Saturday, May 29, 2010

Tiba sudah di Purdue

Kali terakhir aku di sini untuk aktiviti yang sama was 7 years ago. Aku ingat lagi kenangan-kenangan di sini. Tahun tu main bola saja. Aku injured 2 hari sebelum Midwest start. Kaki kanan bengkak sampai dah tak nampak buku lali. Aku gagahkan jugak, letak ais siang dan malam. Sepanjang perjalanan 6 jam dari Cleveland, demi pasukan yg menaruh harapan. Team kami mmg agak gagah pada dasarnya. Menang 5-0 lwn Penn State, seri 0-0 dgn Wiscon dan seri 1-1 dgn RPI. Missed chance tak tahu lah berapa banyak. Aku mmg x berapa boleh berlari. Main bola pun mostly dgn kaki kiri sbb kaki kanan mmg out. Alhamdulillah dpt jugak score 2 gol. Kitorg kalah semi final partly sebab tak ada keeper (injured masa group stage) and partly sbb x cukup player. Game quarter-final pukul 8 pagi budak2 x bgn lagi. Haish Melayu sungguh.

Kenangan kan..
Tak apa lah dtg US bukan sbb nak main bola pun.

MidwestGames 2010

Aku sepatutnya dtg berlima dgn member dr DC on Friday. Tapi aku balik dari conference on Thursday, diorang call cakap tak jadi pergi. Sebabnya, sorang kawan tu dapat notis untuk balik ke Malaysia lagi 2 minggu. Jadi dia perlu bersedia. Aku faham dan aku ok saja. Masih banyak kaedah nak pegi Midwest. Just need to explore the options. Oh lupa pulak aku dah cerita ni.

Alkisah aku terbang jam 2:15 petang. Naik Southwest Airlines. The last time aku fly naik Southwest ni tahun 2004 dengan Kerm pegi Chicago. Southwest ni model cheap carrier yg Air Asia tiru. Tp dia lebih fun dan informal. Pilot dan peramugara-peramugari pun sama je lawak. Dulu diorang nyanyi-nyanyi atas flight, kali ni banyak lawak2 yg buat orang ketawa. Aku separa sedar je dengar lawak2 tu. Biasa la atas flight kurang oksigen, so aku tidur utk conserve O2. Org lain nak pakai.

Flight aku ke Indianapolis. Harga $219. Flight tu transit di Chicago sebelum ambik another flight ke Indianapolis. So aku fikir, baik aku ambik flight ke Chicago je. Then naik shuttle ke Purdue. Sekali tengok harga, lagi mahal daa.. $235 ke Chicago. Padahal aku rasa naik flight yg sama. Aku wonder kalau ada org beli tiket ke Indianapolis walhal destinasi tujuan ialah Chicago, just utk save cost. Tapi zaman sekarang aktiviti sedemikian berbahaya. Sekali TSA tahu kita tak aboard the flight, mesti keluar alert kaw-kaw punya.

Tambang shuttle ke Purdue dr Chicago $65 while dari Indianapolis $27. Aku congak-congak, aku save dalam $64 ringgit walaupun lose dalam 2 jam sebab tunggu transit time kat Chicago. Ok lah tu i'm in no rush.

Sampai Indianapolis pukul 6:20. Aku rushing pegi ambik beg kot-kot sempat catch up bas pukul 6:30. Kalau tak sempat, the next bas pukul 8:30. Malasnye aku nak tunggu. Alhamdulillah walaupun sampai 6:34, still ada shuttle menunggu sbb ada 3 org je nak naik. Ada kakak sorang tu tegur aku cakap we were on the same flight. And then tambah, die perasan sbb aku dok pakai ipad masa kat airport. Dia kata anak dia pun dok mintak-mintak nak beli ipad. Adakah die explain sbb dia takut aku ingat die stalk aku? Jgn risau akak sape la saye ni sampai ade org nak stalk-stalk. She's friendly lah anyway..

