Thursday, September 30, 2010

Pasca Teleconference Event

Alhamdulillah again, it was a successful event.
Ambassador, Consulate General, Head of Chancery, Country Director - semua setuju event tersebut berjaya. Tiada sebarang masalah atau komplen daripada kesemua 7 sites yang ada dalam video conference tersebut.

Laporan berita di sini:
http://www.theborneopost.com/?p=73071
http://www.bernama.com/bernama/v5/newsgeneral.php?id=530397
http://namnewsnetwork.org/v2/read.php?id=134403
http://www.mmail.com.my/content/50416-najib-rosmah-urge-malaysian-students-abroad-excel-their-studies

Kesemua laporan yang sama sebenarnya, daripada BERNAMA.
Don't bother to click all of them and baca satu-satu.

Ni pula link untuk Buletin Utama.
Loading nya ya rabbi slow ke main lagi.
Tapi mula-mula berita tu terus tunjuk event tu. So tak payah tunggu lama-lama.
Oh tapi kena login. Takut salah guna kot.
http://www.tonton.com.my/#/home/shows/Local/buletin_utama_2010_58995e5bae534e6fa99e9dbf00fea9f7/sun_sep_26_401902012acc4844b79a9dbf00fe95f7

So dah habis program yang tak membantu aku sangat pun dalam mencapai target tahun ini, aku kembali ke tugas asal mengejar sales. Pada masa yang sama aku terpaksa cover untuk Technical Manager selama seminggu dan Network Engineer selama sebulan.

Memang terkejar-kejar aku dibuatnya.
Country Director pula semakin stress kerana target masih lagi jauh untuk dicapai.
Aku tak salahkan dia untuk jadi lebih strict, memang lumrah kalau under pressure begitu jadinya.
Cuma sesekali perlu chill juga. Bukan apa, aku takut menyesal di kemudian hari.

Perjalanan ini kan masih lagi jauh (dengan izin-Nya)


credit: bernama, borneopost

Nanti lah akan post gambar yang sendiri ambil juga

Saturday, September 25, 2010

Alhamdulillah

..it all went well !
Esok visit lady liberty pulak



-writtenwhilemobile-

Friday, September 24, 2010

MITI visit to Washington DC

Semalam dalam sibuk-sibuk bersedia untuk video conference dengan PM pada hari Sabtu, aku sempat ke embassy untuk lunch dengan Menteri MITI, Tok Pa, dan delegasi - MITI, MIDA, MATRADE etc.
Bawa bersama Hafiz untuk dikenalkan dengan delegasi yang lain.
Ramai di antaranya - orang DC dan NY aku memang sudah kenal. Yang dari Malaysia tak berapa kenal.
Duduk semeja dengan 2 Wong, satu dari MITI dan satu dari MATRADE memberi aku ruang untuk mengetahu perkembangan Trade Industry di Malaysia dan fokus yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada para pelabur dari kalangan sektor swasta.

Di akhir ucapan, TokPa sempat memberi ruang untuk sesi Q&A dan selepas 3 atau 4 soalan, TokPa sempat bertanya kalau-kalau aku punya soalan. Terkejut aku kena mention nama pulak. Tak ada plan nak tanya soalan pada awalnya. Ingat nak bagi peluang kepada American untuk tahu lebih lanjut tentang perkembangan industri di Malaysia.

Since Tok Pa dah tanya, aku tanya juga lah tentang fokus kerajaan dalam bidang industri di Malaysia pada tahun ini dan tahun-tahun hadapan. TokPa kata fokus mula beralih ke bidang BioTechnology dan Green technology. Pun begitu, aku rasakan kita masih jauh lagi terkebelakang dalan dua bidang tersebut. Masih banyak yang perlu kita lakukan agar dapat seiring dengan negara-negara lain. We will be there.. only sooner or later.

Lepas lunch, TokPa ajak bersembang pasal industri berasaskan ICT. Terutama sekali kerana aku dalam bidang telekomunikasi ini memanglah banyak terlibat dengan syarikat-syarikat swasta dalam industri berkenaan. Aku merasakan bahawa kita perlu punya pelobi yang berada 'in the field' agar dapat meyakinkan syarikat-syarikat antarabangsa (MNC) untuk menambah pelaburan di Malaysia. Ini kerana sekiranya kita hanya memfokuskan kepada hubungan sesama badan kerajaan, potensi adalah lebih kecil kerana kerajaan USA sendiri ingin mengurangkan jumlah syarikat melabur ke luar negara kerana mereka akan kehilangan sumber cukai.

