Thursday, December 30, 2010

Pulang ke Virginia

Tamat sudah muktamar.
Masa pegi dengar cd lagu indon.
Masa balik dgr lagu nasyeed.
Itulah yg Allah katakan ttg iman. Sentiasa turun naik. Kena sentiasa ingatkan dengan pegi program.
Korban masa korban tenaga korban harta, baru dapat pulangannya.
Tak payah tunggu diri kita sempurna sebaiknya.
Walaupun hari2 dengar lagu kru tak bermakna tak boleh buat perkara yg baik atau tak layak pergi muktamar kan?

Sambil memandu teringat kawan-kawan yang selalu pergi muktamar sekali. Indahnya kenangan.

p/s: Najmi, kalau baca ni, ada something yg nak bgtau nanti. Something that I consider a proof of His word to us :)


-writtenwhilemobile-

Tuesday, December 28, 2010

Muktamar MISG Day 3

Hari ini hari AGM.
Ia katanya tidak dipromosi dengan baik dan menyeluruh.
Aku rasa: betul juga tu.
Perlu diperbaiki.
Selalu tersalah assumption semua ahli akan merasa kepentingan AGM.
Walhal kalau tak diceritakan, bagaimana akan boleh dirasai?

Malamnya bertemu ustaz Hasanuddin.
Ketika Syakh Omar masuk ke bilik, aku rasakan aura berbeza.
Tapi aku meminta diri untuk keluar menghadiri mesyuarat.
Ternyata aku tidak dipilih oleh-Nya untuk mendapat pengalaman baru berkenalan dgn dunia lain.
Ini kali kedua aku tidak terpilih.
Pasti ada sebabnya.
Hikmah itu bukan sebuah kemungkinan.
Bahkan ia sebuah kepastian.

-writtenwhilemobile-

Monday, December 27, 2010

2nd Day at Muktamar

3rd day sebenarnya sebab program start hari Jumaat.
Tapi since kami sampai hari Sabtu, 2nd day for us.
Pagi program tangkap jin.
Tp tak dpt.
Kaedah dia mudah saja.
Nanti boleh cerita.
Lepas tu ada demo berbekam.
Boleh try kat rumah ni.
Alat2 ada kat eBay.
Tgh hari talk ustaz ttg al-wala' wal-bara'
Penting x100
Lepas tu talk utk graduating students.
Malam talk show.
Imam Malik was awesome!
Esok dah last day sob3

-writtenwhilemobile-

Saturday, December 25, 2010

First Day Muktamar

Sampai pukul 3 pagi.
Pengsan.
Drove dalam snow since Kentucky.
Pengsan.
Start program jumpa Dr Hasanuddin dan Dr Hafizi.
Segar mata.
Abis program pancit balik.
Pengsan.
Missed dinner gi cari makan kat luar.
Hehehe


-writtenwhilemobile-

Friday, December 24, 2010

Traveling to Missouri

Alhamdulillah the time has come again for Annual Gathering Muktamar MISG on the land called the United States of America.

-writtenwhilemobile-

Tuesday, December 21, 2010

Multi Tasking

Doing many things at the same time might be good for your IQ
It helps you to be sharper and value your time more
That is if you keep your focus and don't lose track
It can also backfire and makes you extremely fatigue and under a lot of stress

Which one are you?

Friday, December 17, 2010

Kadang-kadang aku terlupa

Terima kasih kepada khateeb Jumaat tadi, mengingatkan aku sesuatu yang aku kadang-kadang terlupa.
Dalam mengejar kehidupan duniawi ini, memang sering pun aku terlupa
bahawa rezeki yang aku dapat itu adalah kurniaan Allah
bukan kurniaan boss atau syarikat tempat aku bekerja ini.
Dalam seharian pressure nak dapatkan sales, nak siapkan report, nak buat proses itu dan ini, sering aku terlupa untuk memohon bantuan daripada-Nya
dan mendapatkan ketenangan daripada-Nya
Isteri di rumah pun pastinya runsing, balik rumah saja stress nak siapkan itu dan ini
Kalau tak disuruh tidur, mahunya tak tidur sampai ke pagi.
Terasa banyak sangat benda nak disiapkan.
Kadang-kadang sampai hampir berputus asa kerana banyak perkara yang tak siap lagi.
Tapi bila mengadu kepada-Nya, hati cepat berasa tenang..
Sebanyak mana pun kesukaran dalam hidup ini, ia hanya sementara.
Walau dah sejauh mana pun melangkah, kalau tersekat di mana-mana, kembalilah pada-Nya
Dia sentiasa ada jawapan untuk apa jua masalah kita..




Tuesday, December 14, 2010

Top of the league

United won against Arsenal yesterday.
I can't watch the game since it was 3:00 pm in the afternoon and I'm at work.
I watched the review in the evening at it looked like a very exciting match.
Agreed that the back four was solid and Park's goal was interesting.
It was the kind of reaction I saw a few times from Tevez and Chicharito.
They were so flexible and impromptu. Goalkeepers wouldn't expect the ball would go where it went.
Rooney's spot-kick was awful. I never saw him took a penalty kick like that before.
Maybe he thought that was a free-kick.
Or maybe he felt that they shouldn't be awarded the penalty kick at the first place.. like he cared.
They new Arsenal's keeper was solid! I wasn't expecting that.

Anyway, the 3 players United should play more often (other than Van Der Sar), are Vidic, Carrick and Anderson. Carrick and Anderson has to play together. Yes, we need Fletcher's brilliant ideas, but we need Carrick as the holding midfielder and we need Anderson to carry the ball forward. Without Anderson, United would still win the center, but we will only attack from the side and not through the middle. Ferdinand might read the ball better than Vidic, but Vidic is more aggressive and wins more high balls.

