Monday, November 29, 2010

Update

Wah cuti panjang, blog pun cuti.
Last week cuti dari hari Khamis sampai lah Ahad.
Tapi since Malaysia tak cuti, telefon duduk buzz buzz vibrate bila email masuk.
Kena reply jangan tak reply.

Black Friday, tak menarik sangat bagi aku.
Holiday shopping ni untuk orang yang berduit saja kot.
Aku takat beli barang-barang yang boleh jual balik kat Malaysia.
Beli jeans Levi's, hangbag, jam tangan.
Orang lain dok pakat punggah tv, ps3x xbox, wii, apple products (yg sale buat buat pertama kali, tu pun barang2 mahal je sale byk barang agak agak murah tapi tak murah sangat tu tak sale pun)

Weekend sebelum thanksgiving tu aku pergi tournament golf. Tiap tahun pun ada tournament ni. Kami panggil DC-NY Games. Staff-staff embassy dan consulate je bertanding. Aku sebagai kakitangan GLC pun turut sekali tumpang. Sekejap saja rasanya, pertama kali aku ikit diorang ni, aku tukang ambik gambar saja, 3 tahun yang lepas.

Setahun lepas tu, aku dah menyumbang mata ke 10 untuk DC. Tahun lepas aku tak main sebab balik Malaysia. Tahun ni aku menyumbang mata ke 5 utk DC. Dan dapat NTP (nearest-to-the-pin) sekali. Belum terer lagi, aku masih lagi shooting dalam range 90-100. Hopefully dapat break 80 for the second time tahun depan.

Cabaran paling besar dalam golf ni adalah mental. Once dapat kuasai, inshaallah berjaya. Aku suka game-game yang mencabar minda ni, macam jugak chess. Tapi cabaran yang lebih besar adalah waktu solat. Kena main dengan kawan-kawan yang memahami. Sebab nanti kita nak berenti separuh jalan nak solat di tepi bangunan atau dalam club house. Kalau kat Malaysia ada surau, kat sini tak ada.

Semoga Allah permudahkan.


-writtenwhilemobile-

Tuesday, November 23, 2010

Hasilnya

Thursday, November 18, 2010

Tidak berhati-hati

Semalam aku tersilap menulis tentang sambutan hari raya Aidil Adha tanpa merujuk beberapa pandangan terlebih dahulu.
Maaf kalau ada sesiapa yang terbaca dan ter-setuju dengan pandangan tersebut
Beberapa rujukan yang aku buat selepas itu mengambil pandangan bahawa tarikh perayaan dalam Islam masih lagi lebih tepat jika berpandukan anak bulan - yang mana bila kita rujuk kepada beberapa tafsiran menggambarkan ketinggian ilmu sains angkasa dan kaji bintang yang diasuh kepada pemikiran umat Islam sejak dari dulu.
Benar, salah satu pendapat ialah hari raya puasa ikut anak bulan, hari raya haji ikut jemaah haji di Makkah. Tapi itu bukan satu kemestian dan perkiraan/penglihatan anak bulan di tempat masing-masing adalah lebih utama dan lebih kuat hujahnya.

allahua'alam

Thursday, November 11, 2010

Raya lagi!

Sedar tak sedar, dah nak raya lagi sekali dah
Hari tu dah raya puasa
ni raya haji pulak

Masa kecik dulu raya ni sangat dinanti-nanti
Kini raya jadi musim yang aku risaui
Dengan jumlah kenderaan yang terlampau banyak di jalan raya
dan kenderaan yang dipandu laju-laju di jalan yang tak adalah besar mana
Risau woo..

