanyakannya di Malaysia.
Kaki-kaki bola ramai di MIROS. Kapten pun di situ.
Zul yg sudah ada anak bernama Zidane, Gombak yang tak lahir mahupun tinggal di Gombak, dua-dua di MIROS. Nuar dah keluar.
Striker partner, Momon tak pasti ke mana.
Soul kini dengan GE.
Kerm keeper handalan di INTEL, Cikom yg sudah bersara kini di Petronas Kerteh.
Feezul sambung belajar, oh Borrden pun sama kot. Seedul tak sure.
Elyas di JKR lagi mungkin?
Acapo dulu Am Bank, katanya dah tukar.
Zarip, Judein mana kao orang?

Lain-lain rakan training, Omar, Bob, Enip, dan senior-senior lain seperti Amet, Boden, Badut, Kezir, Peja, MatKen dan lain-lain

Those are the time..
those are the time....








Ketung ketung

Iklan:

"sekiranya anda mempunyai sekeping biskut, walau sesedap manapun ia kelihatan, sekiranya ia terbiar di luar untuk beberapa hari, sila jangan makan akan ia - kerana ia akan membuatkan perut anda berbunyi: ketung ketung."

Sekian


-writtenwhilemobile-

Tuesday, March 23, 2010

Kembali ke Cleveland

Oh bukan lah aku berpindah kerja ke Cleveland
Bukan juga aku bercadang nak sambung pengajian ke Cleveland

Aku pernah diterima masuk untuk menyambung Accelerated Master di CASE
Ya benar
Aku cuba mendapatkan kelulusan untuk mendapat bantuan MARA
tapi pada masa tersebut tawaran baru SPC belum keluar
Kena tunggu offer baru, interview, dan kelulusan.
Sedangkan tawaran masuk ke grad school itu hanya ada sebulan.
Tambah pula di sudut hati aku, sentiasa ada rasa bersalah.
Wajarkah aku menggunakan duit biasiswa?
Adakah aku akan menutup ruang ramai lagi rakyat Malaysia yang sedang menunggu peluang mendapatkan biasiswa?
Aku sudah dibantu dua kali - sekali di MRSM Taiping, sekali di CASE untuk undergrad.
Persoalan yang setiasa membelenggu minda.

Kali kedua aku ditawarkan menyambung pengajian
- kali ini ditawarkan duit pula.
Aku cuba jaya untuk menghadiri temuduga dengan Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
Ah siapa tahu, terpilih pula untuk menyambung pelajaran di bawah biasiswa mereka.
Ada beberapa syarat:-

Syarat yang Pertama (sila baca gaya cerita P Ramlee ya!)
Mestilah menyambung pelajaran sama ada di CASE atau di CMU
Aku rasa tak ada masalah untuk apply ke universiti berkenaan.
Dua-dua swasta dan dua-dua mahal.

Syarat yang kedua!
Selepas tamat pengajian, mestilah berkhidmat sebagai tenaga pengajar untuk UniKL.
Tempoh contract ialah double plus 2. Yakni kalau belajar 4 tahun, akan darab 2 jadi 8 tambah 2 jadi 10. Maka 10 tahun contract.

Syarat yang ketiga!
Mestilah menyambung pelajaran sehingga tamat PhD.
Oh!
Dan most people knows, kalau sambung PhD di US, 4 tahun takkan cukup. Mungkin 5 atau 6 tahun.
Maka mengikut contract, Master 2 tahun, PhD 5 tahun, jadi 7 darab 2 jadi 14 tambah lagi 2 jadi 16. Maka 16 tahun akan contract mengajar dengan UniKL.
Oh masa tu aku mungkin dah jadi Prof atau Prof Madya. Rambut putih atau botak. Well botak la kot most likely. Anak ada 3? (eh?)

Jap tak kira lagi umur berapa ya masa tu.
Kalau start umur 25, campur 7 jadi 32, campur 16 jadi 48.
Oh well muda lagi.. maybe jadi dekan je kot. Rambut tak botak lagi tu. (walaupun sekarang dah mula gugur harus tukar syampu bila syampu yg sekarang ni dah habis)

Oh syarat yang ke-4!
Perlu sambung dalam bidang Systems and Control Engineering.