Sampai Purdue sejam setengah kemudian, jumpa orang DC. Haih dtg jauh2 org pertama yg jumpa, org DC jugak. Bukan sorg pulak tu, bertiga. My fav family, Chrome, kak Yana and Amsyar. Pegi register, hantar barang, then aku pegi lepak dgn budak-budak. Chrome baru balik dr Chicago pegi beli ayam KFC halal. Aku makan seketul terus muak. Dah tak selera makan KFC after so many years tak makan kot.

Malam tadi lepak dgn bdak-bdak Penn State sampai pukul 1. Pukul 2 balik Purdue utk tidur, pukul 5:30 bangun subuh pastu terjelepek atas katil ni ha sungguh malas sekali nak bangun. Aku ada game pingpong pagi ni pukul 8-10. Lepas tu bola pukul 1:30, volley 2:30, volley again 4:10 then bola 4:30. Esok takraw, bola dan volley pulak. Maybe nak singgah tengok orang main chess sekejap. Kat mana ntah...

Beg aku penuh dgn tshirt HaCC & jersey bola. Aku kene habiskan jual before balik. Kalau tak berat nak pikul. Walau ringan mata memandang.

Ni bila nak bangun ni?

-writtenwhilemobile-

Thursday, May 27, 2010

Lama dah aku tak layan lagu ni

Dengar la, pasti terhibur
walaupun jiwang sakan


Tamatnya sebuah conference

Alhamdulillah, walaupun preparation aku untuk ITW tahun ni tak semantap tahun lepas, aku rasa tahun ini lebih banyak hasilnya berbanding tahun lepas.
Mungkin sebab aku dah punya pengalaman dan mungkin juga kerana meeting tahun ini lebih berfokus berbanding tahun lepas.

ITW ni sejenis conference selama 3 hari.
Tapi biasanya hari Ahad dah mula meeting tak rasmi.. dan bersambung hari Khamis untuk strategic account. So 5 hari jugak lah conference.
Attendance 7000 orang tahun ni.
Habis sebuah hotel tu jadi conference center.
8 tingkat hotel dah convert jadi bilik meeting
bilik meeting penuh, ballroom, hall dan sebagainya, semua jadi conference room.

Aku dapat jumpa at least 100 peserta. Around 1.5% agaknya.
ok lah tu

Rehat sehari, esok aku ke Midwest Games pulak.
Plan asalnya nak naik kereta dengan 4 lagi member.
Tapi member sudah cancel pagi tadi.
So aku cari tiket flight esok tgh hari.
Sampai ke IND pukul 6, naik shuttle ke Purdue tak sure berapa lama.
Banyak jugak la habis duit kat situ tapi last minute changes apa boleh buat.
We just have to cope to the situation kan.

Inshaallah everything will be ok.
Lagipun kat sana crash rumah orang je tak perlu bayar hotel.
Nasib baik la jadi manusia yang suka tidur dalam hutan (termasuk la mendekorasi bilik sendiri jadi macam hutan)

Nanti Isnin balik dengan Amsyar Adam.
Selasa siapkan semua kerja termasuk handover notes
Rabu balik Malaysiaaaa


Tuesday, May 25, 2010

International Telco Week

Aku ber conference minggu ni
Isnin sampai Rabu
Rumah 30-40 minit away saja
tapi since meeting mula jam 8 pagi dan habis lewat malam
kami pakat tidur hotel

Mengada-ngada sungguh kan?

Wednesday, May 19, 2010

Semut pun tidak buta teknologi lagi

Zaman kini alasan buta IT sudah tidak boleh diterima pakai lagi
Mungkin 5 tahun lepas alasan begitu masih boleh diterima
zaman kini, pakcik dan makcik semua sudah pandai sms
mms pun pandai dah kot
chatting? facebook? normal stuff maa
video conference dengan cucu? sudah biasa
youtube? what else do you think we do everyday?


Pagi tadi aku dapat sms dari abah:

Komputer kat rumoh dimasuki semut. Beribu-ribu ekor. Bersarang dan bertelur.
Masih boleh diselamatkan kah? Perlukah abah tohok (buang)?

