Thursday, April 29, 2010

Cara mudah mendownload lagu daripada internet

Duduk di luar negara ni memang tercari-cari lagu bahasa Melayu/Malaysia
Kalau boleh sepanjang masa pun nak dengar lagu Melayu
Habis tu orang suruh balik Malaysia tak mahu!
Well itu cerita lain.
(Inshaallah akan balik jua nanti)

Kadang-kadang orang masuk Kancil aku terkejut
"Eh.. dok US pun dengar lagu Melayu!"
Bila dengar lagu Kerispatih, Samsons atau Radja berkumandang di radio yang bukan brand BOSE.
(Eh tu band Indon la!)
(Eh tadi kan dah kata bahasa Melayu.. tak semestinya Melayu tulen pak!)
Ok la.. kadang-kadang pasang lagu nasyid or ngaji Quran jugak buat sedap hati
hihi

Anyway, since kat kedai-kedai muzik mahupun kedai buku yang menjual cd-cd muzik di sini tak ada jual cd lagu bahasa Melayu, baik band Malaysia ataupun Indonesia, cara yang paling mudah ialah dengan mendownload daripada internet. Atau mintak copy dari kawan-kawan.
(Atau mintak kawan yang datang melawat bawakkan CD)
Thank you kak Pi hari tu datang bawak 12 cd lagu Indonesia.
Andalah punca saya dok mendengar lagu Indon je all the time.

Kaedah mendownload lagu daripada internet ni ada banyak.
Boleh cari lagu yang menarik di YouTube kemudian convert ke .mp3 melalui website YoutubetoMP3 ni.

Ataupun nak lagi mudah?
gunakan kaedah ini:

1. Gunakan search engine kesukaan anda. Baik Google, Yahoo, Bing atau apa sahaja.
2. Taip seperti berikut: ?intitle:index.of? mp3 [namo artis] [tajuk lagu]
3. Gantikan namo artis dan tajuk lagu dengan nama artis dan tajuk lagu yang anda cari. Tak perlu guna [ ] tu tulis terus saja. Contohnya ?intitle:index.of? mp3 kerispatih alhamdulillah
(chewah masa bila pulak kerispatih ada nyanyi lagu alhamdulillah ni)
4. Biasanya link yang atas sekali tu ada memuatkan lagu yang anda cari.
5. Kalau tak jumpa, boleh buang tajuk lagu tinggal nama artis saja.
Contohnya: ?intitle:index.of? mp3 Raihan
(tiba-tiba terasa mulia pulak nak cari lagu Raihan)
6. Boleh right click dan save saja lagu yang anda suka

Selamat mencuba!



Wednesday, April 28, 2010

Pindah lagi

Haha aku tak tahu lah berapa banyak entri pindah dah aku tulis
Dah berapa kali aku pindah pun aku dah lost count
Aku rasa 6 kali dalam 4 tahun kot
ke 7 kali?

Kali ni perpindahan sementara saja.
Sebab nanti aku nak balik Malaysia sebulan inshaallah.

Aku ni memang masuk kategori orang yang malas kemas rumah
apatah lagi pindah randah
sedangkan baju laundry pun ambik masa 2 hari nak habis lipat dan gantung
yang kena gosok tu tok sah cakap la
daripada 7 helai yg basuh, 3 helai je aku baru gosok.
Lagi 4 minggu depan la kot since kena pakai kemeja 3 helai je seminggu.
Kalau musim sejuk ha siap lah, memang jarang bergosok sebab boleh pakai sweater kat luar kan.
ya rabbi teruknye..

Tapi kalau dah kedut seribu atau 2-3 ribu tu aku tak pakai la
kan bile dah masuk dryer baju macam ala-ala tak perlu digosok gitu kan
baru-baru ni aku terpengaruh tengok iklan tv
ada sejenis bola getah tu yg boleh membantu supaya baju2 tak kedut dan tuala lebih fluffy setelah keluar dryer.
Aku pun dengan terpedayanya beli dengan harga $11 ringgit.
Tak sure la aku hasilnya menawan ke tak.
Aku rasa macam sama saja.

Berbalik kepada cerita nak pindah tadi...
Aku pindah keluar rumah May 5 nanti.

(alamak perut berbunyi, nanti la sambung)




Sunday, April 25, 2010

Amboi amboi

Entri ini ditujukan kepada Chelsea yg membenam Stoke 7-0 dengan ucapan tak sopan sungguh menang besar-besar dgn team bawahan. Well of course lah ucapan ini bias sbb aku penyokong United sejak 20 tahun yg lalu. Padahal time United menang besar aku gembira saja. Begitulah dunia penyokong-penyokong bola. Yg berhempas pulas dan yg dapat habuan lumayan ialah pemain-pemain di padang sana. Kita takat menang sorak kampung tergadai saja.