Aku ok dengan syarat pertama dan kedua sebenarnya.
Tapi syarat ke-3 dan ke-4 membuatkan aku menolak tawaran tersebut.
Bagi la kepada mereka-mereka yang benar-benar mahu jadi lecturer.
Aku tak mahu mengambil hak mereka.

Cumanya... aku rasa hati aku bukan pada bidang lecturing.
Dan aku tak berminat nak sambung sampai PhD. Master cukup la buat masa ni.

Dan aku masih mencari peluang..

Anyway..
Panjangnya aku melalut.
nak cerita pasal kembali ke Cleveland tadi.

Sebenarnya semalam aku mimpi.
Aku naik flight pergi Cleveland.
Di sana geng2 junior aku (sekarang semua dah balik dah keje dah pun)
Yakni Azim, Nabil, Acabi dan Ucop, ambil aku kat airport.
Lepas tu mereka bercadang nak bawak aku ke Buffalo jumpa kawan-kawan mereka.
Aku cakap,"aku nak gi Cleveland la bukan nak gi Buffalo."
Anyway, sorang lagi, si Paan takde pulak dalam mimpi.
Mungkin dia tengah masak-masak kut sebab aku nak pegi sana kan.
Mimpi aku sampai situ je.
Tak jadi kot pegi Buffalo, that's why mimpi tu terhenti.

Apa maksudnya?
Manalah aku tahu.
Rindu kot kat Cleveland dan junior-juniorku.
Aku hantar message dah kat mereka thru Facebook.
Haram.. sorang pun tak reply lagi.
Selamber tak rindu aku balik... haha
Fine la taknak kawan la macam ni.

Itu saja entri aku berkenaan Cleveland.
Aku merapu tentang master tadi lagi panjang daripada entri sebenar aku kot





Monday, March 22, 2010

Hidup ini bukan nya mudah

Hidup ini bukan mudah
tapi tak bermakna kita tak perlu terus berusaha dengan gigih
untuk mengharunginya dengan tabah
Perlulah sentiasa kita kuatkan diri

Hidup ini juga bukan sempurna
Mungkin pernah kita lihat kejayaan hidup seseorang
kemudian berasa kagum dan pada masa yang sama cemburu dengan kejayaan mereka

Rule of thumb, kalau cemburu, gunakan untuk jadi inspirasi
jangan kita pulak berusaha nak jatuhkan orang
kawan mahupun lawan
especially kalau guna cara yang salah, jahat dan tidak baik

Aku melihat kisah Tiger Woods ni dan berasa kagum dengannya. Muda, hebat, famous, kaya, byk charity, family nampak happy, bla bla bla. Tapi mungkin tak pernah kita terfikirkan kesusahan hidup dia. Bahkan ada antara kita ni, bila dia buat benda tak baik tu, terus buang dia.. selagi boleh nak mengutuk dan mencaci. Walhal dulu puji kemain lagi. Ini kurangnya kita.

Aku suka Kerispatih. Lagu best. Penyanyi suara mantap.
Baru aku tahu si Sammy ni kena tangkap curi kereta (mobil) dan kena tangkap isu dadah (narkotika).

Banyak kan benda yang kita tak tahu?
Yet kita selalu assume semua benda sempurna je pada orang lain.
Sedangkan kita ni sentiasa dibelenggu masalah tak habis-habis.
Walhal realitinya, semua orang pun macam kita juga.
Masalah mereka tak sama dengan kita.
Mereka rasa masalah mereka lebih besar dari masalah kita.
Kita rasa masalah kita lebih besar dari seluruh dunia...
...dan isi-isinya.



Perlu sentiasa tabah dan bersikap positif.
Haruslah!!

Saturday, March 20, 2010

When you are addicted to shopping

Hari ini aku buat shopping list
At least aku tak jadi impulse shopper
Yang akan beli apa saja yang ternampak di depan mata

Aku pegi basuh kereta
Aku beli dakwat printer
(terbeli cd-r seringgit dpt 5)
Aku tukar minyak hitam
Aku pos jersey yg jual kat ebay
(nasib baik x beli stamp yg cantik tu)
Aku cross out gunting rambut. Boleh tahan lagi seminggu dua.