Aku terbayang komputer yang dipenuhi semut.
Rasanya boleh imagine, sebab sarung raket tennis aku pernah jadi sarang nya juga
Memang ganas dan liar semut-semut itu.

Aku dok congak-congak duit dalam bank.
Terfikir balik nanti nak belikan abah komputer or laptop baru.
Mesti abah suka.
Anis pun sama :P

Pastu abah sms lagi cakap tengah kemas stor.

Suddenly it came down to me....

... hard!

If it's in the storage, it must be my iMac!!!!
Noooo!!

Hampeh punya semut.. abis iMac ku kau kerjakan
tengok la semut-semut zaman sekarang
nak serang pun mesti mau Apple punya product
Steve Job, I blame you on this as well.
Kalau tak popular sangat Apple product ni, maybe semut-semut tu tak berminat sangat nak serang iMac aku tu kot
haishh..

well, tamatlah sejarah iMac itu..
lama sudah dia berjasa kepadaku
sepanjang zaman study di bumi Cleveland

cik T, we are now equal.
awak punya iMac meletop kedebom
saya punya iMac semut sudah masuk behind enemy lines

iPad for our wedding? What say you?


iMac, thanks for your memory.. and Abah, good luck for exam hari Jumaat. I always pray for you. Love you!

Monday, May 17, 2010

Kelam kelibut

Hari ini suasana agak kelam kabut di pejabat.
Meeting seawal jam 9:00 pagi, sedangkan aku pukul 3 masih lagi berjaga.
Alasannya, ada circuit yang patut handover hari ini.
Circuit dari Hawaii ke Guam sebesar 155Mbps.
Email demi email di hantar, setiap jam yang berlalu, akhirnya membuahkan hasil.
Jam 3:30 pagi rasanya, aku tertidur tak sempat tengok email terakhir.
Tapi bangun pagi jam 6, ada email mengatakan kapasiti yang aku perlukan, sudah berjaya disediakan - sekarang dalam proses testing.
Lepas subuh, aku sambung tidur sejam lagi sebelum telefon berdering kring kring kring.

Habis meeting jam 1030 pagi, aku ingat sudah lega, rupanya circuit belum clean lagi testing.
Jadi kena tunggu. Mungkin esok baru siap. 24 jam testing blocked period.
Ah naya.. terpaksa aku gedung gedang dengan customer.
Nasib baik baik diorang cool.
Diorang cool, aku pun cool la.
Order lunch dari Friends Kebab sebab kat luar hujan renyai-renyai.
Lepas tu aku sempat power nap 20 minit.

Minggu ni nampaknya kat sini akan hujan renyai-renyai.
Habis lah kereta aku banjir nampaknya.
Biasanya musim-musim hujan ni sang kancil aku akan banjir.
Bukan di kaki, tapi di belakang.
Macam mana banjir dibelakang? Kena duduk dalam baru tahu.
Bila corner saja, bunyi air mencura-curah kat belakang seat - berpindah dari kiri ke kanan, dan kanan ke kiri.
Rasa macam naik sampan.

Oh hari ni aku nak komplen sikit saudara yang ambik order aku kat Friends Kebab.
Aku cakap nak bottled water.
2 kali dia ulang tanya, "so nak a bottle of water?" (Air sejuk dalam botol)
Aku cakap, "Bukan.. saya nak air jus.. dalam botol."
Lepas tu dia kata, "yeah but we have 30 different flavors."
Aku cakap, "That's alright, just choose one that you recommend for me."
Sekali dia hantar Tropical Mango Lemonade, yang aku rasa kurang sedap.
Semacam tak ikhlas je encik ni suggest untuk aku.

Susah la macam ni, next time aku order, terpaksa aku cakap, "Just choose one that you recommend to me... but make sure it's not Tropical Mango Lemonade."
Dan kalau dia bagi lagi air yang kurang sedap jugak, aku terpaksa buat list yang panjang air-air yang aku tak wajar order pada masa yang akan datang.
Kan dah menyusahkan tu..

Aku pun pelik sebenarnya, apa signifikannya orang buat air mango campur dengan lemonade ni?
Gabungan yang seakan tak serasi.
Bagai gajah dengan zirafah...