I'd love to see more United's games this season. Hopefully we'll win back the title.

Thursday, December 02, 2010

Day trip lagi

Semalam aku buat day trip ke NY lagi.
Penat.
Asalnya bercadang nak ke sana 2 hari - Rabu dan Khamis.
Tapi banyak lagi hal perlu disiapkan kat ofis.
Business Plan 2011 pun tak submit lagi.
Jadual conference January 2011 pun belum penuh berisi lagi.
Isu dispute, isu double billing, Pricing customer. ^&%&*$#

Kami bertolak awal pagi jam 5:00 dari DC
Maknanya aku kena bangun jam 4:00 pagi dari rumah
Padahal pukul 11:30 tak tidur lagi.
Tak apa lah sebab Yuzaimi kata dia nak drive.
4:15 aku bangun, nasib baik coffee dah buat auto-brew. Dapat seteguk segar sikit.
Siap-siap, jam 4:45 keluar dari rumah. Jalan tak jem.
Of course la kan.. kalau pukul 4-5 pagi pun nak jem, baik naik basikal.
(tahun depan nak beli basikal chop.. kalau ada duit la)

Sepanjang perjalanan Jeb tidur sebab dia mengantuk. Dah sampai Newark baru aku tidur sebab takut nampak mata kuyu sangat. Nak meeting sepanjang hari ni.
Park kereta di Jersey City sebab kalau masuk NY pasti jem.
Oh ye, hujan lebat dan angin dalam 28-30 mph.
Kalau ada payung pun tak wajar guna sebab akan pasti berterbangan
atau jadi macam ini.



atau paling teruk


Aku mula meeting jam 11:00 pagi dengan KDDI America.
Dah biasa interact dengan diorang ni cuma belum pernah bersua muka lagi.
Bincang pasal routes and apa yang boleh partnership together.
Paling penting nak suai-kenal and breaking the ice la. Lepas ni apa-apa hal boleh calling-calling je senang.

Pukul 12:40 habis meeting, kejar2 cari Subway tapi jauh sangat. Kalau nak dekat kena tukar train. So aku lompat masuk dalam cab masa dekat traffic light. Turun ke Financial District jumpa Level 3. Diorang ni memang dah kenal rapat. Sembang2 plan for 2011. Lepas tu pegi makan kedai Thai. Ada menu Lunch Express. Kami pun try la. Perghhh... literally seminit lepas order, makanan sampai! Ini stock masak sekawah, letak dalam pinggan lepas tu panaskan bawah lampu pijar ke ape ni. Makanan sedap dan fresh. Recommended! Oh tapi nama kedai lupa la pulak apa dia. Macam mana nak recommend entah. Kedai Thai on John Street. Google gih. Lepas tu Caramel Macchiato segelas. Kopi selepas makan adalah sungguh membantu mengekalkan kesegaran dan fokus. Kata sebuah artikel di dalam internet.

Habis bersembang pukul 3:15, meeting aku lepas tu pukul 4 petang kat sebelah Grand Central Station. Aku naik Subway sampai sana jam 3:35 gitu, pusing-pusing kejap Grand Central sebab tak pernah masuk dalam lagi sebelum ni. Pukul 3:50 tepefon bunyi reminder for meeting, so terus masuk dalam building ke tingkat 17. Meeting kali ni paling menarik antara semuanya. Banyak potensi dan banyak idea menarik. Boleh masuk dalam business plan yay.



Solat sebentar, then ke Penn Station untuk meeting seterusnya. Customer nak naik Amtrak. Aku sampai hari ni dok teringin nak naik Amtrak tapi tak pernah ada kesempatan (dan kewangan sebenarnya hihi. Train harga dekat seratus jugak). Since customer ni dah memang rapat jugak, banyak sembang pasal family, pasal golf dan hal-hal lain. Sambil mencelah sepatah dua isu business. Pukul 6:15 dia dah nak ke train.

Aku senyap-senyap pegi belakang Penn Station, carik bas Chinatown utk balik ke DC. Tahu dek customer malu nih! Nak save duit punya pasal kehkeh.. lagipun aku dah biasa naik bas Chinatown nih. $20 ringgit saja. Jam 730 bas gerak, aku budget-budget jam 1230 sampai ke DC, boleh ambik teksi balik rumah sebab train dah tak ada. Tapi kena la dalam $50-$60 dollar agaknya. Dalam train sikit punya sejuk aircond dah tutup pun keluar angin lagi. Ingat ni musim summer ke ape. Bila aku bangun tidur je dah sampai ke Baltimore dan bangun sekali lagi dah sampai ke DC. Dalam mamai-mamai aku tengok jam baru pukul 1130 malam. Train ada lagi!




Aku pusing-pusing jap cari koordinat. Tengah mamai tu utara selatan pun tak tahu belah mana.
Pastu berkejaran (padahal jalan kaki laju sikit je) ke stesen metro. Sempat aku kejar train yang paling last. Naik Green Line ke L'enfant, tukar ke Orang, terus ke Vienna. Sampai Vienna jam 1:00 pagi dah. Sejuk sampai ke tulang. Tahan teksi terus balik ke rumah. Malam punya rate lagi mahal kot, 10 minit je rumah pun kena $15 cit. Wife di rumah dah tidur dah. Penat menunggu tu.

Esoknya (hari ini) gi keja naik bas sebab kereta tinggal kat ofis masa pegi hari tu.
Sejuk nya afuhh...
Macam mana la bila dah snow nanti.

Akibat kepenatan, aku rasa aku sudah demam.
Esok nak drive 8 jam ke South Carolina pulak ni.
Oh no...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...