Friday, March 19, 2010

Excited yg tak sepatutnya

Dua hari lepas aku singgah ke Barnes and Noble
Tiba-tiba ternampak buku Diary of Wimpy Kids
Aku dengar-dengar buku ni best
Jadi aku pun beli lah supaya boleh baca sendiri
dan rasa sendiri apakah yang sedapnya

TULISAN DI ATAS TIPU SEMATA-MATA

Yang sebenarnya aku pergi ke Barnes and Noble selepas kerja, jam 1015 malam semata-mata untuk beli buku tu, aku siap print kupon lagi.
40% off untuk buku Diary of Wimpy Kids
Aku beli 2 buku lagi yg aku belum ada
Ya benar! Aku sudah ada 3 buku yg lain nya!
Oh sungguh kanak-kanak sekali!

Aku ada yang ini , yang ini , dan yang ini
dan aku baru beli yang ini , dan yang ini

Dan aku excited movie dah keluar malam ni.
Walaupun aku mungkin akan menunggu versi online supaya boleh streaming
dan tak perlu berebut-rebut dengan kanak-kanak nak masuk pawagam.

Nanti kalau dia check ID macam mana?

"Sir, this movie is only for children under 12-years old... or adult under the influence."

"Sir, I'm sorry, are you accompanying anyone?"
"Ah yes, my son.. hey where is he? He was right beside me just now! Let me go find him." *muka merah*






Kisah Dietku

Aku dalam perjalanan pulang dari ofis.
Jam pukul 133 pagi.
Mengarut la engkau ni.. Dah pagi baru pandai nak balik rumah
Ayam pun pandai balik cari reban.
Well depends la on ayam mana kan..
Anyway, aku terasa nak minum stroberi milkshake.
Lantas singgah ke drive through McD.
"Alang-alang tu beli fries skali la!"
Bisik hatiku.
Lepas tu dia berbisik lagi,
"Bukankah hari ini aku tak sempat singgah kedai kebab untuk makan tengah hari. Fries will do no harm."
Aku angguk saja.
Setelah kunyah 2-3 keping fries, aku terfikir semula.
Bukankah aku yang melantak nasi dan veggie delight dari China Express jam 330 petang tadi?
Aku menepuk perut.
Penuh!!
Alamak! Memang sah itu aku!
"Takpe la, esok pagi pegi gym," bisik hati aku lagi.
Sekarang jam 137 pagi. Esok pagi nak bangun pegi gym?
Semalam yg tidur pukul 11 pun tak pegi! Humpfhh...
Semoga bangun subuh dengan cekal dan tabah..

-writtenwhilemobile-

Thursday, March 18, 2010

Same scoreline, 4 different teams, 2 world best players

There is no question, I am a big fanatic of , but seeing performance by Messi in Barca's win over Stuttgart, I was just so impressed. Extremely impressed.

Rooney, is a very good finisher. No question.
Messi is a playmaker, and he can finish brilliantly also.
Seeing someone so lively like him, makes me want to play soccer again.
It has been a while. A very long while.

I used to play a lot with fellow Malaysians here.
Joe, Izzat, Karim, Zaki, An, Wan, Som, Hafedz, Bepa, Chrome, Nellaz, Ikin.. to name a few.
And then most of them went back to Malaysia.
Chrome got married, Bepa got married
only Nellaz and I are still active playing once in a while.
Before winter, I played with Indonesian friends almost every Saturday evening.
During winter, I played sometimes with Nellaz's friends in indoor tournament.

Playing once in a while is not a good practice.
Your legs are stiff. Your muscle reacted a little too low.
You brain thought you can still do those slick skills but you actually could not.
Injury is waiting for you somewhere out there.

The sun is shining everyday now.
I should be able to start playing tennis on Saturday morning now.
Saturday afternoon soccer?
Golf on Sunday maybe, since snowboard season is over.

Gotta start cycling some times soon too.
Oh how much I love cycling.
Wait, mana aku park basikal hari tu eh?








