Wednesday, August 25, 2010

Alangkah Indahnya

Kalau ada sebuah stesen radio Malaysia
yang menyiarkan bacaan quran daripada pelbagai imaam
pada sepanjang hari.

Jadi para pendengar yang ingin mendengar boleh tune-in
dan dengar pelbagai bacaan, pelbagai lagu

Mungkin susah sebab kalau tak ada iklan, macam mana stesen radio nak buat untung?
Bukan nak untung kekayaan, tapi mesti perlu untuk bayar lesen dan sebagainya.

Mungkin stesen radio yang ada hari ini boleh sponsor untuk buat radio sampingan.
Astro buat ke.. atau government funded ke.
Mungkin student-student boleh buat, jadi projek universiti.

Sheikh Misyary Rashid Alafasy ni recite sedap





Tuesday, August 17, 2010

Bulan puasa ialah bulan bersabar dengan ujian

Banyak sungguh dugaan dalam bulan Ramadhan ni
tapi semestinya lah kan kita kena banyak bersabar
si kenit putih yang park kat depan rumah aku tu banyak timbulkan masalah bulan ni
bukan la dia sengaja nak meragam atau nak bermanja-manja tu
mungkin sebab aku tinggal dia sendirian lama sangat, dia dah tak tough dah.
Lain kali kalau nak tinggal tu kena suruh dia gi jalan2 sendiri biar lasak.

Hopefully esok aku boleh ambik katil kat rumah Faizal.
Baik hatinya Faizal ni, nak bagi aku katil dari rumah dia.
Selamat budget aku tak payah beli katil.
Baru-baru ni dah selamat budget beli set pisau dengan Kitchen-Aid pakai points kad kredit.
Seronot.

Sekarang ni aku tengah struggle nak buat more sales.
Disamping tu kena catch up dengan hal-ehwal dalam ofis dan di luar ofis.
Nak manage circuit ape semua. Nasib baik tak payah buat trouble shoot skali.
Kalau tak dah jadi semua dalam satu macam nasi goreng USA (Udang+Sotong+Ayam).

Lepas ni kena lebih banyak jumpa customer dan jumpa orang.
Nak kena pakai kereta baru nih
ehem ehem
Mula mengada dah tu

Thursday, August 12, 2010

Bulan puasa ialah bulan orang balik rumah awal

Tiada maknanya boleh balik awal kalau kerja tak siap kan
kelak nanti balik rumah sambung buat kerja juga
Tiada maknanya juga kalau semua orang balik serentak
kelak akan jem juga di jalan raya (merujuk kepada Kuala Lumpur)
2 hari pertama puasa, kami dibenarkan balik jam 430 petang.
Semalam aku balik pukul 6
hari ini, pukul 6 pun aku masih ada kat ofis lagi
apa lah nak jadi
aku harus pulang awal
isteri menanti di rumah

2 hari lepas pisau baru sudah sampai
pagi tadi isteri di rumah called cakap Kitchen Aid pula sampai
hoyay gembira
tak sia-sia aku kumpul point kad kredit
(maksud tersirat: tak sia-sia aku shopping banyak tanpa berfikir panjang selama ini)
Lepas ni kena kumpul lagi
Boleh guna point buat beli benda lain pulak

Golf PGA Championship dah mula dah
Lamanya aku tak main golf dengan aktif
Kat Malaysia sempat main sekali dekat Taiping Golf Club.
Hujung minggu lepas sempat main sekali dekat Redgate Golf
Dapat 8 par, gross 90. Score paling rendah aku pernah dapat so far rasanya.
19 over par, kalau aku main handicap 18, maknanya 1 over par.
Makin lah geram rasa nak main lagi.

Semalam the Chromes datang buka puasa kat rumah makan nasi ayam.
Hari ni en Rahim ajak buka puasa kat rumahnya.
Tapi tak dapat nak join sebab ada conference call pulak.
Puasa-puasa ni pun ada conference call.

Banyak lagi keajaiban yang aku perlu usahakan kalau nak capai target tahun ni.
The keyword is: 'KEAJAIBAN'
Kalau effort macam biasa saja, tak mungkin akan dapat capai.
Good luck!!

Monday, August 09, 2010

Menjelang Ramadhan

Alhamdulillah Ramadhan menjelma lagi
Walaupun aku belum cukup bersedia lagi rasanya
aku bersyukur kerana masih dipanjang kan usia.
Tahun ini pertama kali berpuasa bersama wifey.
Harus pulang kerja awal lepas ini untuk masak bersama-sama
(or aku terbungkang keletihan bangun-bangun dah waktu berbuka)
Kita tunggu dan lihat yang mana hasilnya.

Tahun ni kena kumpul duit sepanjang bulan ramadhan supaya raya nanti boleh beli hadiah hari raya.

Wednesday, August 04, 2010

Sabar dalam menanti

Kenapa aku rasa orang Amerika ni lebih kuat tahan sabar daripada orang kita? Ini berdasarkan pemerhatian aku lah. Bukan statistik hasil kajian para ilmuan ataupun pensyarah universiti.

Di sini manusia nya ramai. Maka dah menjadi satu expectation untuk mereka ni, kalau nak beratur pastinya akan lama. Tambahan pulak, mereka tak perlu risau takut ada orang yang nak potong-potong line masa beratur. So takde rasa gusar di hati (yang di dalamnya ada taman).

Contoh mudah kalau tengok semasa malam Thanksgiving sales, orang beratur 4-5 jam (malahan lebih lagi) sementara menunggu kedai buka.

