Friday, October 29, 2010

Breaking news Oct 29

Breaking news on Oct 29 was:

1. US-bound package contains explosive materials. This is NOT good.[link]

2. Suicide bomber in Iraq.. again (Ya Allah, please make this stop) [link]

3. Rally to restore Sanity and March to Keep Fear Alive is coming to DC.
Should I go? [link]

4. 2020 Biodiversity targets. Let's keep our world more sustainable.[link]

5. Twitter updates logo. For whatever reason it was. [link]

6. SPOILER ALERT!! Mondo lost Project Runaway.
Yeah he was the fan's favorite. Oh aku tahu ni sebab orang rumah dok bising-bising semalam ye (hihi) [link]

7. Final Piala Malaysia is approaching near. I'm rooting for Kelate!

8. Rina Salleh won Gadis Melayu - I don't who she is (although I'm following her on twitter), and I definitely don't know what kind of program is this. Just another reality tv show i guess.
[takde link malas nak cari]


Gunung berapi Merapi meletus lagi.. Semoga rakan-rakan ku dan keluarga mereka di Indonesia sana selamat

Did Kasparov Turned Him into A Monster?

Not Monster monster.. but a monster indeed.
I'm talking about Carlsen.
Oklah kalau tak kenal jugak, Magnus Carlsen.
Tak kenal jugak?
Fine..

He was a chess prodigy, now a young man already.
He trained with Kasparov for a few months, and look where he is now.
Winning a tournament a day before the tournament ends...
Beating the former World No 1 - Topalov (twice)

And he is only 20 years old..

Jeles seyh..

Ok la habis entri nerd



source: chessbase.com


Thursday, October 28, 2010

New York City

Dah lama sebenarnya aku ke sana
Sekarang aku dah balik ke DC semula dah
New York ni lebih kurang sama dengan Kuala Lumpur
Lebih sibuk lagi.
Jalan jem, tapi tak seteruk KL kot.
Kereta laju-laju dan marabahaya
Dipenuhi dengan teksi kaler kuning.
Oh sekarang hampir kesemua teksi dah jadi hybrid
cleaner air
Asap-asap dari gerai kebab saja lah kot yang tinggal
itupun bau sedap, so boleh diterima lagi lah kot
Kadar jenayah juga lebih tinggi berbanding bandar lain
Jalan-jalan pun lebih kotor berbanding bandar-bandar lain yang rata-rata memang bersih
Tapi yang bestnya, kita masih boleh jumpa orang yang senyum kat kita, tegur 'Hi!', 'Good morning!' dan sebagainya. Masih boleh sembang-sembang dengan strangers tanpa was-was.
Kalau kat KL mungkin kita akan terasa, 'Nih apahal pulak nak tegur aku, dok tanya pasal weather ni apekah..'

Anyway, ni gambar New York City dari atas feri yang aku naik bulan lepas menuju ke Liberty Island.
Enjoice!




Kalau Kopi katakan Kopi..

Aku sering menyangka yang kopi itu tiada lagi kesan terhadap diriku. Aku boleh minum 2 cawan kopi dan tidur dengan lena. Kadang-kadang aku x dapat tidur kalau tak merasa secawan kopi. Sambil minum kopi pun aku pernah tidur, cawan kopi masih di tangan. Tak tumpah pulak tu. Kalau minum kopi decaf, apatah lagi..selang 10 minit aku sudah terlena dibuai mimpi. Indah tak indah itu belakang kira.

Tapi hari ni aku tewas. Dos kopi terlebih agaknya. Pagi tadi aku minum satu flask. Tengah hari satu. Petang satu, kaw punya, kurang gula kurang susu. Nak habis secawan pun mata berpinar. Hasilnya, jam 1:52 pagi masih belum tidur.

Sebenarnya aku dok sibuk conference call lah, buat forecast lah, tulis report meeting lah, edit gambar lah.. Patut lah..
Kalau aku letak je kepala kat bantal ni aku rasa 5 minit je dah tidur ni sebenarnya. Memang fungsi badan aku begitu. Mengantuk tidak, tapi kalau baring saja, sesar-sedar hari dah siang.

Aku rasa memang 'default-mode' aku ialah tidur kot...