Sembilan puluh sembilan

Apa ada dengan nombor sembilan puluh sembilan?
Apa besa sembilan puluh sembilan dengan seratus
kenapa sembilan puluh sembilan lebih banyak perkataan berbanding seratus
walhal nombornya lebih kecil berbanding seratus

Mulai hari ini ada sembilan puluh sembilan **** sahaja lagi
Aku mulai saspen
haha
padan muka

---------
Walhal Kartun

Semalam aku ke Barnes and Noble di Tysons Corner
Belek-belek buku seperti biasa
Sambil tu bawa kupon 40% diskaun untuk buku Wimpy Kids
Buku Kuning dan Putih aku tak beli lagi
Ya.. aku dah khatam buku Biru, Hijau dan Merah.
Oren tak beli sbb tu untuk kanak-kanak
Acewah.. habis buku-buku lain tu bukan untuk kanak-kanak ke?
Tapi seronok la baca gaya bersahaja
Semacam apa saja yang terbayang di minda, tulis saja.
Jadikan dalam bentuk kartun.
Kemudian jadi jutawan.
Kalau belum jadi jutawan juga, jumpa movie director, jadikan movie.
Ok pasti jutawan dah.

Bila aku nak jadi jutawan ni?
Oh aku dah habis bayar hutang kad kredit
yay to me!
Boleh start kumpul duit dah
or boleh start shopping secara joli katak dah?
nak beli beskal isk isk


Happy birthday kepada kawan-kawan dan saudara-mara yang birthday hari ni

Tuesday, March 16, 2010

Seolah-olah..

Seolah-olah orang yang tiada benda lain nak buat
aku telah mengubah layout blog aku
sesungguhnya aku banyak benda lain lagi nak dibuat
tapi kenapa aku mengubah layout blog aku ini
sesungguhnya
aku pun
tak
tahu



...and he's back

Tiger Woods announced that he'll be back at the Masters in April
I think that's a good news that golf fans had been waiting for
I'm not sure how many percentage of us who really cared about his personal life and personal problem
We'll let him deal with it will support him for his recovery
He's human too
We're going to make big mistake at some point of our lives
At that time, we'll be hoping for support from our close friends and families
And with that, I'm not saying that what he did was okay
A mistake is a mistake
We have to correct it

Can't wait to see him playing again
And I hope the enthusiasm and the fighting spirit that he had been showing us all these years
will still be there

good luck Tiger!



Monday, March 15, 2010

Pergh malasnya

Semalam bermula daylight saving
so jam di US ni jadi 12 jam berbeza dengan Malaysia
Pukul 9 pagi Malaysia, jadi 9 malam USA
begitulah sebaliknya


Seperti biasa, pada hari pertama ia berlaku, semua orang akan confused
Subuh biasanya pukul 515 pagi jadi 615 pagi
Nasib baik aku tidur lambat pagi tu sebab geng-geng dari Penn State datang tidur kat rumah
Tengah kami sembang-sembang, tengok jam kat komputer, "eh... dah pukul 330 pagi?"
Menyedari ada sesuatu yang tidak kena, aku check jam tangan, jam dinding, jam microwave (yg tak hidup pun) dan mana-mana lagi jam yg tak auto update.
Maka pastilah kami daylight saving telah bermula


Pukul 515 kedengaran azan subuh. walhal waktu sebenarnya baru jam 415
aku terpaksa lah menggagahkan diri tunggu subuh yg sebenar sejam lagi.
lepas solat aku terus tidur tanpa segan silu.
Aku agak yakin aku tak baca doa tidur.
Jam dikunci pukul 730 pagi untuk bangun tengok F1. Perlumbaan pertama di circuit Bahrain.
Pabila jam berbunyi, aku bangun tukar jadi pukul 830 sebab mengantuk lagi.
Dan pabila jam berbunyi lagi, aku bangun bangun dengan malasnya ke dapur membuat kopi.
Minum secawan, mata terbuka.
Buka tv... tak ada pun F1?
Rupanya dah pukul 930. Dah habis laa.


Nasib baik ada recording. Layan la mengantuk pun mengantuk la.


Hari Ahad ada tee-time di Osprey Golf.
Jam 100 petang.
Memandangkan jarak yang jauh, aku patut ke sana jam 1130 pagi.
Aku tengok jam tangan baru pukul 1100 pagi.
Lepas tu baru terfikir, "Alamak tak pulas jam lagi!"
Sebenarnya sudah pukul 1230 pagi.
Lagi setengah jam untuk tee off time. Mana sempat!
Call saja pro-shop untuk cancel.
Minggu depan la main.