Last week aku bermain bola di State College. Sengat masih ada, tapi nafas tak ada. Lari 2 minit pun dah pancit. Ari kata aku boleh main. Well, since it comes from Ari, i'll take it as a compliment sbb dia state player.

Zaman aku boleh berlari satu padang tanpa penat dan boleh score banyak-banyak mungkin telah tamat. Memori sebagai juara pre-midwest di Ohio State masih segar. Rindu pun ada kat kat team mates di Malaysia yg slalu dapat main bersama-sama.

Begitulah dunia. Tiada semuanya yg kekal.

-writtenwhilemobile-

Apalah yang aku nak buat dengan kamu!

Ni selalunya mungkin dengar dialog cerekarama
Emak-emak marahkan anak, keluar dialog standard.
Tak berapa patut sebenarnya dialog tersebut.
Menghilangkan semangat positif dalam diri anak-anak.

Ni aku pulak nak keluarkan dialog yang sama ni
aku dah masukkan dalam 2 kotak, buku-buku
ada lagi yg dah sedekah
ada yang dah bawak balik ke Malaysia tahun lepas
Lagi separuh dah letak kat ofis dalam 2 rak
ni tak tahu nak buat ape dah ni

Maybe simpan dalam storage je la 2-3 bulan ni
tapi takut rosak je.. hopefully tak la
since bulan summer ni tak byk hujan so storage tak lembap kot
hopefully...

lepas ni kene tambah lagi satu rak


Friday, April 23, 2010

Alamak

Tengah aku sembang-sembang pasal cerita Ironman dengan Bepa and Yuz tadi
tergerak hati nak check out R8 Spyder yg akan keluar masa IronMan2 next month

dan alamak...
terjatuh hati pulak







Photo source: gtspirit.com, lethistorylive.com

Thursday, April 22, 2010

Perjalanan

Perjalanan jauh tak kurasa
dah hari ke-4 aku merempat kat Hoboken ni
Seronok sebenarnya merempat tempat kawan-kawan ni
banding dengan melepak di hotel berharga $300 semalaman yang pasti akan buat aku gundah gulana pakai duit kompeni banyak sangat
Pastu sorang-sorang pulak bertemankan laptop, ipad, iphone dan gadget-gadget yang lain
Bosan

Di Hoboken ni at least aku boleh sembang-sembang before tertidur dan bangun tidur pun boleh sembang-sembang jugak
nak breakfast, cereal ada
nak kopi, DD ada kat bawah open 24/7
Mudah..mudah

Hari ni tak ada lagi conference, tapi aku kena ke co-location di 60 Hudson
Nak kena restart billing server yang buat hal lagi
Nak kene ketuk ni server ni suke sangat buat hal ni

Satu kekurangan ketara pada Apple MacBook atau dalam kes aku PowerBook
ialah laptop ni tak boleh nak connect to serial console easily
Nak kena pakai specific brand of Serial-to-USB converted
Nak kena tweak pakai sudo dan command-command lain lagi
Aku memang suka sebenarnya buat benda-benda tu
tapi pada ketika memerlukan kecepatan ni, aku tak sempat nak buat semua tu

Ok lah dah lambat pulak
ayuh ke 60 Hudson
Petang ni dah kena balik DC
Hopefully sempat nak belikan t-shirt utk roomie dan cenderamata untuk kawan-kawan



Monday, April 19, 2010

Travel lagi

Jumaat ke State College bermain bola. Melepas penat melayan tetamu yg dtg sempena PM's visit.

Pulang Ahad malam, Isnin pagi sudah ke NY pula. Kali ni travel sorang so naik bas Chinatown sudah lah. $20 saja compared to Amtrak or flight sampai dekat $200.

Hotel? Tak perlu lah. Crash rumah kawan2 kat Stevens suda.. Pegi balik conference boleh naik train. Tak perlu lah nak bermewah-mewah kot walaupun boleh claim.

Harapnya aku akan dpt kekalkan mindset ini selama yg boleh. Nanti sape2 nak kerja dgn aku pun perlu ada mindset begini ok?


-writtenwhilemobile-

Saturday, April 17, 2010

Gambar Si Tali Merah

Atas request pihak lawan, aku hanya memakaikan sebelah saja si tali
merah. Kalau esok main tak jadi nanti aku pakaikan dua-dua belah.

Cheh macam itu akan mengubah apa-apa je.
(mode: perut dah bulat)

Wednesday, April 14, 2010

Si tali merah

Aku ke Leesburg Corner tadi meneman bos2 TM shopping.
Aku beli tali kasut saja.
4 ringgit harganya.