Raya haji ni tak adalah serisau raya puasa
sebab tak semua orang balik kampung masa raya haji
dan masa raya puasa, orang yang balik selalunya memandu dalam keadaan mengantuk, tak cukup protein, tak cukup karbohidrat dan sebagainya
Walaupun dalam Islam kata, masa bermusafir/travel diharuskan berbuka puasa
mungkin salah satu daripadanya ialah untuk membolehkan umat Islam ni memandu dalam keadaan segar
kalau mengantuk boleh berhenti minum kopi/teh dan sebagainya
Tapi orang kita kan anti sikit kalau nampak orang Islam tak puasa semasa bulan puasa
Sikap bersangka baik (husno zoon) tu memang tak berapa nak ada kot

Raya haji tahun ni, aku tak balik kampung, mahupun balik Malaysia
so persoalan nak balik kampung belah mana semasa raya tu belum timbul lagi lah
Tinggal lagi persoalan nak solat raya kat mana
Rumah aku ni tak jauh sangat dari masjid, tapi kalau tak pergi solat raya dekat embassy, nanti orang bertanya-tanya lagi
Eh bagus la kot kan orang bertanya? Maknanya concern. Maknanya betul dah tu.
Sama macam zaman nabi dulu orang tak pergi ke masjid Rasulullah dan sahabat concern, lantas bertanya ke mana perginya si-fulan bin si-fulan.
Well, dengan syarat bertanya tadi tu sebab concern la kan.
Kalau bertanya tu sebab nak buat cerita pelik-pelik, then back to square one, tak ada pekdahnya.

Family aku pulak tahun ni nak pergi beraya di KL.
:D
menarik!
Aku je la yang tak dapat nak join.. sob sob sob
Selamat hari raya Abah, Mama, Kak Emma sekeluarga, Ya dan Anis!



gambar: bukan rumah aku, bukan famili aku (except yg depan tu)

Wednesday, November 10, 2010

iOS 4.2 Friday

Apple is planning to release iOS 4.2 for iPhone on Friday.
Hopefully this means that I will be able to start unlocking iPhone with iOS 4.1 starting Sunday :D
This might also mean that I will have to buy more iPhone4 these few weeks before they replace all of them with the 4.2's
Krep... mana nak cari duit

Tuesday, November 09, 2010

Addiction

My current addiction:

      

Monday, November 08, 2010

Tambah lagi sejam


image from blog nak generate traffic utk generate income through advertising
Dulu hilang sejam, ni dapat lagi sejam
Itu la aktiviti setiap tahun.
Daylight saving namanya.
Mula-mula sampai US dulu confuse memikirkannya.
Sekarang body dah boleh adjust.
Tapi kadang-kadang confused jugak.
"Ni nak tolak ke nak tambah ni?"

Kalau minggu lepas di US (Eastern) pukul 9 pagi, di Malaysia pukul 9 malam
Sekarang ni kalau di sini pukul 9 pagi, di Malaysia pukul 10 malam.
Macam mana boleh jadi begitu?

Pulas saja jam. Jadilah..

Wednesday, November 03, 2010

Quran Terjemahan : for easier reference


Abah sent a link to Tanzil.info earlier today.
I think it's a very useful website.
Readers can just place the pointer on any ayat and it will show the translation.
The best part, i think, is that they have a lot of translations available - even al-Maududi, which is quite rare.
So, I can now compare a few translations easily if I couldn't really understand what the other translations mean.

It's not a shortcut to not reading the physical Quran though.

Earthquake Election


gambar: CNN

Semalam election day di US sampaikan aku tak sempat nak ambil tahu hal Galas atau Batu Sapi.
PRK je pun.. macam-macam boleh berlaku.
Dan macam-macam memang berlaku pun. Aku tak berapa suka PRK ni sebab terlalu fokus kepada satu-satu tempat sampaikan aku rasa tak adil.
Kat mana-mana ada PRK itulah yang akan dapat jambatan baru lah, jalan raya baru lah, sekolah baru lah, kampung wifi lah, bla bla bla semua dapat kat dia.
Sampaikan aku rasa rakyat tempat tu lagi suka kalau pemimpin dia meninggal daripada semasa pemimpin masih ada sebab masa ada dulu minta apa-apa, tak dapat juga. Sekarang minta apa pun semua dapat.
Hidup dan mati itu ketentuan Ilahi

Dah 8 tahun aku duduk kat US ni aku masih lagi tak berapa fasih pasal pilihanraya di sini.
Mungkin sebab aku tak pernah sangat nak ambil tahu.
Mungkin juga sebab aku terlalu sibuk dengan pelajaran masa dulu-dulu.
Cewah iyo lah sangat tu

Keputusan pilihanraya yang dipanggil Midterm Election di US semalam sangat mengejutkan.
Memang ramai yang menjangka Republican akan menang, tapi tidak lah sampai sebegini rupa.
Wife aku tanya, habis tu nanti lagi ramai Republican berbanding Democrat, macam mana Obama nak memimpin?
Honestly, aku pun tak pasti macam mana. Tapi aku rasa dia akan buat smaller government.
Knowing US, Democrats and Republicans can still work together if the issue is neutral.
That's the beauty of the country.
Contohnya kalau nak bawa isu Green Nation, dua-dua akan sokong dan tampil dengan inisiatif masing-masing. More heads are better than one.