Ajak geng-geng Penn State ke driving range.
Dapat setengah jam pun jadi lah.
Seronok jugak orang tak ramai, hujan renyai-renyai, kami belasah sampai habis 6 token.
Kira-kira 120-130 biji bola agaknya.
Main berenam kira ok lah tu kan.


Sehari selepas daylight saving bermula, body clock masih belum ok.
Esok lepas subuh tak boleh sambung tidur.
Terus pegi gym office lah










Friday, March 12, 2010

Mengada-ngada

Mari meletakkan gambar snowboard di sini
malam ni nak convert some more








Isnin-Jumaat kemudian Isnin kembali

Minggu ni terasa cepat berlalu
Biasanya ada 2 faktor
minggu yang penuh dengan aktiviti
atau minggu yang tak melakukan aktiviti berfaedah

Aku belum evaluate lagi

Oh selasa ambil cuti
merewang sebab otak sudah penat
rabu seperti zombie di ofis
tetap balik lambat dan tetap sempat menghadiri conference call jam 830 sampai tengah malam
Khamis sempat cover tidur sedikit
oh dah jumaat

hmm patut lah rasa pantas

Weekend ni khabarnya hujan sepanjang hari
Ahad dah ada orang ajak main golf
tak puas hati agaknya minggu lepas main tak berapa bagus selepas lama tak beraksi
aku ok-ok saja
Kalau tak hujan jom lah

Esok pagi nak ke rumah Som pindah rumah
wah Som dah belu rumah sendiri!
Hasil menyimpan duit dengan berjimat cermat agaknya
Anak dah 5 (eh dah masuk 6 kot kan?), PR pun dah dapat
Apa tunggu lagi

Aku masih merangkak nak habiskan hutang, lepas tu baru mula menyimpan
wah cita-cita tingginya!
Balik beli rumah dekat Malaysia je lah
hujan batu di nagara sendiri
tunggu hujan emas kat negara orang ni tak pernah turun-turun pun
hujan batu pernah lah.. ke ini tanah air aku sebenarnya? rasa macam bukan

Esok cita-cita nak habis kan sebuah buku
alang-alang cuti dan hujan tak keluar ke mana-mana kan

Lupa pulak esok pagi pukul 830 nak pergi tolong Som pindah barang masuk rumah baru
Kawan-kawan from Penn State datang sebelah malam

Yelah yelahhh... adik-adik..
saya tahu saya dah tua
wekk




Wednesday, March 10, 2010

Snowboarding di Seven Spring

Hari ini aku lenguh-lenguh badang badan
semalam ke Seven Spring bermain salji dengan kawan-kawan dari Penn State
Kami dari kumpulan the Malaysian Snowboarders (di facebook)

Seven Spring tempat yang menarik untuk peminat-peminat snowboard.
Bukan tempat yang paling baik untuk beginners
kerana saljinya tak berapa lembut
padat pantas
kalau jatuh pasti sakit
jadi, jangan jatuh

kami berenam meneroka segala ceruk, segenap sudut yang ada
di sana ada 4 park yg berbeza
kami layan 3. yang terbesar tak sempat nak pergi sebab terlalu besar
cukup lah melayan park-park yang level D dan E dulu

Rail: checked
Jump: checked (back-side needs to be polished)
Grab: checked (indie was perfect)
180: wasn't perfect. Did not land the trick.
Halfpipe: tried 3 times but wasn't satisfied.

Pictures will follow.
Memang puas hati.
Although terasa sudah tidak energetic dan flexible lagi.
1. sebab makan banyak dan tak exercise for almost 2 months
2. sebab sebelum main tak boleh makan sbb too anxious
3. sebab tertinggal contact lens dalam kereta
4. gemok



Monday, March 08, 2010

Misi mencari rumah

Bagi orang bujang tinggal di Amerika, misi mencari rumah merupakan misi tahunan
Biasanya kami menggunakan khidmat craigslist.com (pengasasnya alumni sekolah ku) untuk mencari tawaran yang menarik. Kemudian menghantar email kepada tuan empunya: sama ada rumah persendirian, atau apartment. Sepanjang 3 tahun berada di kawasan Washington DC ini, aku sudah berpindah entah tak pasti berapa kali dah. Penat memanglah penat.