Esok inshaallah awal pagi lagi akan ke New York untuk sambutan raya bersama PM dan student.
Delegasi kebanyakan dari Wisma rasanya kerana lawatan PM kali ni untuk berucap di UNGA.

Wednesday, September 22, 2010

Dry run for the whole day, now I am running dry

Hari ini seharian aku di ofis melakukan testing dengan pelbagai lokasi.
Kalau tugas aku masih lagi seorang jurutera, semuanya di dalam KPI aku, mungkin aku tak berapa kisah. Aku suka kerja sebegini juga.
Tapi aku kini punya bebanan target jualan sebanyak 40 juta ringgit yang masih lagi berbaki 20 juta ringgit. Aku cuma punya beberapa bulan untuk mencapai keputusan tersebut. Bukan senang.

Demi memastikan kejayaan dalam video conference bersama dengan YAB Perdana Menteri Malaysia pada hari Sabtu ini, aku terpaksa meluangkan masa untuk melakukan video test, audio test, bandwidth test dan pelbagai lagi perkara. Pada masa yang sama, aku menguruskan agreement dengan pembekal, rebranding, reconfiguration, dan mengubah setting agar bersesuaian dengan tema dan audience semasa video conference itu nanti. Tukar kaler, tukar layout, tukar logo, tukar nama, tukar phone number...

Memandangakan setting di setiap lokasi adalah berbeza:
New York, Washington DC, Colorado, Pittsburgh, Vanderbilt, Los Angeles dan Chicago,
aku terpaksa berhubung dengan semua lokasi untuk mengaturkan segalanya.
Ada yang tidak punya hi-def camera, tak punya sistem telefon dengan speaker phone, tak punya credit dalam skype haih banyak lah sungguh halangan masing-masing.

Habis hancur jadual aku hari ni.. sepatutnya aku scheduled 5 cold calls to potential customers
Satu aje sempat. Tu pun sebab aku tak dapat contact orang tu and dapat tinggal voice mail aje.
At the end of the day, aku pretty sure, aku akan ditanya pasal the remaining 20 juta ringgit yang aku kena bring to the table. Kalau aku cerita masa aku habis kerana arrange kan video conference ni, pastinya mereka akan kata "alah, itu ambil masa sehari saja, bukannya susah..."

Apa pun, aku doakan agar conference ni akan berjalan dengan lancar.

Tuesday, September 21, 2010

Channel Partner Conference in DC

Pulang lewat malam semalam, kami bertolak dari NYC jam 720 malam sejurus selepas menikmati Kabob Halal di pinggir Hilton NY di antara 53rd dan 6th St. Bertemu kesesakan jalan raya sekali di Delaware dan sekali di Vienna. 3 batu sahaja sebelum tiba di destinasi. Geram sungguh menanti sampai aku tersengguk tertidur. Nasib baiklah bukan memandu. Oh ya semalam aku ke NYC naik bas saja. Balik dengan kereta ofis.

Hari ni ke Channel Partner conference di National Harbor, DC. National Harbor ni umang aih memang cantik. Letaknya di Maryland, tapi masih di panggil DC. DC ni dah jadi besar sangat sampai aku pun tak pasti dah yang mana satu sempadan geografi yang patut digunakan.

3 jam lebih aku pusing tempat konferen ni. Bercakap dengan 11 orang so far. Perut sudah berkeroncong. Jumpa rakan in the business tadi ingat nak ajak makan tapi di dah makan pula. Mungkin wajar pusing-pusing cari kedai subway sebelum sambung masuk ke tempat konferen. Banyak lagi peluang yang wajar diteroka sebelum pulang.


-writtenwhilemobile-

Monday, September 20, 2010

A day trip to NY

Mencabar sungguh perjalanan ke DC tadi. Dari NoVA jam 300 ambil Jeb untuk tolong drive kan kereta balik ke ofis.

15 minit sampai ke DC, tapi lampu isyarat punya pasal, 10 minit baru sampai ke Chinatown yg dekatnya 2 minit saja kalau semua traffic light berwarna hijau.

Salah lokasi untuk Apex(apeks?) bus. Nasib baik tak jauh. Jalan sebelah saja. Sampai di traffic light terakhir, aku sudah nampak bas di depan. Lampu pula merah. Jam bertukar dari 327 ke 328. Dalam hati aku nekad, kalau bas ni jalan aku potong lepas tu lambai2 tangan suruh berhenti.