-writtenwhilemobile-

Wednesday, October 27, 2010

Semalam aku masuk mahkamah

Oh bukan pergi melihat kes kes yang menarik, tapi aku sendiri yang kena masuk mahkamah.
Fuh, kalau kat Malaysia ni dah gempar agaknya.
Tapi lepas ke mahkamah kali ni, barulah aku tahu ini perkara yang agak biasa di negara ini.
Cis dah masuk tahun ke-8 baru nak tahu ke?
Patut lah lawyer merupakan pekerjaan yang mudah buat duit di sini - dan patut lah kualiti lawyer sangat tinggi, kadar kompetensi adalah melampau tingginya.

Aku terpaksa hadir ke mahkamah dek kerna polis yang tahan aku pada suatu hari beberapa bulan yang lepas, mengatakan yang aku tak punya insuran kereta. Aku dah dapatkan surat daripada StateFarm yang menjual insurans kat aku $125 dollar sebulan mengatakan aku memang confirmed ada insuran. Aku pun tak takut sangat lah nak pergi ke mahkamah - although cuak sikit tu ada la.

So masuk-masuk orang dah memenuhi dewan mahkamah. Semua orang duduk mengadap hakim macam tengah dengar lecture. Hakim panggil nama sorang-sorang. Kalau ada kena bangun dan cakap "Here!"
Kemudian hakim akan sebut charges dengan laju macam kereta F1, dan tanya "what's you plea? Guilty, not guilty or no contest?"
Bila dia tanya aku, aku jawab, "not guilty!"
"please sit down," kata pak hakim, sambil meletak file aku ke tepi. Maknanya dia akan semak balik dan buat lebih banyak persoalan kemudian.
Ada orang yang jawab "guilty" maka kenalah bayar berapa-berapa yang hakim cakap. Kalau cakap no contest or guilty with explanation, biasanya hakim akan minta ke depan dan beri explanation. Kemudian hakim akan tanya polis yang saman kita tadi tu detail and confirm kan apa yang kita cakap tu betul seperti mana berlaku.

Oh ya, polis yang saman kita tu kena hadir dalam mahkamah sekali. So kalau polis malas nak sibuk-sibuk dalam mahkamah, dia bagi warning saja la masa saman kita tu. At least tak ada la dia lepas tangan. Main saman saja sesuka hati. Bagus jugak aku rasa macam ni.

Macam dalam kes aku, lepas hakim cakap "you may sit down," polis yang tahan aku hari tu cakap, "your honor, I would like to drop the charge,"
Maka dengan semudah itu, pak hakim pun cakap, "ok then you are free to go,"
Maka settle lah case aku dan aku pulang dengan tersenyum gembira sebab tak kena bayar apa-apa.
Although geram jugak aku kena tahan tempoh hari. Ciss..
Well at least aku dapat pengalaman yang aku tak boleh beli kat mana-mana ni kan?


-writtenwhilemobile-

Monday, October 25, 2010

Kalau dah sampai melayan Safura & Oney

Kalau dah sampai melayan Safura & Oney
Memang dah jatuh sakit la tu orang kata.
I'm almost sick of the amount of work that I'm doing.
But there's nothing stopping me sampai aku berjaya.
Aku masih lagi mengejar requirement-requirement yang besar untuk tahun hadapan.
At least kalau aku tinggalkan syarikat ni pun, aku dah bagi sumbangan yang besar.
Kalau tak circuit picisan ni, nak tinggal pun serba salah.

Aku dok melayan playlist dekat Youtube sambil-sambil siapkan order form untuk customer.
Tiba-tiba keluar lagi Safura dan Oney - yang aku dah tak ingat dah zaman bila lagu ni berkumandang di radio dulu
Form 2 or form 3 agaknya.
Yang pasti aku kat rumah di Besut masa tu.
Sebab kalau aku dengar lagu ni masa kat Bukit Larut, memang dua kali ganda sick la aku rasa.

Hari ni seorang partner yang aku rasa punya pengalaman yang banyak, datang bertamu di pejabat.
Aku rasa sesi sharing pengalaman dan pandangan dengan dia tadi banyak bagi aku idea untuk mencari business dan mengejar customers.
Ini lah yang aku cari-cari selama ini.
Aku sering berharap sebenarnya untuk punya seorang mentor untuk berbincang dan berdiskusi.
Transition aku daripada seorang engineer kepada seorang salesman tidak lah smooth mana.
Aku biasa buat business online, business retail - but wholesale is a different kind of game.
I am selling circuits not just to end-users, but most of the time to the value-added reseller or to carrier-reseller.