Oh malam ni beberapa rakan dari State College datang bertamu.
Budin ada sini, Far ada sini, Apai ade sini, Bina ada sini.
Dan keluarga masing-masing.

Family aku dulu tak datang graduasi aku.
It's okay for me, atas beberapa alasan yang amat kukuh.

1. Aku tetap sayang mereka walau apa jua keadaan.
2. Aku bukan ada terima anugerah apa-apa pun, takat terima scroll je.
3. Mahal la tiket nak naik flight dari Malaysia ke USA. Mana ada duit banyak macam tu.
4. Aku pun tak pergi aku punya majlis graduasi sebenarnya.


Selamat bergraduasi rakan-rakan semua! Selamat menempuh alam kerja dan alam sambung belajar, dan alam kahwin for a few of you. Kalau korang macam member aku bernama Chekedis dan Jambul, layan la hiking selama setahun sebelum start kerja atau sambung belajar. Sungguh cool sekali.

Friday, May 14, 2010

Perihal rindu

Sometimes I wonder about all these feelings yang kita tak boleh nampak ni
How does it work actually?
Is there any explanation scientifically?
Hormon ke ape ke...
(Well actually persoalan macam ni la yang buatkan Darwin et al. came up with teori mengarut-mengarut yang cuba terangkan kejadian manusia melalui sains)
So I should not be thinking too much about it, I guess.

Anyway, baru-baru ni aku lepak rumah abg Adi.
Anak dia 2 orang, Rafiq (Afiq) and Shahmi (Abe)
Orang Kelate.
Aku memang selalu lepak rumah diorang ni.
A very beautiful and helpful Kelate family in town.

Satu malam ni aku balik lambat.
Aku balik pukul 9:00 malam. Well, kalau ikut aku punya jadual, awal sebenarnya sebab biasanya aku balik after 10pm.
Tengah melepak kat depan tv tengok golf, kak Shiela panggil,
"Topikk ni ade budak rindu ni ha."
Aku pandang atas tangga.
Afiq turun lari-lari datang peluk aku.
Kak Shiela kata dia dah tidur dah before that, tapi terbangun bila dengar aku bukak garaj kereta and dok bising-bising tengok tv kat bawah.

Aku ingat lagi the first time aku homesick sampai tak boleh buat apa-apa was when I was back in Taiping during my Junior College days. Itupun dah nak abis sekolah baru nak rasa homesick. Haha teruk betul. Well rindu-rindu tu selalu la, but homesick sampai tak boleh buat apa-apa ni, was something new to me at that time.
Aku end up melepak kat surau baca-baca quran to calm myself down.
Maybe keadaan di tepi Bukit Larut yang selalunya gloomy dan sejuk tu menjadi punca utama.

Sepanjang study di USA, yang paling aku rindu adalah adik-adik aku.
Anis yang masa itu kecil lagi. Dan Ya yang semasa hujung-hujung tahun belajar ku, dah berpisah dengan keluarga juga, merantau ke bumi Sakura.
I have not been a fair brother to Anis sebab most of the time semasa dia membesar, aku tak ada kat rumah. Now dia dah besar dah, aku masih tak ada kat rumah.
It actually motivates me to work harder, kumpul a lot of money, start a company, and go back to Malaysia to be with my family. (tapi pastu Anis plak gi study oversea dih hehe)

Kak Emma, mama and abah are always in my mind. My role models and the people I always looked up at. Keluarga adalah anugerah Allah yang terbesar dalam hidup aku. I build my life from that platform and will continue be on striving very hard because I'm proud of our family.

Anyway, berbalik kepada perihal rindu, hari ni dan esok dan lusa, adalah hari graduasi di beberapa universiti di States ni. There are a few key people of my life, adik-adik dan ahli keluarga usrah aku akan grad minggu ni. Sorry utk semua, aku tak dapat nak melawat korang semua.. I'm touched that a few people invited me personally to be there. I'm proud of you!
Gonna miss all of you very very soon.
Hopefully you guys will not forget me even though we are thousands of miles apart.

