Thursday, June 24, 2010
Sunday, June 13, 2010
Ke sana dan ke mari
Susah sungguh kalau dah tak ada internet. Telefon pulak dapat Edge je. 3G takdapat. Maka internet slow ciput macam siput sedut. Berusaha dan gigih lah.
Jumaat lepas aku balik ke kg Jabi utk bawak balik barang hantaran. Tengok tengok preparation bilik, rumah, dan sebagainya. Banyak dah berubah. Tepi rumah dah simen, porch dah re-painted. Semua usaha parents dan adik beradik aku..serta saudara mara.
Syahdu pulak rasa. Patutnya aku lah yg berusaha utk mereka. Apa punya anak lelaki dahh..
Hari Sabtu aku ke kenduri kahwin beberapa kawan rapat. Sekali tu dapat jemput mereka dan kawan-kawan yang ke majlis kenduri tu ke kenduri aku sekali.Selamat pengantin baru Hakim, cikgu silat di Perancis. Haida, kawan baik aku semasa preparation dulu. Asrul, Kawan yang banyak tolong aku semasa kerja di TM.
Sabtu petang aku balik ke KL. Sempat tengok bola Argentina lawan Nigeria. Kuat sungguh Argentina.
Ahad, aku ke majlis kawan baik aku dari sekolah rendah di SRTM, kemudian ke form 1-3 di SMTM, dan kemudian ke MRSM Taiping sampai form 5. Lepas tu aku ke Amerika, dia ke Jepun. Tahun lepas aku ke Jepun untuk snowboard di sana dengan dia dan adikku dan kawan adikku. Dan semalam, dia selesai majlis kahwin dengan kawan adikku yang itulah. Aku dan adikku jadi pengapit. Nasib baik tak bawak snowboard bersama. Ada ke wedding orang buat bertemakan snowboarding? Aku rasa suatu hari nanti mesti ada.
Hari ni, Isnin, aku ke Kuantan pulak. Tujuan utama nak fitting baju. Sambil sambil tu nak tengok preparation kat sana jugak macam mana. Nak bayar mak andam sekali. Kahwin ni duit memang mengalir macam air. To be more exact, mengalir macam air mata. Macam tak nak keluar tp keluar jugak. Tambah pulak bagi orang yg gila shopping macam aku ni.
Tak siap lagi ni semalam lagi 15 minit nak kena gerak dah afuhhh
--Taufiq
via mobile
Monday, June 07, 2010
Di Malaysia
Belum ke kampung Jabi lagi, kampung ku bangga.
Masih merewang-rewang di KL.
Kalau selisih tu boleh la bertegur sapa. Kita sembang di antara secawan dua kopi.
Hari ke-4, jetlag makin hilang. Rindu internet laju makin menjadi-jadi.
Hari ni dah ada nombor fon Malaysia dan data plan utk check email.
(dan facebook, dan blog, dan perkara-perkara merapu yg seangkatan dengannya)
Aku hampir beli blackberry curve tadi.
Nasib baik sempat search internet tengok-tengok kat US boleh dapat free saje.
Dapat internet slow ni pun aku dah tengok fon setiap 2 minit. Sampai merajuk cik T.
Kalau dapat blackberry tak tahu la ape jadi. Pasti lagi kronik.
Adakah aku masih boleh diubati?
Aku teringat kawan-kawan US yg baru grad. Adakah sempat berjumpa lagi di Malaysia? Lepas ni aku balik ke US, kita dah jauh dah. Maybe married life will keep me busier.
Oh ya, aku balik nak prepare untuk kawin. Sape yg tak dpt jemputan lg msg tau! Aku jemput semua orang tp tak hantar kad kat semua lg.
Sebabnya: no satu, tak ada address. No dua, tak pastu sape yg missing. Fwd kad jemputan dlm bentuk gambar boleh kan?
--Taufiq
via mobile