2 tahun lepas aku berpeluang pegi pameran buku kebangsaan di National Mall, DC. Aku beratur hampir sejam untuk jumpa penulis femes dan dapatkan tandatangan. Itu baru seorang. Aku beratur 3 kali. 1 untuk Jodi Picoult, 1 untuk David Baldacci, dan satu untuk Sanjay Gupta. Aderin dan Eliea turut sama beratur. Manusia dah memang ramai nak buat macam mana kan.. Ibu bapa bawak anak-anak, and they were having fun beratur. Dah jadi seronok pulak. A family event once a year.

Minggu lepas aku beratur lagi sekali selama sejam. Kali ni pergi Department of Motor Vehicle. Aku pun sampai dah nak hilang sabar beratur lama sangat. Tapi orang lain tenang saja. Ada yang baca buku, termasuk aku. Lepas tu kejap-kejap orang depan dan orang belakang ajak bersembang. Layan sekejap. Lepas tu kembali menghadap buku. It is a time well spent, cuma sakit pinggang nak kena berdiri lama. Tapi memang manusia kat sini ramai nak buat macam mana..

Aku balik Malaysia tahun lepas sempat naik lrt hampir 10 kali sebab susah nak dapat kenderaan dari Bukit Antarabangsa ke Kerinchi. Aku tengok orang kita dah beratur dan tak berebut-rebut naik LRT. Aku suka! Dah banyak bersabar. Tapi tahun ni aku balik banyak bawak kereta, masih nampak lagi ramai yang tak dapat bersabar (dan emosional!) bila menghadapi traffic jam. Ataupun bila kenderaan kat depan slow 5 km sejam daripadanya.

Slalu aku terkumat-kamit cakap "Ak elaa saba laa," walaupun kejadian takde kena mengena dengan aku pun. entah-entah kalau aku duduk lama lagi aku pun sama je kot. Biasala pengaruh suasana.

Kita tengok nanti apa jadi bila aku balik menetap kat Malaysia nanti hehe. Bising saja lebih chaitt :D


-writtenwhilemobile-

Tuesday, August 03, 2010

Unbelievable service

Sape kate servis kat oversea semua bagus dan kat Malaysia red tape banyak sampai proses jadi lama?
Well pasal redtape tu mungkin la betul.
Tapi sekarang Malaysia pun dah banyak proses boleh buat online jugak.

Yang tak betul nya ialah pasal kat oversea yang kononnye lebih maju dan bertamadun ni, semuanya bagus. Sesungguhnya tidak jugak dan mungkin tidak langsung.
Cubaan aku menelefon Department of Motor Vehicle selama 2 jam ni masih lagi gagal.
Nak kata aku cuba tanpa henti pun tak jugak la.
Sesambil ni sempat jugak update blog dan discuss projek dengan Implementation Manager dan Country Director.
Tapi selang 5 minit memang aku akan cuba call balik DMV ni.
Jumlah panggilan dan mencecah 50 kali dan aku dah muak serta nak muntah mendengar suara orang ni suruh tekan butang itu dan ini.
Aku dah tekan bermacam butang dan tunggu berpuluh kali, tapi masih belum ada seorang manusia pun yang angkat telefon.

Ada 10 extensions dan aku dah tekan semua dan dah tinggal mesej kepada semua orang.
By the end of the day, kalau diorang check voicemail diorang, semua orang kat ofis tu sepatutnya dah tahu nama aku.
Dan aku dah penat.

Esok aku akan call lagi sampai lah ada orang angkat telefon.
Tolong lah ada..
Dah la tak ada sistem online.

Blrghhhhhh

Sunday, August 01, 2010

Mari menyelamatkan bumi

Aku shopping Giant jalan kaki hari ni.
Tak jauh dalam 1.5 batu kot.
Kali ni beli beg dari Giant supaya dpt save the earth dan senang nak
bawak balik rumah - almaklumlah jalan kaki.

Hari ni jugak dpt berita sedih, kakak kak yana meninggal kena denggi
berdarah and kidney failure. 3 hari in comma.. Sedih betul..

Sejak kes Din Beramboi dulu, makin banyak kes denggi berdarah
dilaporkan. Tapi tak nampak jadi isu besar dalam akhbar. Aku rasa isu
ni dah makin serius dan perlu ambik berat.

Maklumlah akhbar kita sibuk dgn berita PKFZ, berita sistem kehakiman
telus, berita FDI rendah, bla bla bla
Benda yang lebih dekat dengan kehidupan rakyat biasa ni nak kena
tengok jugak lah. Jgn sibuk politik semata dan sibuk dgn hal
melibatkan golongan kaya sahaja

Lawatan ke DMV

Seperti biasa bila aku melawat DMV saja, mesti tidak disambut dengan
baik. Tahun lepas aku berulang alik sehingga 3 kali nak settel kan
SR-22 proof of insurance utk kereta Celica yg aku dah sedekah dekat
askar Amerika.

Semalam aku jalan kaki 2 batu, sudahnya dia nak tgk passport aku,
manalah aku bawak.

Hari ni tak pulak dia mintak passport, tapi aku terpaksa beratur sejam
lebih dan queue sikit punya panjang. Redha sajalah. Susah sekali
sekala kan..

Sekarang aku nak kena trace balik DMV kata aku penah kena saman dekat
New York Upstate. Takkan aku nak kena pegi sana utk bayar kot? Ada
online system agaknya. Pukul 5 pagi ni takkan nak bersengkang mata
cari. Esok lah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...