Tuesday, May 11, 2010

Masala Wok: Kisah sebuah restoran milik Malaysian

Semalam kejadian menarik lepas main golf di Manassas
Macam biasa lah lepas main golf, tak lengkap kalau tak singgah kedai mana-mana
sama ada makan atau minum kopi secawan dua
Paling kurang pun dekat club house.
Semalam ambassador belanja dinner. Katanya dah lama tak makan nasi.
Amb kata nak pergi Mandarin Halal in Alexandria
since kedai tu sikit punya jauh, sejam setengah naik kereta baru sampai
kalau naik kuda separuh hari, naik basikal, lusa baru sampai kot..
maka aku cadangkan pegi Masala Wok dekat Fairfax. 40 minit saja dari tempat kejadian.

Sambil makan-makan, sembang macam-macam.
Topik paling hangat ialah nama restoran tu sendiri.
Masala is an Indian word and Wok is Chinese.
So ambassador kata it's probably a Chinese from India or an Indian from China.
Datin Sri kata or maybe Indian from Taiwan/Hong Kong.
I know for a fact that tokei dia is a Chinese because I eat there a few times a month.

Dah letih buat spekulasi, kitorang pun panggil waitress mintak jumpa the manager.
Waitress kelihatan cuak sedikit.
Biasanya kalau mintak panggil manager ni mesti ada masalah kan..
Tapi dia panggil jugak.
Tokei dia pun datang dengan senyuman.

Ambassador tanya, "We were speculating that the owner is either a Chinese from India, or an Indian from China. My wife suggested that it could be an Indian from Taiwan. Since you are definitely not an Indian, where are you from?"

Jawapan dia membuatkan kami ternganga... (sedikit sahaja though.. tak muat masuk lalat lagi)

"Oh no no.. I am actually from Malaysia."

Ambassador dengan wajah selamba menyambung, "Oh Malaysia.. where is that actually?"

Tokei: "Umm.. it's in between Singapore and Thailand. You know, very close to Indonesia.. bla bla bla."

Actually kesungguhan beliau menceritakan lokasi Malaysia itu membuatkan aku sedikit bangga. Dia kelihatan bangga dengan negara Malaysia.

Colonel menyelamatkan keadaan.

"My man, we are just joking. You know, we are from Malaysia too! And this is the ambassador and his wife!" sambil memperkenalkan ambassador.

Instead of bersalaman, mereka actually high fived.

We were really happy - and proud at that time.

"Malaysia boleh!" kata tokei kedai tadi.

To cut it short, he grabbed a chair and lepak dengan kami sembang pasal kedai tu.
He's actually a full time network engineer, and a part-time restaurant owner.

...and I was even more impressed.

I was a network engineer myself 2 years ago! But I guess I did not strive hard enough dan tak terfikir untuk buka kedai sendiri at that time. Setakat freelance photographer.. Maybe busy itu satu hal. But itu hanya alasan orang yang malas.

Before balik, aku chatted with him a little bit more, exchanged phone numbers and emails.
We are planning to get together again sometimes soon. Boleh cerita-cerita kisah business dan kerja. It's time for me to strive harder myself!


Saturday, May 08, 2010

3-days

Is the number if days I was so busy with moving stuff into the storage, finance stuff meeting, and provisioning of new circuit in Europe.

The processes are very tiring, and I'm not looking forward to having to do this once again.

I'm dropping off the keys right now, and will be going to Edrian's 1st birthday party in about an hour.

I might need to take a 5-minute power nap somewhere along the way.
Maybe inside the storage that I'm going to right now.

-writtenwhilemobile-

Tuesday, May 04, 2010

Closing a Deal

A good day for me alhamdulillah
Closed a contract in the amount of US$105,700 today.
Kalau nak bagi nampak besar sikit, convert dalam RM around RM350,000 gitu.
Bagi sedap mata memandang la.
Bagus juga duduk kat sini, semua nombor pun akan di-convert.
I guess it's even better kalau duduk kat UK atau Saudi.
Orang-orang atas tengok nombor macam besar semacam.