Nasib baik bas tak jalan. Aku sempat sampai terus park senget gaya mafia depan bas. Padahal kereta kancil. Gedebe orang kelate panggil.

Terus tunjuk tiket bas dan naik cari seat kosong. Balas-balas email sekejap. Tulis blog ni. Pastu nak tidur dah. Esok pagi bangun dah sampai NY. Malamnya balik ke DC. Esok dan lusa ada konferen.


-writtenwhilemobile-

p/s: ah sudah rindu orang di rumah.

Wednesday, September 15, 2010

Patoh pulak dah

Don't worry, it not me..
Ni player Man Utd ni Antonio Valencia, one of my fav United's winger sudah patah kaki lah.
Last season, United was doing great but then we suffered a blow when he was injured.
Looking at his contribution in the pre-season games, if we are not able to find a replacement as good as him, we'll be having a difficult season.
My view: Play Obertan as soon as possible to give him more experience.
Hagreaves can play on the right as well, but he might not be as effective.
Other option, the long awaited action of Bebe.
Abis-abis pun play O'Shea aje.. die kan boleh main semua position (including keeper)
Tapi United might be more defensive with him playing winger.
Kalau Nani main kanan and Giggsy kiri pun ok jugak.. tp better play a new people la



Tuesday, September 14, 2010

Video Conference

Hari Ahad lepas tengah aku seronok edit gambar, Ustaz Rahman call.
Katanya dato seri nak buat video conference dengan student.
Ah sudah, lagi 2 minggu nak buat baru nak mintak?
Mana nak sempat...
Semalam masa golf Aidilfitri pun ada mention.
Inshaallah lah kami akan usahakan.
Tapi perlu lah faham, kami bukan kerja dengan embassy
Kami entiti perniagaan, maka pastilah kami akan charge
Harap tak komplen bila kami charge.

Sama jugak dengan perniagaan fotografi aku
Sudah aku hantar email sebelum hari raya, siapa2 nak buat photo shoot session tu bagitau la
kalau tiba hari raya, minta aku tolong ambil gambar, tapi aku tak ambil, kena faham lah
aku mencari sesuap nasi, kalau semua nak free susah lah kan
lain lah kalau orang2 yang rapat dengan aku, selalu tolong aku..
mesti la lain kan.. mcm chrome, adi, suhaimi, faizal, different case tu
aku respect kawan2 yang bila aku nak bagi free gambar pun, diorang masih lagi tanya
"eh takkan free je gambar mcm ni.. charge la sikit"
Rasa kualiti kerja kita yg ambik masa berjam tu dihargai beb :)

Tuesday, September 07, 2010

Iklan Merdeka 2010

Thank you to Paultan for sharing the video.
Iklan Merdeka 2010 menarik juga.
Rindu lah Malaysia



Solat raya tahun ini

Tahun ni salah satu dari lokasi solat raya ialah di Methodist Church.
I wonder how will people respond if this is negara berbilang kaum dan
agama Malaysia.

Wednesday, September 01, 2010

Hantar hantar tak sampai

Minggu lepas aku excited sebab ramai orang beli jersey
Dalam masa 2 hari, 8 jersey terjual. Ada 2 helai jersey tu dibeli oleh orang yang sama.
Since aku charge 5 dollar untuk shipping, jumlah bayaran untuk shipping and handling jadi 10 dollar.
Aku combine sekali shipping 2 helai dalam satu parcel.
Harganya baru 5 dollar lebih, jadi aku save 5 dollar di situ.

Biasanya aku akan print label di rumah, tampal kat muka depan parcel, tinggalkan kat ofis supaya mailman boleh ambil pagi-pagi.
Tapi disebabkan parcel lebih berat daripada biasa, aku terpaksa ke pejabat pos.
Excited punya pasal, aku tak beratur di kaunter tapi terus ke mesin untuk beli label setem automatik.
Aku tekan tot tet tot tet zipcode pembeli tu.
Masuk keluar debit card, dia pun keluarkan label.
Label tu memang dah adhesive, maka aku tampal je dekat parcel dan terus masukkan ke dalam tong.
Bukan la tong sampah.. you know what i mean..