Kasut ku berwarna putih.
Tali sekarang warnanya pun putih.
Tidak timbul.
Dengan tali merah, mungkin akan kelihatan lebih menariks.
Sambil itu dapat sedekah kepada tabung AIDS.
(ops ujian HIV tak buat lagi)

Nanti la aku post gambar si tali merah kalau teringat.

Sekian.

Update:

Gambar talinya. Si tali merah dalam kereta kawan. Esok dia balik rumah katanya


-writtenwhilemobile-

Monday, April 12, 2010

Another week has gone by

Cepat sungguh masa berlalu
Kadang-kadang sempat nak pandang belakang
kadang-kadang memang tak sempat
nak tarik nafas pun kadang-kadang tak sempat
Nasib baik it happens naturally

Kawan-kawan datang Jumaat malam dari Penn State.
A lot of them.
3 org actually tidur kat rumah. Yang lainnya kat rumah pegawai-pegawai yang lain.
I'm always happy to have people coming into town.
Diorang pegi pusing-pusing esoknya ke DC
I went to Hamilton Crowne Princess dulu jumpa people from MERS 999 group
They were checking out of the hotel, so dapat la waved goodbye.
Sembang-sembang masa diorang tengah siap2 tu
business and stuff..

Aku sendiri berpusing-pusing dalam DC sebelum dapat parking.
Nasib baik kereta kancil, senang nak park celah-celah kereta orang.
On the way ke Lincoln, terserempak Egy's group.
Jalan-jalan dengan diorang ke Nat Geo instead of pegi Lincoln yang sungguh ramai orang
Dapat kenal geng-geng baru.
Jalan sikit punya jauh.. good exercise and good time to know people
Kena soal siasat dengan Egy and Ain
Haish apesal soalan semua maut2 ?
Soalan basic macam nama sapa.. duduk kat mana.. takde dah ke?

Faces of 1 Malaysia group was thankful to the PSU people
kerana telah meramaikan majlis hari Sabtu tu
They were not expecting many people. Sunday baru the event would be officiated by Malaysia's First Lady.
Sempat la aku makan sate and yada yada sembang dengan people yg mostly dah memang kenal pun.
Mior, the teh tarik and roti canai guy was really friendly.
Seronok sembang cerita entah apa-apa.

Dah hampir malam, kami gerak ke Penang untuk sesi makan-makan.
Aku pegi kenwood cari bunga tapi dah tak ada.
Syahdu sungguh.
Solat kejap then ke Penang. Diorang semua dah gather sana.
Penang penuh sungguh.
Kesian abg Dale and the group sbb tak dapat nak makan sekali.
Later, Auntie Yam and Fadhli pun datang makan.
Memang a truly Malaysian restaurant.
Boleh jumpa ramai Malaysian without planned.
Malam tu diorang belanja makan
walawey tersentuh

Ahad lebih busy lagi.
Dari pagi ke Nat Geo.
Petang pulak dinner dengan Tourism officers
kawan baik dah pun actually
More like casual dinner rather than a formal one

Balik rumah pengsan.
Kerja banyak tak siap lagi.
Malaysia dah Isnin pagi.
Email dah masuk tak berhenti
Aku tidur pura-pura tak dengar mailbox berbunyi

cik t kejut bangun pukul 4 pagi
tp tak larat la so sambung tidur balik.
kol 6 bangun buat keje sikit, then gi office.
wah dah lama rasanya tak jadi org the first datang ke office

Hari ni buat keje tak sepenuh hati
badan masih penat
ticket pun banyak lagi tak settle ni
i gotta finish it so that tak ganggu fikiran dan kerja-kerja lain yg lebih penting

Wednesday, April 07, 2010

Earthquake in Indonesia

Harapnya rakan-rakan kat sana selamat lah hendaknya. Kesian diorang. Mesti hidup dalam ketakutan. 7.7 pada skala richter katanya.

Aku terbaca somewhere, tak ingat kat mana. Kita selalu cakap nak masuk syurga, tapi takut pada mati. Sedangkan itu adalah pre-requisite. Well actually, aku rasa kita takut sbb kita tak ready. Kalau dah ready sure kita semangat je menanti.

Aku antara golongan orang yg tak ready.

Harus be prepared. Haruslah!
Eh silap.
Wajiblah!!


-writtenwhilemobile-

Monday, April 05, 2010

Am I Invisible?