Hoping for a better and bigger deal.
But kena la banyak bersabar dan bekerja dengan lebih keras.

Ingat lagi tahun lepas, masa mula-mula buat kerja ni.
Bermula dari awal, from scratch lah orang kata.
Kosong.
Macam nak gila pergi conference sana sini, mesyuarat sana sini, untuk build the relationship, building the prospect.
Pada awalnya, kosong juga.
Nothing.

Everytime balik rumah, pengsan kepenatan.
Kalau dulunya tiap petang boleh turun main tennis lepas kerja, masa tu tidak lagi.
Tapi itulah sebabnya Allah suruh kita usaha.
Sebab bila dah mula nampak hasilnya, aku ingat balik apa usaha aku selama ini.
Rasanya, kalau dengan mudah saja rezeki datang bergolek, aku tak akan ingat segala penat lelah, aku tak akan ada cerita untuk dikenang, dan aku mungkin akan susah untuk appreciate semua ini.

Sekarang aku sudah boleh tersenyum sedikit.
Belum senyum banyak lagi.
Target masih lagi jauh untuk dikejar.

Begitu juga dengan relationship.
Ada susah payah, ada penat lelah.
Tapi itu lah yang kita akan kenang dan kita boleh cerita bersama sampai ke tua.

Haruslah sentiasa bersabar dengan segala dugaan.
Itulah namanya kehidupan...

Kepada kawan jauh yang sedang menghadapi rintangan, banyakkanlah bersabar ya.
Aja aja fighting

Monday, May 03, 2010

Masa berlalu tak menunggu kita

Kita pun berlalu tak menunggu masa
Adil lah tu rasanya..

Hari ini aku rasa bagai ada yang tak kena
Macam-macam perkara difikirkan
Macam biasa la hal mengurus kewangan
Aku memang fail teruk kalau ada exam cara-cara menguruskan wang ni

Aku suka berbelanja ala-ala shopaholic
Cuma belum buat confession saja lagi
Aku selalu lupa kalau pinjam duit orang, so aku kena bayar cepat-cepat
dan kalau orang pinjam duit aku, pun biasanya aku lupa
so berharap orang yang pinjam tu ingat sendiri
(cis dia sendiri tak ingat kalau pinjam duit, nak org pulak ingat)
Tapi dah memang begitu

Mungkin kerana di minda aku, duit ini tiada mudah saja datang dan pergi
kalau perlu boleh cari
ada macam macam cara
siapa yang rajin, pasti kan ketemuinya

Sebab itu aku buat kerja macam-macam..
Jual jersey, jual jeans, jual ticket, freelance fotografi, baiki komputer dan network, shipping
bla bla bla..
Letih lembik, tapi itulah pengalaman.
Nanti dah tua boleh cerita kat anak cucu.
Datuk dulu bekerja keras tau untuk dapat sesuap nasi.. bla bla bla
Tu kalau diorang percaya la.

Aku memang selalu buat kerja untuk sesuap nasi, literally.
Kadang-kadang gi baiki komputer rumah kawan-kawan, dapat orang belanja makan nasi.
Unlock iPhone, member belanja lunch tengah hari.
Muda lagi.. masa ini lah nak merasa susah payah.
Nanti dah tua tak larat dah.

Sekarang ni pun dah start rasa penat.
Dah start nak tumpukan kepada projek yang lebih besar.
Projek-projek runcit terpaksa dikurangkan.
Kalau tak nanti stress, aku akan pegi makan, tidur, main golf atau shopping.
Ops... terlepas sikit confession of a shopaholic.

Kenapa aku suka tulis tajuk benda lain, lepas tu pergi merapu benda lain?

Ni pun satu misteri yang belum terjawab lagi.

Anyway, aku nak tulis tadi macam mana cepatnya tahun 2010 berlalu.
Tengok-tengok dah bulan 5.
Bulan 6 lagi sebulan.
Hujung bulan 6 akan ada perubahan besar dalam hidup aku.
Mungkin paling besar yang pernah aku lalui kot.
Suspen sungguh.