Aku pernah berharap dengan adanya seorang konsultan dalam ofis yang dibayar puluhan ribu ringit sebulan itu akan membantu aku untuk belajar banyak taktik-taktik menjual, bagaimana untuk approach prospects, buat cold call dan sebagainya.
Tapi rupanya aku lagi banyak belajar daripada dalam buku berbanding daripada belajar daripada konsultan tersebut.
Apa yang aku dapat belajar daripada konsultan itu?
Aku rasa dapat belajar kaedah taichi dan belajar menyelamatkan diri dengan menuding jari kepada orang lain saja.
Aku ingatkan ini sikap segelintir orang Melayu kita.. rupanya orang putih pun sama.
Mungkin dengan adanya peralihan sikap kepada orang putih ini akan mengurangkan sikap sedemikian pada orang Melayu, well siapa tahu..

Usai berehat, aku ada satu lagi kerja untuk disiapkan sebelum balik rumah.
Jam sudah pukul 8 malam, isteri di rumah pasti dah menanti sambil tengok The Next Iron Chef.
Kebosanan mungkin.

Thursday, October 21, 2010

Berita mengejut menyapa: Tribute to TaufiqShariff: seorang rakan, seorang pejuang seni

Plan aku aku untuk re-cap aktiviti di Malaysia hari tu terbantut hari ni.
Semalam adikku, Ya mesej di Pingchat
dia bertanya kalau aku tahu TaufiqShariff telah meninggal dunia
Ya hanya tahu melalui Facebook dan ternampak aku sebagai mutual friend kepada arwah

Aku terkejut
tak terus menjawab mesej tersebut
tapi aku terus ke twitter mencari kepastian
nyata, arwah kembali kepadaNya minggu lepas, semasa aku berada di Malaysia
15 October to be exact
Knowing that aku berada tak jauh dari Hospital Ampang Puteri pada ketika itu, buat aku lagi sebak

Aku terbayang-bayang mesej-mesej aku dengan arwah
Mula kenal dulu semasa Intec tapi gitu-gitu aje la. Dia kata dia low profile.
Kemudian masa zaman fotopages Malaysia rancak
aku di US dia di Jerman. Talent dia jauh la lebih hebat dari aku
Dia dah pursue betul-betul bidang fotografi
Aku masih bermain-main jadi photographer untuk akhbar universiti saja

Kemudian dah balik ke Malaysia, namanya semakin naik
aku masih lagi di USA

Mesej-mesej di facebook, katanya nak cari peluang kerja di USA, mechanical engineer
Sebelum aku balik Malaysia untuk kahwin, arwah mesej aku
pesan spek mata itam rayban katanya
kelam kabut aku balik untuk kawin, tak sempat nak contact arwah jadi ke tak nak spek hitam

kemudian mesej-mesej di twitter masa arwah sakit
katanya tak ada apa-apa
tapi masa tu mungkin belum diagnose brain tumor lagi
Aku baru tahu semalam, dan aku masih sukar untuk menerimanya
sempat order iphone4 lagi tu
aku kata harga lebih kurang sama saja dengan di Malaysia

Untuk brotherku, taufiqshariff, aku doakan kau sentiasa dalam lindungan Ilahi
ampun dan maaf dipinta segala salah dal silap
maaf aku tak tahu kau tengah sakit semasa aku kat Malaysia minggu lepas
Sesungguhnya kau seorang pejuang seni, seorang yang membuka minda aku tentang keindahan dunia fotografi

Aku akan rindukan karya senimu
syukur aku mengenalimu..

Wednesday, October 20, 2010

A Hectic Malaysia Trip: Day 2

10.11.10

Hari ni a few people tukar status mengatakan hari ini hari istimewa sebab semuanya nombor binari
well semalam pun sama sebenarnya tapi tak ramai pulak yang tukar status gitu

Nothing special cuma training memanjang
Aku sempat meeting dengan Faizal dan Aziman di Menara Celcom
nak jumpa Amy tapi tak sempat
Esok katanya

Dalam training ada geng2 RO yang lain - Singapore, Hong Kong, UK
RO = regional offices

Disebabkan training ni ambil masa sepanjang minggu, aku terpaksa cramp in meeting dengan customer dan partners pada sebelah petang atau pun malam.
I am seeing a very busy week.

(And later i've found out that indeed it was...)