Nak dijadikan cerita, customer email aku cakap mana jersey ni dah 6 hari tak sampai-sampai.
Aku pun check tracking.
Katanya insufficient address.
Tapi dah sampai dah dekat Rock Hill, South Carolina.
Dia dah patah balik ke Vienna, VA.
Aku pun tunggu lah.
Ingatkan hari Sabtu boleh sampai rumah, terus ke pejabat pos untuk pos lagi sekali.
Dah minta address daripada pembeli tu sekali lagi.
Kali ni make sure betul punya.

Tunggu punya tunggu, parcel tak sampai sampai.
Aik mana dia pegi?
Hari isnin, aku check rekod, insufficient address.
Aik?
Sana insufficient, sini insufficient... apa kes?

Maka aku call la pejabat pos.
Nasib baik efisyen. 2 kali call dah boleh bercakap dengan manusia.
Malas nak tunggu kalau nak kena bercakap dengan mesin sbb dia bukan paham pun aku cakap apa nanti.
Orang jawab telefon tu baik je.. Kitorang check tracking number, lepas tu dia pegi cari kat belakang.
Haa ada ni dia kata.. sampul kuning besar kan? Dia tanya.
Aku angguk.. tapi baru perasan mana dia nampak.
Yup yup aku jawab.
Dia ambil nama aku, dan alamat. Dia tanya nak hantar ke rumah ke?
Aku cakap tak pa la nanti aku gi ambik kat pejabat pos dan terus hantar ke customer.
Berehhh dia kata.. tp dengan slang US la sbb dia bukan orang Kelate kan

Aku tanya la dia. Apa masalah sebenarnya.
Dakwat pen tak nampak ke? Kena hujan ke ape ke.
Dia kata...
...
...
Mana ada.. address pun tadak.
Umph hampeh.
Aku dok imagine balik pergerakan aku kat pejabat pos minggu lepas.
Aku rasa memang aku tak tulis address!
Main tampal je label tu sebab biasanya print kat rumah.
Ceh hampeh la kamu ini.

Petang tu aku ke pejabat pos untuk ambik parcel tu dan hantar semula pakai pos ekspress.
Melayang 20 dollar sebab nak kena sampai keesokan harinya.
Akak yang beli tu nak kasik hadiah birthday anak dia pada hari Selasa.
Customer satisfaction punya pasal, untung kecik pun tak apa la kali ni.
Janji lain kali dia datang beli lagi.
Or iklan kat kawan-kawan dia ke kan..

Pengajaran yang kita dapat daripada pengalaman ini ialah:

Kalau nak pos surat tu, tulis la address.
Jangan expect posmen tu nak tahu kita nak hantar surat kita kat siapa.
Sebab posmen tu bukannya pak sedara kita yang boleh call kita anytime nak tanya, "Ni surat hang nak hantar kat sapa bai.."

Senarai 25 pemain sudah diumumkan



English Premier League dah umumkan senarai pemain untuk season 2010/2011
Syarat terbaru yang dikenakan, setiap pasukan perlu ada 8 pemain homegrown.
Satu syarat yang wajar memandangkan banyak pasukan yang dah banyak sangat duitnya sampai pakat beli pemain antarabangsa berkilo-kilo.

Pasukan aku, Man Utd pun dah umumkan pemain. Hagreaves ada dalam senarai. Aku sangat excited!
He is definitely one of the best. Tapi injury prone pulak, macam Owen dulu.
Aku selalu nampak pemain-pemain yang selalu cedera bila masuk United, dah jadi sihat sikit.
Bagus kot sistem medical dia.

Kat bawah ni senarai pemain United:
Manchester United: Ben Amos, Darren Fletcher, Tomasz Kuszczak, Darron Gibson, Edwin van der Sar, Ryan Giggs, Wes Brown, Owen Hargreaves, Nani, Anderson, Park Ji-Sung, Jonathan Evans, Patrice Evra, Rio Ferdinand, Paul Scholes, Antonio Valencia, Gary Neville, Dimitar Berbatov, John O'Shea, Javier Hernandez, Nemanja Vidic, Michael Carrick, Michael Owen, Wayne Rooney. (United can also use Fabio, Rafael, Ritchie De Laet, Gabriel Obertan, Bebe, Chris Smalling, Federico Macheda).