Hujung bulan Mac sepatutnya aku sudah kena pindah rumah lagi. Sekarang menetap di apartment bernama Circle Tower. Bulan-bulan membayar $1500 untuk sewa, kemudian tambah bayaran utiliti kira-kira $200 dan internet/tv $124. Kira-kira $600 seorang sebab sewa bertiga. Itupun harga promosi. Sepatutnya sewa bulanan bukan $1500 tetapi $1780.

Alkisahnya, memandangkan tempoh setahun kami akan tamat sebulan lagi, kami memaklumkan kepada pihak pengurusan bahawa kami akan keluar hujung bulan 3. Rupanya kejutan yang menanti, kerana pihak pengurusan mengatakan yang kami perlu memaklumkan 60 hari sebelum keluar. Wow 60 hari.
Sila eja: e.n.a.m p.u.l.u.h h.a.r.i..

1. Kami dah biasa berpindah-randah, tapi ini kali pertama kami kena maklumkan 60 hari sebelum.
2. Baru seminggu sebelum itu aku dan Nas berjumpa dengan pihak pengurusan bertanya mengenai apartment satu bilik. Kenapa tidak dimaklumkan terus bahawa kena bagi 2 bulan notis. Disenyapkan saja.
3. Memanglah ada dalam agreement (barangkali) tapi bukan kah kita di Amerika. Bukankah menjadi courtesy sekiranya memaklumkan kepada tenant bila sudah sampai masanya. Anda yang lebih maklum tentang syarat-syarat dalam apartment ini.
4. Sudah pastilah anda akan mendapat review yg kurang baik daripada kami di website-website untuk review apartment. Bukankah itu merugikan anda, berbanding extra sebulan ganjaran yang anda dapat kerana kami keluar lambat?

Kesimpulannya, pada bulan 5 nanti kami akan membayar $1780 sebulan, campur utiliti $200 dan internet/tv $124. Kira-kira $700 seorang.

Aku menghentikan projek mencari rumah baru bulan ini memandangkan tak akan keluar sehingga bulan 5 nanti. Bulan depan projek akan bermula semula. Urgh sungguh malas mencari rumah apatah lagi sungguh malas untuk berpindah randah. Tapi itulah kisah kehidupan.

Layan sudah lah..




Saturday, March 06, 2010

Drink Coffee for your Health

You know I will not miss a chance to paste an article about coffee anytime I've stumbled upon one

http://www.stumbleupon.com/su/28s3UA/www.mademan.com/drink-coffee-your-healthTue, 12/08/2009 - 2:15 pm


Reduces risk of prostate cancer


Recent information has emerged that coffee is not just delicious, energy-boosting, heart-healthy, and a good way to pick up chicks. It’s also a good way to fight off prostate cancer.  It used to be that coffee was stigmatized as a vice - something that you drank to get through the day but that was, ultimately, bad for you.  The dark, brown tides are certainly shifting now, though.  Not only this there very little evidence that coffee is bad for you (excepting for a mile elevation on cholesterol in some cases), but it appears that coffee is actually very, very good for you.  








Lowers risk of diabetes


As we mentioned, the most recent news is that coffee could actually reduce the risk of prostate cancer. Not only that, but the particularly type of prostate cancer that it affects was the deadliest type. In a study involving 50,000 men over a period of 20 years, researchers were able to find that if men drank 6 or more cups of coffee a day had a 60% lower chance of developing advanced prostate cancer. That’s encouraging, but here’s what the professionals say:
“People shouldn’t start changing their coffee consumption based on one study,” Wilson said in a phone interview on Dec. 5. “It could be chance, and we really need to see whether it pans out in other studies.”


One of the mechanisms that researchers have hypothesized for the way that coffee consumption reduces risk of prostate cancer is through the same mechanism by which it reduces insulin levels. Higher insulin levels are associated with prostate cancer and coffee lowers them. As of yet, it is unclear if/how these are related. What is clear, though, is that regular coffee consumption reduces the risk of Type 2 diabetes. 









Fights vices

If you’re the type of fella that likes to have a few drinks every now and again that have a little more kick than coffee, then you might do well to tack on a few cups of joe the morning after your next bender. Studies have shown that regular coffee consumption (4 cups a day) were at 1/5th the risk of alcoholic cirrhosis of the liverthan those who drank no coffee at all. It appears to have an “inversely related, protective” relationship with liver function.