A Hectic Malaysia Trip: Day 1

10.10.10

Aku tak perasan pun tarikh tu aku akan sampai di Malaysia.
Kami sampai Ahad petang jam 3:00
Bro Rizwan and the gang tunggu aku di ketibaan dengan banner "Datuk Taufiq Hussien"
Suka suki aje haha
Kali ni dia pinjamkan Toyota Land Cruiser yang saiznya besar macam gajah
Velfire yang aku pakai masa balik bulan 5 dulu tak sesuai katanya, tu untuk orang berkeluarga
Dia pakai Velfire tu instead sebab Alphard dah jual dah
Juga jumpa Nasir, brother to Chrome yang datang ambik ipad dan kirim tudung kiub ayam

Aku terus ke hotel di Jalan Tun Razak
Mudah saja rupanya lalu MEX dari KLIA, terus sampai ke hotel
Nak parking sikit punya susah sebab parking di tingkat 6 kena naik jalan pusing-pusing
Masa aku park kat depan hotel, bellboy (atau di US orang panggil porter) dah tunggu dah
hamboi kalau aku bawak kancil agaknya pandang pun tak
biasa la style Malaysia
masa aku balik last time bawak MyVi pun tak ada porter datang tolong masa park depan Garden Hotel.
Lepas check in kat front desk aku jumpa Zaki, colleague lama kat TM
sekarang kerja kat TATA. Doing well i suppose.
Kak Nani baru confirmed pregnant anak ke-5

Oh ya hotel Doubletree by Hilton ni bagi chocolate cookies yang sedap!
(confirmed by Azmal yang aku jumpa on Thursday later on)

Malam tu kitorang lepak kat katil saja sebab letih lagi
perjalanan dari Jumaat pukul 4 pagi sampai la Ahad jam 3 petang (3 pagi usa)
lamanya tak jumpa katil... (dan lamanya tak mandi)

Aku sempat layan siaran langsung perkahwinan Sheikh Muzaphar
Meriah sungguh
Cost berjuta aku rasa tu
Siap ada sponsor lagi
Kahwin memang dah semakin mahal dan semakin menjadi trend
Bukan lagi sekadar sebuah pengumuman seperti mana ajaran Rasulullah
Well in that sense, majlis kahwin aku pun takde lah se simple mana
dah menjadi adat aku rasa

Apapun, keberkatan adalah menjadi harapan aku
Dalam hidup ni segala perkara yang kita buat kenalah diiringi dengan doa semoga ia diberkati
kalau kahwin tak berkat, kerja tak berkat, duit tak berkat, makan tak berkat..
apa lagi yang tinggal dalam hidup kita ini
apa yang kita harap nak bawa ke hari pengadilan kelak?

Ini benda yang aku sering tertanya-tanya sendiri


Tuesday, October 12, 2010

di Malaya

Hari ketiga aku gi Malaysia
Training masuk hari ke dua
sempat jumpa 3 partner, satu tgh plan, satu lagi maybe esok tapi kat Cyberjaya.. adoi jauhnye
Balik sekejap ni terpaksa la cram in meeting bersusun-susun
Rumah kakak pun tak sempat pegi lagi
Malam ni inshaallah, lepas gi rumah bos lama

Esok malam ada orang ajak dinner, tapi dah ada plan lain pulak
Dinner dengan product team inshaallah
Semalam sempat curi masa meeting dengan potential business partner
business apa tu masih dalam perancangan, so tak boleh la nak reveal lagi
but inshaallah kalau jadi, will be something great

Petang ni aku akan ke Menara TM pukul 5, jumpa akak dari office CEO
Ada dia kirim barang sikit untuk anaknya
Lepas tu ke Pavilion jumpa Ya
Lepas tu ke rumah en Asri, and then ke rumah kak Emma
on the way balik inshaallah singgah rumah Nassrul kejap hantar seluar jeans yang dia nak jual

Oh ha Greepoison dengan Limerain yang aku (dan ramai lagi di luar sana) nantikan, akhirnya dah keluar
Malam ni keja try ni.. big potential sales for iphone 4 once again

Siapa2 yang ada kat KL dan membaca blog ni, jom la try to meet up
kalau boleh gi ke hotel lagi cun
aku duduk di Doubletree by Hilton di Jalan Tun Razak
terkejut jugak promotional rate dia sangat attractive
biasanya mahal seperti gaban

Wednesday, October 06, 2010

Because he is Obama

I like him because he knows stuff
Not just that he knows it, he understand how it works.