Jarang nampak berlaku di Malaysia, walaupun aku tak nafikan ini ada berlaku.
Mungkin sebab di Malaysia, isunya lebih banyak dipolitikkan. Sedangkan kalau ahli-ahli politik Malaysia betul-betul fokus pada isu yang penting, contohnya mengurangkan kadar kemiskinan, pastinya ada formula yang boleh mendatangkan hasil yang positif.
Ini tidak, bergaduh sana-sini.

Aha malas lah cerita pasal politik.
Baik pergi tengok ucapan Obama kat tv.
Apa pakcik tu nak cakap pasal election semalam..




Tuesday, November 02, 2010

Twitter Battle

Malas nak tulis sebenarnya pasal ni, tapi kena tulis jugak.
Ni nanti kalau si Jiah baca, dia kata "ah entah tak kenal pon"
Van der Vaart dengan Wes Sneijder battled on twitter macam kanak-kanak (or macam kat dalam WWF/WWE wrestling tuuu)
Well diorang ni memang kawan baik so tak kisah sangat la kan

Sneidjer start dulu:
"I'm cleaning the Champions League trophy with a Tottenham shirt."

Van der Vaart balas:
"Thanks for cleaning it up for me. I'm already creating space in my cup cabinet."

Sneidjer balas balik:
"We're gonna give you a football lesson in London."

Kata Van der Vaart:
"I met your defence in Milan, it didn't look good. It was like cheese with holes in it."

Sneidjer pulak:
"I found a good goalkeeper on eBay. Shall I send you the link?"

Vander Vaart tenang saja membalas:
"We don't need him, you won't come into our penalty area!"

dan Sneidjer buat lawak Gareth Bale:
"In that country football is a game where you have to run as hard as you can from the one end of the pitch to the other, isn't it?... Nice goal, but even my six year old cousin would have scored this one."

sumber: soccernet.com


Seronok kan kalau ada kawan-kawan yang tak kisah kita nak gaduh main-main. Maknanya tak ambik serius la layan aje.. Bila jumpa boleh gelak2. Aih rindu plak kawan-kawan atusix

Monday, November 01, 2010

Pelik ke aku ni?

Aku rasa aku ni pelik.

1. Aku tak suka bila suhu semakin turun, hari semakin sejuk.
~ tapi snowboard adalah salah satu sukan kegemaran aku.

2. Aku tak suka duduk tempat yang sempit, walaupun tak la sampai *term-yg-org-takut-tpt-sempit-tu-aku-lupa-apa-dok-terbayang-hypotermia-aje*
~ tapi aku pakai kereta 2 pintu yg sempit. Buka sekali, tapi dua.

3. Aku suka makan makanan ringan
~ tapi perut semakin boroi dan tak ringan pun.

Ok la yg last one tu tak pelik..


-writtenwhilemobile-


Mari belajar bahasa Malaysia



Pinjam link dari saing Kelate Jiha

Lunch

Menu lunch pada hari ini ialah nasi goreng cina. Saya tidak tahu bagaimana chef (isteri saya) membuatkannya menjadi sedap sedangkan kalau saya masak tidaklah sesedap ini walaupun saya rasa saya pun tak kurang hebat masak (kihkih). Cubaan mencari ajinomoto yg mungkin disorok adalah tidak berjaya - bermakna kesedapan ini adalah asli.

Saya mula membawa bekal ke ofis sebagai langkah berjimat cermat kerana bonus yang dijanjikan oleh kompeni tidak masuk masuk setelah berbulan bulan berjanji. Yakni sebelum saya kahwin lagi.

Sedap pulak bawak bekal ni..

Image and video hosting by TinyPic
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...