Makes you smarter

Coffee will make you smarter both in the short and the long term. With the longview in mind, coffee appears to protect against Alzheimer’s disease as well as other neurodegenerative diseases like Parkinson’s. Its abundance of chlorogenic acids – a type of antioxidant – plays a roll in protecting the brain from losing functionality. Perhaps the best part about those is that you get them whether you drink regular or decaf. 
However, if you do drink caffeinated coffee, you’ve got even more brainpower in the short term. The jolt of caffeine that fuels much of American’s coffee consumption has been proven to temporarily but effectivelyboost one’s I.Q.  Of course, it also tends to elevate one’s mood and make one feel more energetic which tends to improve productivity mental or otherwise as well. Cheers! 









May Increase Female Sex Drive

While researchers acknowledge that you'd have to drink an abnormally large amount of coffee, and that the female drinking the coffee would have to not regularly drinking it, it may increase female libido. The BBC reports that researchers that dosed test mice with large amounts of caffeine found that the subjects became dirty, dirty rats.  They found, specifically, that the amount of caffeine given to the rats was proportional to the time that it took the females to return to the males for a second mating session. 

Friday, March 05, 2010

Jam Enam

Apa berlaku pada jam enam tujuh lapan petang di tempat anda?
Kalau aku di sini, masih lagi ligat menekan kekunci komputer.
Minggu ini aku tak pernah pulang sebelum jam enam lapan lagi.
Minggu mana yang pernah aku pulang sebelum jam enam lapan pun?
Mungkin minggu lepas, pergi bermesyuarat dengan building management untuk mendapatkan apartment baru.
Oh bukan, itu minggu lepas yang satu lagi.


Minggu ini paling lambat aku balik ialah jam dua pagi.


Oh iya aku masuk pejabat baru.
Kami berpindah dari tingkat 4 ke tingkat 2.
Alkisahnya, orang yang digaji untuk pindah memindah ni tak datang.
Sesuka hati mereka saja.
Maka aku dan beberapa orang lain, mengangkat barangan dari tingkat 4 ke tingkat 2 sendiri
berbekalkan 2 buah dolley (tak sure macam mana eja) dan 2 buah troli kecil.
Tak sempat siap jam 8 malam, kami sambung pada hari Isnin seawal jam 6 pagi.
Harus berhenti jam 730 pagi kerana pukul 8 building tenant akan memulakan minggu kerja mereka.
Tidak dibenarkan berebut lif dengan mereka.


Hasilnya memang membanggakan. Kami mengangkat 8 buah meja - satu daripadanya seberat kapal selam. Satu lagi dibuang kerana terlalu usang.
2 buah peti: Satu sebesar Shaq O'neil, satu lagi sebesar Nate Robinson.


Dan kerusi sebanyak 18 biji agaknya.
Oh tidak lupa 6 buah rak buku. 
2 sudah aku ambil sebab orang lain nak beli rak buku baru.


Berada di ofis baru membuatkan aku terasa bersemangat untuk bekerja.
Mungkin itulah sebab nya aku pulang jam 11 malam hari Selasa lepas, dan pukul 2 pagi pada hari Rabu. Hari Khamis jam 9 malam dan hari ini, Jumaat, sudah jam 745 dan aku masih lagi di sini.


Ya benar aku sedang menulis blog saja pun. Mana ada rajin pun.


Ok lah masa untuk pulang.
Perlu menelefon rumah. Kakak sedara kahwin hari ni.


Bos: Mr Hafiz juga sudah selamat akad nikah dan akan bersanding hari ini di KL.
Majlis gilang-gemilang pastinya.






Kenapa ada color-color? Entah lah aku pun tak tahu mana datang nya color-color tu.. sape color kan ni wey?

Wednesday, March 03, 2010

Semalam, Hari ini dan Esok lusa

Setiap hari yang telah berlalu
tak pernah mungkin kan kita dapat kecapi kembali.
Yang tinggal hanyalah memori
sebagai pengubat rindu,
hari semalam yang telah hilang.

Bagaimanakah rasa,
kira semuanya tidak dapat kuingat lagi?

Teringat aku selalu
puisi Ombak, tulisan seniman negara.
Yang meresap jauh
ke dalam hati yang dulunya jernih

Ombak

Ombak yang menjamah
kakiku sekali
takkan dapat
kukenali lagi.

~ A.Samad Said



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...