Tengah syok aku buat kerja mengejar deadline (jam 7:48) sekarang,
pakcik cleaner datang vakum karpet
aku masih lagi khusyuk
pakcik cleaner selesai kerja, di pun beredar
on the way keluar, dia dengan selamba menutup lampu
padahal baru tadi dia dok vakum karpet sebelah aku
tak perasan aku kah?
maybe aku invisible sbb tak bergerak geri tadi?
Tapi aku tengah menaip takkan tak bunyi ketuk ketak?






It's here!

It's finally here!




Friday, April 02, 2010

April 3rd 2010

Look at the date!
Look at the date!

It's coming out today yayy!

Since office tutup esok, aku akan cuma dapat menyentuhnya pada hari Isnin.
Alaa lambat 2 hari.
:(

Tapi excitednya!!





Bual-bual malam

Malam sudah jam 10. Aku dah sekian lama tak pergi gym. Kadang-kadang aku pun dah pressure dgn diri sendiri sbb malas sangat. Pun begitu dalam hati memujuk diri juga, balik kerja 9-10 malam, bagi la badan rest.

Hari ni balik awal. Jam 8 malam dah sampai rumah. Aku melepak tgk golf sekejap. Sembang telefon dengan Munir pasal kerja, pasal life, pasal Midwest Games. Ya kami org lama yg tak pernah tinggal Midwest. Tahun ni Munir tak pegi. Rindunya kawan-kawan lama.

Balas email itu ini, tengok jam dah pukul 945. Ah kalau aku biarkan begini memang sampai ke sudah tak sihat aku ni. Lantas terus cepat2 tukar baju turun ke gym. Jgn sampai bertukar fikiran. Ada orang tu pun dah bersemangat, aku haruslah double the effort.

Lepas setengah jam, dapat panggilan telefon. En Rahim ajak minum-minum. Aku suka sangat bila sembang dengan En Rahim. Seorang yang aku segani. Pengalaman meluas terutama sekali beliau pernah jadi student leader. Rasa seperti berjumpa geng sekepala. Tapi pengalaman beliau jauh lebih hebat. Aku cuba belajar apa yang patut. Masih banyak lagi ilmu di luar sana.

Aku bergegas balik mandi, terus ke kedai kebab, tapi dah nak tutup pula. Tukar plan ke Dunkin yang buka 24 jam. Bersembang lah kami dari jam 12 sampai 130 pagi. Isu? Biasalah, student, business, Malaysia, agama, pemimpin, rakyat bla bla bla. Cerita bola atau basketball tak masuk.

Bual-bual begini buat minda aku kembali segar. Mungkin jiwa aku begitu. Terlalu lama terasuh dalam dunia tersebut. Tambah pula kadang-kadang sukar untuk jumpa rakan yang boleh berbual tanpa emosi walaupun pendapat jelas berbeza.

Dunia ini berwarna-warni.
Warnanya bukan hanya hitam dan warna putih.
Betul di mata kita, mungkin salah di mata orang. Salah di hati kita, mungkin penyuluh jalan bagi mereka yang perlu.
Inilah dunia.
Inilah realiti kehidupan.
Perlu sentiasa kita ingat, siapa lah kita ini berbanding kuasa dan ilmu Tuhan.

'Kun faya kun' saja, lenyaplah kita. Dunia ini bukan selamanya.

-writtenwhilemobile-

p/s: Al-fatihah aku untuk arwah Din Beramboi.

Thursday, April 01, 2010

Tamak

Aku rasa seumpama nak menulis tentang perasaan tamak sebentar tadi.
Tapi aku tengah memandu kereta sekarang ini.
Adalah menjadi kerja gila menulis tentang tamak ketika memadu kereta.
Oh itupun suatu perbuatan yang tamak.
Masa itulah nak memandu, masa itulah nak tulis blog, masa itulah nak dengar berita atau menyanyi (?), masa itulah nak cuba utk jegil mata sbb contact lense dah kering.
Balik rumah lah!



-writtenwhilemobile-

Pakej Baru Hari Ini

Kini ofis tidak bosan lagi.
Pakej sudah sampai.
Tidak beli di kedai.
Beli dengan kawan.
Tapi pakai gift card.
Macam mana tu?

Kami sudah ada console game kini.
Berwarna putih.
Tv pun sudah flat screen. 30 inci.
Memang lah lebih kecil daripada tv student2 di universiti.
Mereka lebih kaya kan.

Tapi seronok la dapat berhibur lepas kerja.
Tadi sudah main tennis, badminton, bola sepak, volleyball, lumba kereta, memanah.
Aku tak pandai bawak kereta laju.
Pemandu berhemah agaknya.
Tapi aku pandai memanah.
Heh jaga-jaga.
Tak sanga ada bakat meneropong sebegitu rupa.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...