Beberapa team lain yang akan bagi saingan tahun ni (tak mengikut susunan)

Manchester City: Shay Given, Joe Hart, Stuart Taylor, Jerome Boateng, Wayne Bridge, Aleksander Kolarov, Vincent Kompany, Joleon Lescott, Shaleum Logan, Micah Richards, Kolo Toure, Pablo Zabaleta, Gareth Barry, Nigel de Jong, Adam Johnson, Michael Johnson, James Milner, David Silva, Yaya Toure, Patrick Vieira, Shaun Wright-Phillips, Emmanuel Adebayor, Jo, Roque Santa Cruz, Carlos Tevez. (City can also use: Mario Balotelli, Dedryck Boyata, Greg Cunningham, Abdi Ibrahim and Alex Tchuimeni-Nimely.)

Liverpool: Daniel Agger, Fabio Aurelio, Ryan Babel, Milan Jovanovic, Dirk Kuyt, Sotirios Kyrgiakos, Lucas Leiva, Raul Meireles, Christian Poulsen, Pepe Reina, Maxi Rodriguez, Martin Skrtel, Fernando Torres, Jamie Carragher, Joe Cole, Stephen Darby, Steven Gerrard, Glen Johnson, Brad Jones, Paul Konchesky, Jay Spearing . (Liverpool can also use: Peter Gulacsi, Martin Kelly, Daniel Wilson, Jonjo Shelvey, Daniel Pacheco, Nathan Eccleston and David Ngog)

Chelsea: Petr Cech, Henrique Hilario, Ross Turnbull, Branislav Ivanovic, Ashley Cole, Jose Bosingwa, Paulo Ferreira, Yuri Zhirkov, John Terry, Alex, Michael Essien, Ramires, John Obi Mikel, Frank Lampard, Yossi Benayoun, Florent Malouda, Salomon Kalou, Nicolas Anelka, Didier Drogba. (Chelsea can also use: Patrick van Aanholt, Jeffrey Bruma, Josh McEachran, Gael Kakuta, Daniel Sturridge, Fabio Borini.

Aston Villa: Brad Friedel, Brad Guzan, James Collins, Carlos Cuellar, Curtis Davies, Habib Beye, Richard Dunne, Eric Lichaj, Stephen Warnock, Luke Young, Stewart Downing, Jonathan Hogg, Stephen Ireland, Isaiah Osbourne, Stiliyan Petrov, Nigel Reo-Coker, Moustapha Salifou, Steve Sidwell, Ashley Young, Gabriel Agbonlahor, John Carew, Emile Heskey. (Villa can also use: Marc Albrighton, Nathan Delfouneso, Barry Bannan, Ciaran Clark and Fabian Delph).

Arsenal, Totenham belum announce lagi.

Sudah Tidak Secergas Dulu

Semalam buat kerja menarik bulan-bulan puasa
Pagi buta lagi jam 530 aku keluar rendezvous kat rumah Ram
Kami pegi main golf dekat Lake Presidential.
Dah la bulan puasa, kepanasan record high pulak tu.
Tahun lepas dah pernah buat tapi tak seletih ni.
Balik rumah terus tidur keletihan.
Tapi main semalam memang terbaik sungguh.
Dapat test ability untuk maintain game dalam keadaan dahaga.
Tak bukak puasa ye!

Inshaallah dengan pengalaman ni, main lepas puasa nanti akan jadi lebih mantap.
Ni harapan la ni cakap ni.
Semalam score 103 gross. Minggu sebelum puasa dulu 90 gross.
Lepas puasa ni nanti inshaallah target break 80 lah :D

Semalam juga jemput the Chromes, Lan, Anas dan Jeb datang buka puasa kat rumah.
Lama dah tak bukak puasa sekali. (eh padahal baru hari sabtu lepas berbuka sekali kat Malaysian Kopitiam DC)
Oh ha Kopitiam DC tu ada nasi ayam halal. Tapi make sure jangan order makanan lain sebab yang tu je ayam dia halal.
Selain dari tu order seafood la ye.
Kopitiam ni bagi aku tak setanding dengan Penang apetah lagi Ipoh.
Ipoh so far masih lagi yang terbaik masakannya.
Banana Leaves pun not bad.

Malam tadi aku dan wifey dok membalut barang-barang untuk hantar ke Malaysia untu dijual.
Dok di perantauan ni nak kena kreatif sikit cari rezeki.
Tak boleh nak bergantung kepada satu sumber rezeki sahaja. Business is the best way dan sememangnya bidang yang aku suka. Aku lagi suka management sebenarnya. Rasulullah pun suka berniaga kan.

Hari ni dah boleh ship. Harapnya seminggu dua lepas raya nanti dah boleh nikmati keuntungannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...