Memang tak pernah masa nak menunggu aku.
Bangun pagi pukul 5 atau 6. Pejam celik pejam celik.
Snooze jam beberapa kali.
Dah nak habis subuh. Kalau tak gagahkan diri bangun, dah dosa besar.
Kalau lepas subuh sambung sikit lagi tidur, bukak mata sekali lagi, dah pukul 930.
Dah lambat pergi kerja lagi.
Buat ke sekian kalinya.

Kalau tak gagahkan diri lepas subuh tu pergi gym, dah tak sempat nak exercise waktu ultimate.
Dah semakin boroi.
Pastu fedup dengan diri sendiri.
Haih ape nak jadi.

Pastu since pergi kerja lambat, dah kena stay back pun lambat.
Balik-balik dah penat pulak.. macam mana nak pergi gym?
Dah bertambah 2 kali ganda boroi.
Pastu fedup lagi.
Bila dah fedup, stress.
Bila stress makan lagi.
Dan 3 kali boroi.

Oii ape aku merapu niii

Ok la balik awal la hari ni nak pergi gym
jommm

Saturday, May 01, 2010

Lapar

Memang sinonim dgn diri aku. All the time pun lapar. Ade la beberapa org lagi member aku yg jenis lapar all the time ni. And you know who you are. Oleh sebab itu, marilah kita makan...

Pada ketika ini, aku sedang berada di ihop. Jaraknya hanya 150 langkah agaknya daripada rumah aku. Itupun sbb tak ada lubang dekat pagar rumah. Well kalau ada pun aku tak lalu kot malam2 buta ni. Zaman fly melalui pagar sekolah sudah berlalu.

Makcik ihop ni pun nampaknya dah kenal aku. Walaupun dia tak tahu nama aku, dan aku pun tak tahu nama dia. Aku panggil dia makcik khadijah je la kot.

Kenapa aku rasa dia dah kenal aku?
Dia dtg ambik order sengih- sengih. Terus duduk kat kerusi depan aku utk ambik order. Ade ke org ambik order sambil duduk? Haha tak pernah lagi aku jumpa.

Aku order omelette dan splashberry, mcm biasa. Kadang-kadang aku order coffee. Mungkin bukan mlm ni. Coffee ihop sedap. Dan dia tak pernah habis. Makcik khadijah akan datang dgn satu jag kopi, dan aku akan habiskan satu jag kopi itu biasanya. Kemudian makcik khadijah akan tanya, "Nak tambah kopi kah satu jag lagi?"
Aku sepatutnya jawab, "Takpe lah makcik khadijah, terima kasih saja," sebab kalau dia tambah satu jag lagi, aku akan habiskan jag itu juga.

Malam ini aku makan omelette dan pancake sambil baca buku akademik. Walaupun aku tak ada final, mcm kebanyakan kawan2 yg tgh bersekolah di amerika ini pada waktu ini, aku juga perlu menambah ilmu pengetahuan aku.

Siang hari tadi aku bangun seawal jam 6 untuk ke padang golf. Hari ni tee-off awal. Sebelum balik sempat singgah ke airport menghantar hj musa yg pulang for good ke malaysia. Dah lama dah tak hantar orang ke airport. Kurang seorang ahli komuniti malaysia di sini. (4 org sebenarnya mereka anak beranak).

Balik rumah, aku layan naruto 4 episod lepas tu bercadang nak ambil 'power nap' sebelum keluar semula ke DC. Kawan se universiti dulu ajak melawat embassy sekitar DC. Lama tak jumpa Mike, 1400 on USCF ranking. Rupa-rupanya 'power nap' bertukar menjadi 'powerful nap'. Dah petang baru aku bangun.

Tak tahu apa signifikan yg aku tulis ni dengan tajuk entri kali ni. Oh ya aku bgn pg tak sempat nak makan sebelum tee of. Tgh hari pun tak makan sbb ingat nak makan kat DC. Skarang pula dah lewat malam. Patut lah aku lapar.

Ok lah dah ada signifikan tu...

-writtenwhilemobile-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...