Read this on: myadha

Monday, October 04, 2010

Peperiksaan Menengah Rendah

Hari ni aku exammm!!!
eh bukan bukan...
adik aku exammm!
Good luck to Anis!!
Inshaallah pasti boleh punya

Ingat lagi masa aku exam PMR dulu (ingat-ingat lupa sebenarnya)
PMR adalah exam besar yang pertama kali aku rasa bersemangat nak exam.
Masa UPSR dulu aku tak punya cita-cita tinggi.
Sehari sebelum periksa pun aku masih lagi dok main bola
Seminggu debelum periksa sempat main hujan lagi
Masa tu tak rasa UPSR tu penting
Mungkin sebab selalu sangat exam
Tapi aku rasa sebab aku memang tak nampak masa depan lagi masa tu
hehe

Tapi bila lepas UPSR dah dapat result, alhamdulillah dapat 4A
Aku dapat tawaran masuk MCKK
- which aku tolak atas sebab sekolah dia dah usang, bangunan lama semua
sungguh tak bermotivasi aku ketika itu
aku hanya nampak Sekolah Menengah Tengku Mahmud saja
Tambahan pula kawan-kawan nak pegi situ, pengetua pula ayah kepada member baik aku.

On the way balik kampung abah (Kg Kuang, Chemor, Perak - ala yang dalam iklan budak naik ketapi, nak pegi mana, chemor, awak tak boleh cakap ka? tuu..) aku telah dibawa singgah ke MCKK.
Aku tengok sekolah mcm tak menarik aje
Sesungguhnya pada ketika itu aku tak tahu pun MCKK ni hebat.
Pernah la dengar nama. Tapi masa tu mana ada internet hebat mcm sekarang.
Dalam Dewan Siswa dan Didik pun aku jarang baca review pasal sekolah.. or memang tak ada kot.
So aku tak tahu la.
Abah tahu kot tapi tak ada pulak cerita hebat sungguh MCKK ni.
Abah Old Boys SAS (Alam Shah) ha yang ni aku tahu hebat.
Sampaikan guru besar sekolah pun telefon abah tanya kenapa aku tak nak pegi MCKK
Aku tak pasti abah jawab apa.. tapi aku tahu aku memang tak nak pegi sekolah tu tak cantik dan jauh dari rumah. kehkehkeh
Apa punya alasan dah... ya aku tau...
Sesungguhnya perjalanan hidup ni dah ditetapkan Allah

Lepas UPSR, banyak rezeki masuk, contohnya dapat Anugerah Pelajar Terbaik Terengganu, dapat Anugerah Tunas Jaya negeri Terengganu (walaupun kalah peringkat kebangsaan), semua ni memberi aku keyakinan bahawa aku punya potensi yang besar.

Oleh sebab itu lah aku bersemangat untuk ambil PMR.
Aku pun dah ada cita-cita nak masuk MRSM PC.
Sebabnya, aku dengar sekolah tu hebat.
Lagipun lalu on the way nak pergi airport Pengkalan Chepa.
Dekat dengan bandar dan dekat dengan rumah.

Tambah pula semasa exam percubaan, aku dapat 7A saja.
B subjek English kot?
Aku pun dah tak ingat dah.
So aku bersemangat la untuk ambil exam kali ni dan buktikan aku boleh buat lebih baik lagi dari tu.
Alhamdulillah dapat 8A dan dapat pula masuk ke MRSM Taiping.
Mula-mula sedih tak dapat masuk PC.
Tapi bila tahu Taiping pun hebat (or lagi hebat? haha persoalan ni boleh menimbulkan perang saudara ni), aku bersyukur dan menerima tawaran masuk MRSM Taiping - yang kadang-kadang aku panggil sekolah menengah di kaki Bukit Larut

Berbalik pada adik aku yang nak exam hari ni.
Tadi aku baru telefon dia. Anis namanya.
Seram sejuk saja bunyi suara.
Dalam hati, aku yakin Anis akan berjaya.
Apa pun, Allah yang menentukan segalanya, bukan?

Anis ni jauh lebih hebat daripada aku.
English dia pun dah lagi hebat dari aku.
Padahal yang duduk Amerika nya aku, bukan dia.
Semua benda dia dah masuk.
Syarahan la, debat la.. siap jadi best debater la lagi.
Belajar pun pandai, selalu dapat 8A.

Kalau aku yang mediocre ni boleh dapat 8A, aku yakin Anis inshaallah akan dapat juga.
Semalam dah start solat hajat dah untuk Anis.
Inshaallah malam ni sampai la Anis abis exam, aku akan teruskan solat hajat.

Nak kene ajak isteri di rumah juga ni

Ni jadual PMR dalam bentuk PDF [link]
Aku ada tampal satu kat dinding sebelah ni ha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...